Red Mummy : Petua Jana Pendapatan Dengan Blog

Rasanya rata-rata blogger mengenali siapa akak glemer ni... Pernah ditemu ramah surat khabar dan TV. Mari kita ikuti kisah yang diceritakan oleh beliau bagaimana beliau boleh menjana pendapatan yang mencecah RM10k sebulan hanya dengan blogging.

"Saya memang tidak sukakan iklan, tetapi kerana terpengaruh dengan suami saya lakukan juga". Dan setelah itu hasilnya selepas tiga tahun menulis dia menerima pendapatan pertama daripada Nuffnang beliau berjumlah RM90. Diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan.

Panduan menjana pendapatan menerusi blog:

1. Setiap individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.

2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.

3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga ia berkembang.

4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.

5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.

6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.

7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

Apa kata kita sama sama amalkan petua ini dan InsyaAllah akan mendapat pendapatan pasif setiap bulan suatu hari nanti. 

Pesanan daripada Pemikir pula. Janganlah melakukan kerja berblog ini sehingga menjejaskan kerja hakiki anda. Lainlah kalau anda memang 100% blogger sepenuh masa. Matlamat berblog untuk mendapat pendapatan lumayan memerlukan masa yang panjang dan jangan paksa diri atau kecewa sekirang tidak mendapat pendapatan yang baik dlam tempoh masa yang singkat.

So, jangan berputus asa.

5 comments:

  1. ramai yang mengidam pendapatan sebegini.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tips yang baik ni,,,sedang berusaha..

      Delete
  3. sedang berusaha ini..heehhe

    ReplyDelete

AIK... Baca Je / Tengok Je...
Tinggallah KOMEN Sikit Untuk Kenangan Dan TANDA Sokongan Kepada Suara Pemikir Untuk Terus Berkarya dan Mencari Bahan MENARIK Untuk DIKONGSI Seterusnya.

Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis