Sunday, November 12, 2017
Wednesday, June 7, 2017
Kembali BERSUA
Sudah lama rasanya Pemikir tidak menulis di laman ini. Masa menjadi penghalang antara pemikir dan Blog Suara Pemikir. Dalam kesibukan menulis buku, bahan akademik, menyiapkan kertas kerja, unjuran kewangan dan lain lain Dek kerana itu pemikir hampir tiada masa langsung untuk menjenguk pekembangan dunia bloging.
Sedang aktif menulis bahan akademik buat masa ini memberikan ruang yang sangat sempit untuk Pemikir mencoret sesuatu di laman ini. Maklumlah Pemikir telah menentapkan bahawa 2017 ini adalah tahun untuk Pemikir 'Come Back' setelah lama Merajuk dalam penulisan akademik. Kenapa...? Panjang kisahnya... ada masa nanti Pemikir akan ceritakan...
InsyaAllah... tidak lama lagi Pemikir akan kembali dengan tulisan yang insyaAllah lebih kritis. Sampai di sini dahulu. Jumpa Lagi
Thursday, March 9, 2017
Saturday, January 28, 2017
HUKUMAN MATI Yang TIDAK Mati Pernah Berlaku DI DUNIA Hahaha
Pelik!!!5 Hukuman Mati Tetapi Tidak Mati Pernah Menggemparkan Dunia |Renunglah peristiwa peristiwa pelik dan ajaib yang berlaku kepada individu berikut. Mereka diputuskan hukuman mati tetapi Tuhan maha menentukan – mereka tidak mati bahkan dapat terus hidup bertahun-tahun selepasnya. Tuhan maha kuasa.Berikut merupakan kisah 5 orang yang terlepas dari hukuman mati..
1. Anne Green

Anne Green dihukum mati dengan cara digantung ketika berumur 22 tahun. Pada masa itu, hukuman gantung dilaksanakan dengan cara banduan disuruh mengalungkan sendiri tali ke lehernya.Setelah tergantung selama 1/2 jam, tubuh anne diturunkan dan diberikan pada pihak universiti sebagai bahan kuliah anatomi. Namun, setelah sampai di kampus, peti dibuka dan doktor mendengar suara penafasan dari tengkuknya. Mereka segera memberinya minum.Dua belas jam setelah dihukum, Anne sudah dapat bercakap beberapa perkataan. Beberapa tahun kemudian Anne akhirnya menikah dan mempunyai 3 orang anak, serta dapat hidup 15 tahun lagi setelah peristiwa hukuman yang membuatnya terkenal itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)