Tuesday, July 14, 2015

SAJAK Meruntun JIWA Dari Tun M : AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI


Secara terus terang Pemikir merasa sangat hiba dengan TAJUK Sajak tun pada kali ini. Terasa lemah dan lesu seluruh tubuh. Bersediakah Pemikir dan negara ini yang bakal kehilangan seorang yang sangat sayangkan Bangsa dan negaranya. 

AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI
Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit

Hak memilih, Hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanah air dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja


Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat & kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama ALLAH diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsa ku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina & diperhambakan

Wahai BANGSAKU
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkan aku pejam mata & hembus nafas yang terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu

YA ALLAH lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa 
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu

Kerana ALLAH
Kerana Agama
Kerana Bangsa
Kerana Negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti

Tun Dr Mahathir Bin Mohamad
Julai, 10 2015

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks