
Tidak semua pemimpin di dunia memiliki kekayaan yang luar biasa. Namun, terdapat beberapa pemimpin di dunia setelah dikira aset kekayaan mereka, ternyata memiliki kekayaan yang sangat luar biasa.
Tahukah kita bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin mempunyai kekayaan luar biasa melebihi daripada raja-raja di negara Arab. Melalui sumber Bisnis.com, berikut merupakan 5 pemimpin negara terkaya di dunia:
1. Presiden Rusia, Vladimir Putin - AS$40 juta
Beliau telah menggalas jawatan sebagai Presiden Rusia sejak tahun 2012 lagi. Sebelum itu, pendapatan Putin hanyalah AS$80,000 dan kini beliau diiktiraf sebagai jutawan terbesar dunia kerana memiliki saham dalam pelbagai perusahaan di Rusia. Beliau memiliki rumah yang dibina sebagai tempat tinggal rasmi pemerintah negara. Salah satunya adalah di Praskoveevka di Laut Hitam beharga AS$1 Juta.