Saturday, December 1, 2012

TAHNIAH Harimau Malaya : Thailand Menanti Malaysia

1. Satu perlawanan getir menanti Malaysia di peringkat seterusnya (Separuh Akhir) dengan pasukan yang diramal oleh kebanyakan pemerhati bolasepak ASEAN menjadi Juara edisi AFF Suzuki Cup 2012 iaitu Thailand telah sedia menanti.

2. Apa pun kita ucapkan TAHNIAH Kepada Harimau Malaya kerana telah berjaya 'mematahkan sayap' sang Garuda daripada terus terbang menguasai awan. Ramalan Pemikir terhadap jaringan dalam entri sebelum ini  nampaknya menjadi kenyataan. Permainan cantik yang ditunjukkan bagaimanpun memberikan sedikit kegusaran pada awalnya yang jelas membiarkan Indonesia menguasai perlawanan. Bagaimana pun kebangkitan pemain Harimau Malaya sangat mengagumkan dan akhirnya berjaya menewaskan Indonesia 2-0.


3. Mahalli Jasuli bolehlah dikatakan sebagai pemain terbaik pada malam ini dengan 'tekanan' jelas masih menguasai penyerang utama negara Safee Sali. Namun, ketiadaan Kunalan pada Pemikir merencatkan sedikit rentak namun ia berjaya ditambpung dengan sangat baik oleh Wan Zack Haikal yang mengalas tugas sebagai 'back up' striker.

4. Thailand yang awal awal lagi layak telah merehatkan kebanyakan pemian utamanya pada perlawanan lepas jelas meunjukkan keyakinan yang tinggi dalam AFF edisi kali ini. Malah semua tahu bahawa Thailand menurunkan skuad kedua untuk menghadapi perlawanan itu membayangkan mereka mempunyai kekuatan menyeluruh untuk menghadapi Malaysia nanti.

5. Apa pun, Pemikir tetap optimis dengan Harimau Malaya akan memberikan saingan yang sangat sengit kepada malah Pemikir beranggapan pertemuan Malaysia Thailand adalah pada kekuatan yang seimbang atau 50-50. Kita tunggu Harimau Malaya Vs Gajah Putih



Oleh : Pemikir

2 comments:

  1. Alaaa lepas peluang tengok. Lupe sgt. Apa pun taniah harimau malaya. Malaysia boleh!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat 1Malaysia dalam menyokong Harimau Malaya

      Delete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks