Tuesday, May 21, 2013

GAJI BAHARU Pemimpin Di Sarawak : Rakyat BIASA Pandang Je Lah Ye


Tiada apa yang Pemikir dapat Ungkapkan. Susah sangatkah Mereka ini Berbanding RAKYAT. Datang kampung pun selalu naik Helikopter. Jalan raya pun tak terbuat. Air bersih apatah lagi. Tapi peruntukan Juta Juta Utk mereka.

22 April yang lalu, Kerajaan negeri Sarawak mengumumkan kenaikan gaji ketua masyarakat dan ketua kaum serta elaun mesyuarat kaunselor berkuat kuasa awal tahun ini. Dimana elaun Ketua Kaum dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 sebelum ini manakala elaun penghulu dinaikkan daripada RM600 kepada RM1,000. Jawatan Pemanca pula elaun mereka dinaikkan kepada RM1,200 berbanding RM700 ketika ini dan elaun Temenggong dinaikkan kepada RM1,500 daripada RM850. 

"Bagi memastikan semua pihak dapat menikmati faedah ini, kerajaan turut meningkatkan elaun mesyuarat kaunselor iaitu daripada RM50 kepada RM100," kata Taib Mahmud ketika merasmikan Simposium Kebudayaan Sarawak di Kuching. 

Rupa Rupanya Ada Udang DI Sebalik Mee...
Hari ini.. tengok berapa dia naikkan GAJI Mereka Yang SUSAH Katanya..

KUCHING, 21 Mei — Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskan hari ini oleh Dewan Undangan Negeri (DUN). 
Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik. 

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; 

Menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000. 

Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992. 

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat. 

"Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya. 

Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. — Bernama

HARAM JADAH

7 comments:

  1. Nak buat camne bro..sabar jer lah.. duk nak Ubah tapi ramai yang tak nyokong..hehe !

    ReplyDelete
  2. gara2 duit BR1M. rakyat sanggup kena tipu. janji dpt GST dapat BR1M

    ReplyDelete
  3. Padan muko hang pa

    ReplyDelete
  4. Rakyat miskin..tapi pemerintah kaya raya..baik baget trsebut disalurkan untuk pembangunan infrastruktur terutama di pendalaman sarawak. Sokong membawa rebah..!!

    ReplyDelete
  5. woi pemimpin bodoh. kampung aku jalan raya pun tak ada

    ReplyDelete
  6. Tempat Saya....DUN Pembangkang...Parlimen BN. Kita didalam dilema.Tempat saya memang masih mundur, tiada Bakalan Air bersih, Tiada Bakalan api letrik...Pendek kata masih terlalu daif..Pembangkang ini pun satu.....tak betul-betul nak tolong Rakyat..tak ada satu projek pun dia buat malah menjengok muka pun tidak..Ini realiti...sebab tu lah Orang di pedelaman ...mundur macamana pun masih setia dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  7. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل



    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Kembali BERSUA

Sudah lama rasanya Pemikir tidak menulis di laman ini. Masa menjadi penghalang antara pemikir dan Blog Suara Pemikir. Dalam kesibukan ...