Sunday, January 3, 2016

2016 Dari MATA Dato Dr Nazri Khan

Dato Dr Nazri Khan
Fellow, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
President, Malaysian Association Technical Analyst

Bismillah walhamdulillah,
Selamat Datang Tahun 2016. Tahun yang sukar untuk semua rakyat Malaysia. Selamat tinggal Tahun 2015. Tahun yang banyak cerita bagi rakyat Malaysia.

Pertumbuhan ekonomi 2016 dijangka terus sederhana kepada 4 peratus daripada 5 peratus pada 2015 dengan beberapa penunjuk ekonomi lemah ditengah-tengah prestasi rapuh ringgit, kejatuhan harga minyak, kenaikan harga barang, peningkatan hutang, kelembapan ekonomi China dan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat.

Ringgit jatuh lebih satu perempat dan harga minyak junam lebih dua pertiga. Harga tol, LRT, ERL, teksi, bas, komuter dan monorel bakal naik. Harga beras, bil air, bil api, harga ubat-ubatan klinik dan belanja sekolah juga dijangka melambung. Cukai GST sudah bermula, subsidi kerajaan akan terus dimansuhkan perlahan-lahan dan kadar faedah bank juga mungkin naik.

Pelbagai perkara bakal meruntun hati terutama yang berpendapatan rendah. Mungkin RM100 terasa seperti bernilai RM10 apabila keluar berbelanja. Kita akan bertarung hebat untuk mengimbangi perbelanjaan yang meningkat dengan pendapatan yang masih bertakung.

Pada masa yang sama, hutang negara telah naik sehingga RM627 bilion tahun ini dan hutang kesemua isirumah Malaysia telah mencecah RM750 billion walaupun ekonomi tumbuh positif.

Negara masih menanggung belanjawan defisit ke-18 tahun berturut-turut walaupun minyak dan gas menyumbang kepada pendapatan negara lebih RM50 bilion setahun (sejak sepuluh tahun lepas) namun begitu, kita tidak nampak dimana ia disimpan untuk hari-hari gelap ketika ini dan di masa hadapan.

Penanda aras Bursa Saham Malaysia masih sepuluh peratus rugi setelah hampir dua tahun menunggu.

Dan yang paling sedih, sehari lepas, Malaysia telah dinamakan diantara enam skandal rasuah paling teruk 2015 di dunia oleh laman web antarabangsa,foreignpolicy.com bersama FIFA, Nigeria, Hondura, Guatemala dan Perhimpunan Agung PBB.

Di harap kesemua isu besar ini akan berakhir tahun depan.
Berikut adalah beberapa isu besar ekonomi Tahun 2016 dalam dan luar negeri untuk perhatian semua, samaada rakyat marhaen dan pelabur.

MALAYSIA
Kejatuhan Mata Wang Ringgit Paras Terendah Dalam 17 Tahun
Kejatuhan Harga Komoditi Termasuk Minyak Paras Terendah Dalam Sebelas Tahun
Pelupusan Subsidi Beras Dan Elektrik
Kenaikan Harga Tol, Komuter, LRT, Monorel Dan Bas
Lambakan & Pergantungan Kepada Buruh Asing Murah
Kenaikan Harga Rumah & Kelulusan Pinjaman Rumah Paling Perlahan
Kenaikan Nisbah Hutang Isi Rumah
Perlaksanaan GST
Pilihanraya Negeri Sarawak
Rancangan Malaysia Ke-11 2016-2020

DUNIA
Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat Yang Ke-58 (calon besar Donald Trump, Hillary Clinton & Jebb Bush)
Perjanjian Perdagangan Bebas Terbesar Dunia, TPPA (Malaysia, Amerika dan 12 Negara) bernilai USD28 trillion
Kenaikan Kadar Faedah Bank Pusat Amerika Syarikat pertama kali dalam sembilan tahun
Peperangan Mata Wang Eropah dan Asia (termasuk China, Jepun dan Korea, Malaysia ditengah-tengah)
Rancangan Mega Ekonomi Lima Tahun China
Referendum United Kingdom sama ada kekal dalam Kesatuan Eropah
Pembukaan Terusan Panama menghubungi dua benua dunia Pacific Ocean - Atlantic Ocean
Krisis Hutang Greece & Rundingan Keluar Kesatuan Eropah
Pilihanraya Presiden Taiwan
Sukan Olimpik 2016 di Brazil & Euro Cup 2016 di Perancis

Apa-apa pun, ingatlah, apabila Malaysia ditubuh 52 tahun lalu pada 1963, kita diiktiraf dunia sebagai HARIMAU EKONOMI ASIA, negara kita KEDUA TERMAJU di Asia selepas Jepun dari segi pertumbuhan ekonomi danpendapatan per kapita, lebih kaya dari negara Asia lain termasuk Korea Selatan dan Taiwan. Dari segi ekonomi, kewangan dan pendidikan kita jauh kedepan dari Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan.
Mudah-mudahan rakyat dan kerajaan yang kita hormati akan memastikan senario ini akan berulang semula.

Akhir sekali, saya berdoa semoga semua sahabat handai, saudara taulan dan rakyat Malaysia dapat menempuh cabaran tahun baru dan diberi rezeki berganda untuk menampung segala kekurangan.

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah impian.
Selamat Tahun Baru 2016.

FB.

2 comments:

  1. KISAH NYATA DARI SAYA BPK.KARTA BUKAN REKAYASA INI BETUL2 NYATA DIKELUARGA KAMI.
    Assalamualaikum wr.wb,saya BPK.KARTA seorang buruh tani di madium jawa timur ingin mengucapka banyak terimah kasih kepada KI WARSA atas bantuan AKI. kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan dan berkat bantuan KI WARSA pula yang telah memberikan angka gaib hasil ritual beliau kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah telah berhasil memenangkan 5x berturut turut tembus.sekali lagi makasih yaa AKI karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang cuma 200 ribu dan akhirnya saya menang.Berkat angka gaib hasil ritual AKI WARSA saya sudah buka usaha matreal di jakarta dan istri saya juga buka butyk baju dimall mangga dua. Kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi anda yg ingin seperti saya silahkan HUB/SMS AKI WARSA di nomor hpnya di: 0852 4968 9269 atau KLIK DISINI dan ramalan AKI WARSA memang memiliki ramalan GAIB” yang dijamin 100% tembus.
    KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA MAKANYA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET…

    *angka ritual gaib singapura

    *angka ritual gaib hongkong

    *angka ritual gaib malyaisia

    *angka ritual gaib sidney

    *angka ritual gaib kuda lari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkenalkan indentitas saya
      nama :SUKIMAN PAULUS
      pekerjaan : pembantu di malaysia
      tempat tinggal : malaysia-kuala lumpur - Lorong E1-Taman sastria jaya - jln.stutong stamping (SARAWAK)
      tempat asal ; NTT - desa TARUS - KEC.KUPANG TENGAH - KAB.KUPANG
      maaf kalau koment ini tak sopan
      saya pak PAULUS seorang TKI dari malaysia curhat melalui pesan ini kepada semua teman2 yang di indonesia maupun yg di luar negri
      bahwa selama saya tinggal di malaysia kurang lebih 4 tahun tidak digaji sama majikan saya karna hutang sudah banyak pasang angka togel tak perna tembus ..
      selama 4 tahun juga saya di malaysia menderita .ingin balik ke indo tapi tak punya ongkos balik dan itu sempat membuat saya putus asa.
      dan kebetulan teman saya buka-buka internet dan menemukan nomer HP MBAH SUTAR katanya bisa meramal nomor togel yg akan masuk .dan dari situ lah saya coba menghungi no HP MBAH itu dan memina bantuan untuk putaran MALAYSIA (TOTO 6D)
      dan syukur alhamdulillah saya di berikan angka TOTO 6D dan saya di suruh pasang 2ringgit saja. akhirnya angka itu tembus dan sempat sya pingsang setelah bandarnya menghubungi saya dia minta NO rekening saya katanya saya menang 200ribu ringgit.
      dan dari situlah saya baru mengerti arti kehidupan , janganlah mudah putus aza karna orang yg mudah putus asa akan lebih sulit mendapatkan apa yang di inginkannya .
      bagi anda yang betul2 mau dibantu dan betul2 yakin sama MBAH SUTAR
      silahkan anda bisa hubungi MBAH SUTAR di NOMOR PRIBADI beliau di 0853-4288-2547 .
      silahkan hubungi MBAH SUTAR ROJAK untuk MEMBUKTIKANNYA ......



































      Delete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks