Tuesday, January 20, 2015

TRAGEDI Bot KARAM, Pulau BRUIT 2014 : Apa KESANNYA..?

Sengaja Artikel ini Pemikir 'Upload' lewat ke laman maya. Bagi membuktikan andaian Pemikir setahun yang lalu adalah berasas dan benar.


Terima Kasih Semua
Dicelah kesempitan waktu, ku gagahkan jua jari jemari ini untuk mencoret sedikit rentetan peristiwa menyawat hati yang mengguris jiwa warga Pulau Bruit, setahun yang lali iaitu pada tanggal 18 Januari 2014. Seminggu dua waktu kejadian tragedi bot KARAM di Pulau Bruit, Daro Sarawak tersebut, ia mendapat perhatian ramai dengan liputan meluas di seluruh Malaysia oleh media arus perdana. Tidak ketinggalan juga media sosial yang ada kalanya mendahului media massa. Terima kasih kerana Perihatin akan maslah ini.

Terima kasih kepada mereka kerana menjalankan tugas dengan baik tentunya. Namun, saya ingin membawa anda semua untuk melihat perkara ini dari sudut lain. Liputan yang diberikan tentunya memfokuskan kepada kesedihan keluarga mangsa dan nasib mangsa yang hilang dan terkorban. Innalillah...

Fokus Liputan Berita
Tidak lama selepas itu, fokus liputan merangkumi operasi pencarian mangsa yang masih hilang. Tidak sebagaimana peristiwa sebegini yang berlaku di semenanjung, liputan sehingga ke rumah dan kampung malah ke tanah perkuburan tidak dilakukan. Mungkin kerana logistik yang tidak mengizinkan. Tetapi ia dilakukan juga akhirnya walaupun telah agak lewat.

Rentetan itu banyak temuramah dilakukan terhadap 'Pegawai Tinggi' dan warga tempatan. Menariknya beberapa pegawai tinggi yang saya YAKIN kali Pertama menjejak kaki ke Pulau Bruit terus membuat kesimpulan bahawa peristiwa ini berlaku kerana lebih muatan dan tiada Life Jacket dalam bot yang digunakan.


Tidak ada seorang pun yang menegaskan dan mengupas perkara POKOK, kenapa perkara ini berlaku. Berbeza dengan kemalangan feri di Belaga beberapa tahun dulu, ramai sedar bahawa tiada jalan darat memaksa penduduk menggunakan prkhidmatan air yang berisiko.

Hakikatnya dua kejadian ini tidaklah berbeza POKOK PANGKALNYA di negeri yang kaya dengan MINYAK dan BALAK ini. Ketiadaan jaringan Jalanraya yang sempurna perlulah dilihat sebagai PUNCA sebenar tragedi yang berlaku.

Pengankutan Tradisi
Pengankutan ini telah menjadi tadisi penduduk Pulau Bruit terutamanya mereka yang berada di kampung Panipah, Tekajong, dan Salah kechil atau lebih umumnya, bahagian utara Pulau Bruit. Selain BAHAYA dan tidak selesa, kos yang tinggi juga terpaksa ditanggung oleh rakyat bumi yang kaya dengan balak dan minyak ini tanggung untuk pelbagai urusan.

JANGAN TERKEJUT
Jangan terkejut jika saya katakan bahawa ini adalah pengangkutan utama pelajar ke sekolah menengah yang pada saya kelihatan menggadai nyawa generasi pelapis bangsa pada masa hadapan.

Terpaksa Menunggu Lagi...
Hari ini Perdana Menteri mengumumkan keadaan ekonomi negara akibat ketidaktentuan ekonomi dunia dan jelas perbelanjaan negara akan dikurangkan dengan jumlah yang BANYAK. Bersandarkan perkembangan terbaharu ini, ada kemungkinan projek pembinaan jalanraya yang dipertimbangkan akan dipertimbangkan kembali untuk tidak dipertimbangkan. hehehe sebagaimana yang telah berlaku kepada projek pembekalan air yang dijanjikan siap pada tahun 1997 sebagaimana keratan akhbar di bawah. So malas nak cakap panjang panjang... fikir fikirkanlah semua. Sila berikan komen anda di ruangan komen di bawah.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks