Wednesday, September 9, 2020

Emas BUKAN Pelaburan Yang BAIK - Lupakan...

 Assalamaualaikum dan Salam sejahtera.

Berjumpa kembali di Blog Suara Pemikir. Lama sangat rasa tidak menulis di sini. Tulisan pada kali ini lebih kepada menjawab tohmahan dan serangan kepada saya di FB. Serangan ini berlaku dan berlanjutan  ke tahap sindir menyindir, maki memaki. Tulisan saya di FB berkaitan 'EMAS Bukanlah Pelaburan Yang BAIK'. Tulisan di wall saya telah telah dikongsi beramai ramai dan disindir serta ditertawakan sesama mereka. Hehehe... No heart feeling lah. Semua hujah mereka sebenarnya lebih kepada emosi dan tidak bersandarkan FAKTA.  

Biarlah saya jelaskan kenapa saya mengeluarkan kenyataan bahawa 'EMAS Bukan Pelaburan Yang Baik'. Oleh itu biarlah aku sertakan dengan Graf / Chart yang jelas dan ia bukanlah berdasarkan EMOSI semata, atau Anggapan Serta Hujah yang mempertahankan PERNIAGAAN. Saya bukanlah peniaga emas. Saya juga tidak membenci Emas. Untuk makluman bahawa saya juga pernah mengumpul emas dan perak. Dengan 24kg perak dan Jumlah emas biarlah rahsia hehehe... rasanya saya juga layak berbicara berkaitan emas dan perak. Ayuh kita mulakan...

Graf di atas adalah print screen graf semasa dari laman kitco.co. ia menunjukkan harga emas dalam USD sejak dari 1972. Sesiapa yang membeli emas pada atau sebelum 1972 maka mereka TIDAK PERNAH RUGI dalam membeli emas bersandarkan pada harga. Begitu juga kepada mereka yang membeli emas pada tahun 1980 walaupun pada tahun 2000 (error level dalam chart 2020) harga telah kembali pada haga asal 1980 setelah berada pada tahap untung selama 20 tahun. 

Apa yang menarik ialah kepada mereka yang membeli emas pada tahun 1982 (Rujuk Garisan Biru). Mereka yang membeli emas pada harga puncak 1982 TIDAK PERNAH UNTUNG... sehinggalah pada tahun 2008 iaitu setelah 28 Tahun berikutnya. Inilah yang saya katakan ia bukanlah satu pelaburan yang baik. Mereka yang membeli pada tahun 1984 dan 1988 menerima nasib yang sama. Pun begitu tempoh meungggu untuk untung sedikit pendek iaitu hanya 20 tahun. Sekali lagi ia menunjukkan bahawa ia bukanlah pelaburang yang baik. Bayangkan aNda melabur RM100,000.00 dalam emas dan hanya dapat keuntungan hanya setelah 20 dan 28 Tahun kemudian. Bayangkan jumlah itu dilaburkan dalam ASB, Tabung Haji atau Unit Trust. Pasti jumlah duit tersebut JAUH lebih banyak keuntungan. Jauh Beza.

Ada yang berhujanh bahawa itu hanya sejarah zaman silam. Opsss... Hehehe... kita putarkan masa sekejap ke tahun 2011 @ 2012. Sekali lagi lihatlah graf yang ada di atas. Sesiapa yang membeli Emas pada tahun 2011 terpaksa menunggu sehingga 2020 untuk mendapat untung iaitu tempoh 10 tahun. Lama kan. Sekali lagi kalau disimpan dalam unit Trust TH atau ASB. dah berganda duit tu. Hehehe... Mungkin kali ini ramai yang ada pengalaman. Kan?

Lain pulak hujah mereka kali ini. Itu Chart atau Graf USD dan Bukannya Ringgit Malaysia (RM). Hehehe... Baiklah... Kita Bincang pulak Graf RINGGIT Malaysia. Biar PUAS Hati hehehe... Tengoklah Chart di Bawah ini dengan Baik. Kemudian teruslah membaca Selepas itu. Kalau di US ada harga JUAL dan HARGA Beli yang berdasarkan harga Standard DUNIA sebab chart dunia menggunakan USD.  Di malaysia agak UNIK. Harga Pasaran ada Harga JUAL Juga ada tetapi ia berbeza sikit. Kalau nak tahu apa yang berbeza teruskan membaca.
 

Ramai dikalangan mereka yang TIBA2 TERANG MATA Dengan emas pada 2020 ini adalah golongan yang BARU Kenal dengan Emas. Kebanyakannya membeli berdasarkan TREND Semasa. Kan kan Kan... Tak Ramai Yang melihat data dalam USD dan hanya melihat data atau CHART dalam RM. Sebab itulah mereka TERLEPAS PANDANG TREND Sebenar EMAS DUNIA.

Untuk makluman, harga emas di Malaysia hanya ada data sejak tahun 1996. Maka tidaklah kita dapat saksikan mereka yang TERSANGKUT membeli pada harga tinggi dan memegang emas pada tempoh yang lama untuk kembali untung seperti di chart USD. Baiklah, jom kita lihat chart pada tahun 1998 hingga 2003. Sesiapa yang membeli emas pada tahun 1998 hanya akan balik modal pada tahun 2003 dan KEMUNGKINAN Untung pada tahun 2004 iaitu setelah 6 Tahun. Itu pun kalau dia bernasib BAIK Hehehe.... Kenapa saya Katakan Begitu? Jawapannya ialah sebab harga emas di Malaysia agak UNIK. Apa Yang Unik...? Sabar Sabar hehehe...

Kita Tengok dulu CHART RM pada tahun 20011. Pada waktu itu harga emas adalah pada kemuncaknya. Promosi oleh bank, promosi jualan oleh syarikat emas sama RANCAKNYA sebagaimana 2020 ini. Simpan emas adalah untung, simpan Emas tak akan rugi, emas tak pernah turun harga, emas adalah simpanan selamat bla bla bla bla... Tapi ramai TIDAK terfikir "Kalau Benar Harga Emas Nak MELAMBUNG, Mana Mungkin BANK dan Syarikat Emas Nak JUAL" Simpan La ... Naik Harga UNTUNG... 

Satu perkara yang kita harus ingat. Syarikat emas dan BANK mempunyai PAKAR ANALISIS sama ada TEKNIKAL atau FUNDAMENTAL Yang menentukan Bila Mereka Perlu JUAL dan BELI Emas untuk mendapatkan keuntungan. So.... Kalau mereka dah PROMOSI JUALAN EMAS. Apakah LOGIK Mereka Nak  BAGI PEMBELI Untung? Kamudian Pembeli Jual Balik pada mereka Dan pembeli Dapat Untung Dari Syarikat Emas atau BANK. Hehehe Jawab Sendiri...

Kembali pada tahun 2011. Mereka yang membeli pada tahun 2011 hanya dapat kembali harga modal pada tahun 2017 (itupun kalau kedai guna harga standard) dan hanya untung pada tahun 2020. hehehe 10 Tahun tu. Sekali lagi kalau simpan di Tabung Haji, ASB atau saham dah banyak BERANAK dah duit tu. Tapi ada 2 KEUNIKAN dalam DUNIA EMAS Di Malaysia. 

PETAMA; Masa kita membeli emas, harga yang digunakan adalah harga STANDARD Antarabangsa Hehehe Masa JUAL Harga SUKA HATI MEREKA. Yang Mana Biasanya BERBEZA dengan harga antarabangsa. Banyak keadaan yang mempengaruhi hal ini. Pertamanya pertukaran mata wang asing (yang kita pun tak tahu), panjang kalau nak cerita.

Mungkin ramai yang masih di peringkat MEMBELI dan belum MELELUI Peringkat MENJUAL. Sewaktu menjual emas bar / coins contohnya, Banyak yang diambil kira untuk tidak menggunakan harga standard. Emas calar atau bengkok menyebabkan harga berbeza. Ya Betul.... memang kalau ikut logik sama je emas bengkok ke calar ke... tapi ini pengalaman yang bakal anda lalui bila tiba waktu menjual nanti hehehe.

Bagi yag membeli barangan kemas pula risikonya lebih kerana mereka membeli dengan lebih mahal pada sekitar 20% kerana harga upah, manakala mejual dengan harga barangan terpakai kurang lagi % di situ. 

KEDUA; Uniknya pasaran emas di Malaysia ini adalah mereka yang MINAT Emas tidak menjual emas mereka ketika harga Tinggi. Hehehe... kenapa... Sebab Syarikat emas lebih bijak. Sebaik sahaja anda nak jual emas, mereka akan pujuk anda supaya menjadi PEMAKAI DESIGN TERBARU & TERHANGAT Di pasaran. Baru Keluar Oven Hahaha... Maunya Jadi Nak Jual. AKu Orang pertama yang pakai design PETAI, Penadol, Daun KETUM hahaha Dan sebagainya... Maka TUKARLAH Keuntungan Dengan EMAS DESIGN Baru. Tambah Sikit Je.... Hehehe... Aku beli dulu RM3000 sekarang aku tambah 200 dapat emas harga RM5000. 

Makaaa.... Sangkut lah lagi duit tersebut bila harga emas kembali TURUN... RM3000 kekal Lah RM 3000 dalam masa 10 Tahun. Sekian... Jangan Mara Aaaaa...

Kesimpulannya Emas adalah pelaburan yang BAIK andainya anda BERNIAGA Emas. Dan Hakikatnya Emas adalah tempat BERLINDUNG Golongan Kaya Dari banyak FAKTOR.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks