Skip to main content

Istana TERENGGANU Yang MEMUKAU Sesiapa MEMANDANG


Pertama kali Pemikir melihat gambar gambar Istana Moden negeri Terengganu ini, Pemikir sangat terpegun. Sangat cantik dan menawan. Anda saksikanlah sendiri keindahan istana Terengganu yang dirakam dalam gambar gambar di bawah.

Baru-baru ini Jurugambar Von Wong telah dijemput untuk merakamkan seni bina istana yang tersergam indah di Kuala Terengganu yang mempunyai 100 buah bilik.

Istana yang diberi nama Syarqiyyah, yang bermaksud “Jewel of the East”, direka oleh arkitek Bill Bensley, yang menetap di Bangkok.

Seni bina istana tersebut dihiasi dengan 5000 lukisan unik yang merangkumi sehingga 9 meter panjang.

Untuk pengetahuan semua, Istana Syarqiyyah , Bukit Chendering di Kuala Terengganu ini telah mengambil masa selama 15 tahun untuk disiapkan.

Apa yang pasti seni bina istana Sultan ini adalah yang paling indah yang pernah anda dilihat di Malaysia.


Air pancut dan menara menggabungkan corak Terrenganu tradisional dengan seni bina Alhambra Islam
Tiang gaya Alhambra menghiasi masjid baru Istana Diraja Syarqiyyah Kuala Terengganu –



Setiap satu daripada 100 bilik di Istana Syarqiyyah adalah berbeza-beza, membuatkan mustahil untuk anda jumpa jalan pulang.


Kegemilangan seni bina Afrika Utara bersama perabot yang dipilih dengan teliti di Istana
 Syarqiyyah di Kuala Terengganu.
Reka bentuk seramik dan dinding bergabung untuk mencipta seni bina di dewan bankuet di Istana Syarqiyyah , Kuala Terengganu.



Pemandangan indah diwaktu senja di Istana Kuala Terengganu
Pemandangan taman maze di istana menunjukkan pengaruh Arab- Islam yang dominan dalam seni bina Istana Syarqiyyah . 

Sumber : Hanasuva

Comments

Popular posts from this blog

Jom BELAJAR Bahasa Melayu SARAWAK

Bahasa Melayu Sarawak...
Sebagai rakyat Malaysia yang majmuk, belajar bahasa dari kaum dan masyarakat yang berbeza adalah menjadi satu 'kemestian' yang boleh membawa kepada ikatan yang lebih erat sesama kita.
Kali ini kita akan melihat sedikit sebanyak bahasa yang menjadi bahasa RASMI rakyat Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum yang berbeza.
Kepada mereka mereka (terutamanya guru guru) yang akan posting ke Sarawak bolehlah belajar sedikit sebanyak sebagai persediaan bagi memudahkan komunikasi bila tiba di sana nanti. Tidak kita Iban, bidayuh, Orang ulu, dayak, Melanau Cina, bidayuh dll... Bahasa Melayu Sarawak menjadi bahasa rasmi bagai semua kaum kaum ini...
1. Tedah - Kesian 2. Kepak - Letih 3. Kayokayo - Kehulu kehilir 4. Plente - Bergurau 5. Pozer - Peniru/ Ciplak 6. Gai / Ucak - Poyo 7. Ilek 1 - Rehat 8. Ilek 2 - Sabar 9. Dolok - Dulu 10. Agik - Lagi 11. Nok ya - Yang itu 12. Madah/ Padah - Bagitahu

Rahsia TERSEMBUNYI Waktu Solat Yang 5 (Fakta Menarik)

1. Ada pun pada mereka yang berfikir. Maka tidak Allah jadikan sesuatu itu hanya sia sia dan pasti ada sesuatu yang ingin Allah sampaikan kepada hambanya yang berfikir dan yakin kepada Allah.
2. Makan hal ini tidak lah di sia siakan oleh orang tua tua dahulu apabila menyatakan waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran dan istilah 'PANTANG' telah diguanakan untuk tidak  berada di luar rumah malah menutup pintu dan jendela pada waktu sebagini.
3. Mungkin beranggapan mereka lebih moden dan lebih saintifik dari orang dahulu. Masyarakat pada hari ini telah mengabaikannya malah sesetengah memperlekehkan 'amaran' dan teguran ini. 
4. Mari kita pandang hal ini sedikit lari dengan sudut sains semata mata.

DIVIDEN HEBAT Simpanan ANDA : Pinjaman ASB Vs Simpan SENDIRI ?

1. Awal Tahun 2013 ni Ramai rakan rakan Pemikir berbicara tentang Dividen Hebat daripada simpanan masing masing dan kebanyakan mereka adalah penyimpan Amanah Saham Bumiputera atau ASB. Maklumlah, PNB Mengumumkan bahawa dividen ASB tahun 2012 adalah tertinggi dalam masa 5 Tahun. 
2. Namun Setelah berbicara sekian lama, kebanyakan mereka sebenarnya membuat pinjaman ASB dari beberapa bank seperti CIMB, Maybank dan yang terbaharu RHB Bank. Maka Pemikir melakukan sedikit penyelidikan berkaitan hal ini (loan ASB), dan dalam banyak banyak pembacaan Pemikir, Artikel oleh Blog Berita Semasa sebagaimana tercatat dibawah ini adalah yang paling munasabah dan bersandarkan fakta yang benar serta perlu diberi perhatian oleh para peminjam atau mereka yang berhasrat untuk meminjam sebagaimana Pemikir. 
3.  Melakukan sedikit pembacaan (kajian) terhadap apa yang cuba dilakukan adalah langkah terbaik sebelum kita meletakkan WANG (Duit) kita kepada risiko risiko yang ada dalam pasaran. Oleh itu luangkanlah …