![]() |
Gambar Hiasan |
Kisah ini adalah antara yang menjadi viral di media sosial terutamanya Facebook. Tidaklah diketahui kebenaran akan cerita dan kisah ini namun, ia memberikan pengajaran yang baik untuk direnung. Adapun artikel di bawah ini tidaklah saya edit melainkan ianya asli sebagaimana ia tertulis dan dikongsi.
****
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian melayan anak cucu. Saya mohon untuk ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Maka, saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
1– Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.