Tuesday, December 4, 2012

Teguran Pemikir Buat Para Blogger WANITA ...

Gambar Hiasan
1. Pertamanya Pemikir ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf seandainya coretan kali ini bisa membuatkan perasaan golongan Blogger wanita 'terasa' dan tersentuh, terutamanya golongan blogger wanita yang bergelar remaja. Sesungguhnya ini hanyalah sekadar teguran ikhlas dan pesanan seorang blogger muda yang dah tua hehehe.

2. Dalam keseronokan ramai blogger wanita yang jelas menguasai alam blog di Malaysia. Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dan tindakan. Adapun ini hanyalah teguran dan tiada paksaan untuk anda membaca, mendengar, percaya atau mengukutinya nasihat ini. Pada pemikir, tanggungjawab sebagai seorang yang 'nampak' perlu dilaksanakan.

3. Ingatlah wahai Blogger wanita. Masa depan anda masih jauh. Maka, berhati hatilah dalam menulis perkataan di blog anda kerana ia melambangkan keperibadian anda yang mungkin dinilai oleh seseorang pada satu hari nanti. Begitu juga ketika anda meng'uploadkan' gambar gambar 'saat gembira' terutamanya bersama jejaka idaman. Apatah lagi gambar gambar yang menyalahi hukum agama dan boleh dipandang serong masyarakat serta boleh menimbulkan syak.

4. Sebagai contoh mudah. Masihkah anda ingat beberapa pelakon yang sedang meningkat naik terpaksa menarik diri dari dunia lakonan kerana 'cerita silam' yang terpampang luas di Internet yang kebanyakanya memalukan serta menyalahi hukum agama menyebabkan timbul perasaan marah para peminat yang baru mengenali mereka. Seterusnya membuatkan para produser bertindak untuk tidak menawarakan kerja baharu kepada mereka ini. Tidak perlulah disebutkan nama kerana ia mungkin mengaibkan mereka yang telah sedia aib. 

4. Bukan itu sahaja, hal sebagini oleh juga suatu hari menyebabkan hubungan atau ikatan keluarga bahagia yang anda bina menemui keretakan yang anda tidak jangkakan serta tidak inginkan. Lihat sahaja betapa ramai kaum ibu yang muflis kerana kisah asmara lama (kebanyakanya gambar) yang disimpan oleh sang hidung belang yang menunggu masa untuk bertindak seperti menyebarkan gambar bogel dan sebaginya. Mereka menggunakan peluang ini untuk mengugut wang dari mangsa sehingga merosakkan kenahagian keluarga yang dibina. 

5. Mungkin anda bertanya kenapa hanya ditujukan kepada wanita. Kenapa tidak pada kaum lelaki. Jawapannya mudah. Lelaki kebanyakannya yang memanipulasi golongan wanita. Kalau pun ada gambar lelaki pada wanita dalam keadaan yang tidak elok seperti berbogel. Maka, tentunya ia turut terpampang gambar wanita tersebut kan. Itulah kebiasaanya dan itulah juga kehebatan perangkap lelaki pada golongan wanita. Ini kerana lelaki selalunya mengambil langkah selamat dan jangka panjang berbanding wanita.

6. Seterusnya ialah kerana wanita adalah insan berhati mulia. Sekiranya berlaku pertelingkahan dengan kekasih lamanya, wanita biasanya tidak berdendam sebagaimana lelaki yang antara tindakannya adalah mendedahkan kisah 'hitam' yang lalu. Atas alasan itu maka, Pemikir memutuskan untuk menujukan teguran ini kepada wanita.

7. Ingat wahai kaum wanita, "Apa yang anda lakukan pada hari ini adalah bayangan anda di masa hadapan "

8. Pemikir memohon maaf sekali lagi seandainya teguran ini menyinggung mana mana pihak. 

Oleh : Pemikir
www.suarapemikir.com

3 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks