PERLABURAN Emas Dan PERAK (Siri 2)

Kita berbalik kepada persoalan kenapa Pemikir merasakan tahun 2014 adalah tahun yang sangat sesuai untuk memulakan pelaburan emas dan perak.  (sambungan dari SIRI 1 (Klik). 

Pun begitu, 2015 masih lagi menunjukkan peluang itu masih TERBUKA LUAS. Jangkaan Awal Pemikir bahawa Emas dan SILVER akan mula 'mendaki' sedikit demi sedikit bermula pertengahan tahun 2015 ini. 

Pelbagai rujukan telah saya teliti sebelum membuat keputusan ini. Beberapa insan yang tidak pernah dikenali menjadi 'teman' baharu pada Pemikir dalam meneliti kajian dan analisis berkaitan SILVER. Beberapa Pelabur SILVER terkenal menjadi rujukan sperti, Mc Maloney, Morgan, Jim Charter dan lain lain menjadi rakan chatting di twitter dan Facebook serta blog begi mendapatkan maklumat berkaitan Emas dan SILVER (perak).

Selain itu Laman web seperti: www.silverinstitute.org, www.munknee.com, www.silverseeks.com, www.silverdoctor.com, www.srsroccoreport.com www.mks.org, www.goldsilver.com pelbagai agi laman serta pelbagai video di Youtube menjadi rujukan.

Tidak kurang juga dengan ruang dan laman peniaga dan pelabur tempatan seperti laman 'Facebook Jual Beli Silver (Perak) Malaysia' , Facebook Silver Lot Shop, SILVER Group, Silver lot shop, Galeri Emas Perak dan Permata Dll... menjadi laman mendapatkan pandangan.


Selain semua itu, pengalaman Pemikir menjadi trader matawang atau FOREX sejak sekian lama juga turut membantu dalam menilai teknikal dan fundamental analisis berkaitan SILVER. Ternyata inilah masanya yang sesuai setelah emas turun sekitar 48 % dan Silver hampir 70% dari harga tertinggi yang pernah dicatatkan pada tahun 2010 dan 2011.

Penurunan lebih jauh akan menyebabkan syarikat pengai emas dan silver akan bankrap seterusnya akan menyebebkan kekurangan bekalan emas dan perak dalam pasaran yang mana permintaan terhadap Perak semakin meningkat dalam industri seperti tenaga solar, bateri, pakaian, penapisan air bersih dan pelbagai lagi.

Setelah semua itu, maka Pemikir menyimpulkan bahawa, 2014 atau lebih tepatnya akhir tahun 2014 adalah masa yang sesuai untuk memasuki pasaran atau memulakan pelaburan dan simpanan SILVER fizikal anda.

Ini adalah pandangan peribadi semata mata dan dimaklumkan bahawa Pemikir bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini. Pertimbangan dan kajian anda sendiri adalah sangat perlu sebelum memulakan langkah.

SEKIAN... Selamat Melabur dan Menyimpan SILVER Fizikal...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers