Saturday, November 10, 2012

Dapat RM70,000.00 Sebulan Dengan Menjual Diri

Dapat RM70,000.00 Dengan 'Menjual Diri'.
1. 'Menjual diri' menjadi satu trend ramai blogger baharu dan tidak dinafikan 'genre' ini sangat mendapat perhatian para pembaca di alam maya atau di internet. Membaca bahan bacaan sebegini tidak memenatkan minda walaupun diselitkan dengan sedikit ilmu atau pengatahuan baharu yang berkaitan teknologi, artis, politik, makanan atau apa sahaja. Asalkan kaedah penulisannya adalah dengan santai, kemunginan untuk mendapat tempat dihati pembaca adalah tinggi.
2. Ramai para blogger yang hanya menceritakan kisah atau perjalanan harian kehidupan mereka kepada tatapan umum berjaya mendapat pendapatan yang sangat lumayan. Perkara ini yang sesetengah pihak istilahkan dengan  'Menjual Diri' adalah antara trend terkini yang diamalkan oleh para blogger terutamnya wanita berbanding blogger lelaki. Lumrah alam, bahawa wanita lebih menarik dari lelaki. Anda boleh merujuk keratan akhbar di atas untuk maklumat lanjut.

4. Tambahan lagi, penulisan blog dengan menggunakan cara ini tidak banyak membebankan minda para blogger untuk mendapatkan bahan blog dari bacaan lain atau rujukan yang lain. Cukup sekadar menceritakan apa yang dilakukan dalam kehidupan seharian dengan cara santai dan disertai dengan gambar yang menarik sebagai sokongan.

5. Suara Pemikir pada masa hadapan turut berperancangan untuk menulis dengan kaedah ini namun, masih memikirkan kaedah dan gaya penulisan yang sesuai untuk tujuan itu. Maklumlah Pemikir ni seorang lelaki hehehe.

www.suarapemikir.com

1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks