Wednesday, January 1, 2014

KENALI Antara PUNCA Penyakit BATU KARANG

Penyakit batu karang mudah dihidapi oleh seseorang tidak kiralah sama ada di peringkat kanak-kanak mahupun dewasa. Penyakit ini terkena bukanlah semata-mata sebab menahan kencing, tetapi atas banyak faktor.

Punca Batu Karang Terbentuk | Zaman berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang. Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.
Buah Pinggang Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter.

Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

Kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan. Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang. Sakit Pada Tepi Perut Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. 

Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda danmasalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.Faktor Risiko Batu Karang

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya :* 
Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.* 

Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.* 

Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.* Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.* 

Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.* 

Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.*

Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.*

Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Pencegahan Batu KarangMasalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup.

Selain itu setiap orang juga disaran menjalani 3 ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis Batu KarangBatu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:#

Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan 2 bahan, iaitu kalsium dan oksalat.#

Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.#

Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.#

Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Gejala Batu Karang*
Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabilabatu karang berhenti bergerak.* Air kencing berdarah.* Air kencing keruh dan berbau busuk.* Mual dan muntah.* Sentiasa terasa hendak kencing.* Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).Melayukini.net - Terdapat gejala juga iaitu sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara 5 hingga 15 minit. Seeloknya jika terdapat tanda-tanda yang dijelaskan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor untuk menerima rawatan lanjut.

Sumber: Sihat Selalu | Koleksi Kesihatan Sumber; Riadah Melayukini.net

5 comments:

  1. Nak elak batu karang, minum air banyak banyak 2-3 liter sehari semalam, make sure kencing putih, klu kuning pun kuning sikit je. Tp lecehnye bila dah minum bnyk, kerap pulak nak kencing.
    Org biasanya kencing 4-8 jam sekali, 200-400mls sekali kencing, total sehari semalam lbh kurang 1.2- 1.6 liter sehari semalam. Klu bole tahan lbh 8 jam tu, biasanya kurang minum air le tu.
    Bnyk masalah lain lg klu kurang air ni selain batu karang, mudah pening la, migrain la, mudah nak pitam la, hayal hayal la, sembelit la, buasir dan luka di anus la, mudah kembung perut la, jangkitan salur kencing la, gout la, and the list goes on.
    Therefore, kecuali pesakit chronic / end stage renal failure dan heart failure, minumla cukup air, 40 mls/kgBW/day.
    Kan air tu sumber kehidupan, yg hidup kat atas dunia ni mesti memerlukan air.

    ReplyDelete
  2. saya sekeluarga mengucapkan terima kasih banyak yang sekian kalinya kepada mbah wirang karna nomor togel malaysia yang mbah berikan 4D yaitu..2785..alhamdulillah ternyata tembus lagi ,saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan mbah wirang karna beliau sudah banyak membantu kami sekeluarga dengan angka2 ghoibnya dan telah merubah kehidupan saya jauh lebih layak dari pada sebelumnya,berkat mbah wirang kami sudah punya rumah sendiri dan juga punya usaha sendiri , dan sudah punya tabungan di BANK sudah begitu banyak. Peramal lain yang saya mintai angka jitu tidak ada satupun yang tembus malahan saya terlilit hutang yang lumayan cukup banyak,dan Akhirnya saya mendapatkan peramal togel yang asli saya akui kalau mbah wirang memang peramal jitu dan pantas di ajungkan jempol,jika anda ingin merubah nasib anda dengan angka ghoib yang di jamin 100% jebol,hubungi mbah wirang di nomor : 082346667564/+6282346667564 jangan di sms soalnya maklum orang tua tak bisa ,angka yang di berikan mbah wirang jangan di ragukan lagi soalnya saya sudah membuktikannya sendiri,angka ghoib yang mbah wirang berikan mulai dari 2d,3d,4d semuanya tembus 100% , sudah 3 kali putaran saya menang Dan tidak pernah meleset , dan hanya mbah wirang yang bisa menjamin 100% kemenangan,sekarang giliran anda membuktikannya sendiri, INI ASLI, BUKAN REKAYASAH !!! …. Kembali saya sampaikan kepada anda semua jika anda butuh angka togel jitu 2d 3d 4d untuk putaran
    SINGAPURE HONGKONG MALAYSIA THAILAND SIDNEY MACAU silahkan bergabung jadi anggota memeber di MBAH WIRANG insya allah anda akan merasakan kemenangan.. jangan sia-siakan kesempatan anda..



    Salam succes all





    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks