Senang je nak bawak (memandu) kereta AUTO. Itulah satu ungkapan yang selalu kita dengar.
Persoalannya...
Benarkah kuta benar benar PANDAI memandu kereta Auto dengan cara dan kaedah yang BETUL dan sebagaimana sepatutnya.
Atau, persoalan yang sebaiknya. Pernahkah kita membaca manual penukaran gear yang disertakan bersama ketika kita memeli kereta.
Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap!
Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.
Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda. JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT
Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.
Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.
Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki