Tuesday, November 25, 2014

PERLABURAN Emas Dan PERAK (Siri 1)

Sekadar ingin berkongsi sedikit hasil pemerhatian dan KAJIAN personal selama beberapa tahun. 

Pemikir masih ingat lagi pada tahun 2011 , diwaktu itu hati Pemikir 'terbuka' untuk memulakan pelaburan emas dan silver (perak) dengan agak serius. Seperti biasa, Pemikir memulakan langkah dengan membuat sedikit pembacaan dan pembelajaran dari video berkaitan emas dan perak di youtube. Keputusan yang diperolehi setelaha beberapa ketika membuat kajian adalah TUNGGU... Masa masih belum sesuai untuk memasuki pasaran. 

Maka, Pemikir menunggu sejak dari tahun 2010, 2011, 2012, 2013 hinggalah ke tahun 2014 setelah kajian menunjukkan bahawa 2014 adalah masa sesuai untuk memasuki pasaran, maka Pemikir pun memulakan langkah. Mudah mudahan perlaburan yang Pemikir lakukan pada kali ini BERJAYA.. Aminnn... Hehehe Dah banyak sangat GAGAL la tu kan... Hehehe

Pasti anda tertanya tanya kenapa 2014....?

Sebelum Pemikir memberikan alasan alasan berkaitan kenapa Pemikir mengatakan 2014 adalah masa yang sesuai atau secara spesifiknya November 2014 masa PALING sesuai untuk memasuki pasaran emas dan Perak (silver), biarlah pemikir mengecilkan lagi skop perbincangan ini dengan menyatakan bahawa Pemikir telah memilih untuk melabur pada SILVER / PERAK berbanding emas. Maka, segala keterangan yang akan diceritakan selepas ini adalah lebih berkisar kepada alasan yang melibatkan SILVER berbanding emas walaupun pada hakikatnya emas dan perak adalah 'rakan' akrab. Jadi, faktor faktor yang memperngaruhi turun naik emas dan perak tidaklah jauh bezanya. Cuma pemikir lebih menumpukan kepada Silver dalam penerangan kali ini.

Mengimbau kembali apabila rakan rakan berebut rebut melabur emas dan perak pada tahun 2010, 2011 dan 2012 pada saya hasil promosi besar besaran oleh banyak syarikat dan bank. Saya hanya memandang dan sedaya upaya menasihat dan menegur rakan rakan agar BERSABAR dan menunggu masa yang sesuai untuk tujuan ini. Akhirnya saya disisihkan oleh rakan rakan yang tidak mahu menyertai gerombolan pelabur emas dan perak yang mereka wujudkan. Malah, ada yang membaalas nasihat saya dengan kata kata sinis dan pedas.

"Kalau ko pandai sangat meramal turun naik, tak kan kau masih pakai proton buruk sekarang ni" disambut dengan gelak tawa.

"Ko nak lawan Quran ke yang mengatakan emas dan perak akan semakin bernilai pada akhir zaman"

Dan pelbagai lagi...

Pemikir hanya berdiam diri dan bersabar. Namun, Pemikir sedikit sedih apabila melihat ramai pada rakan rakan yang membuat pinjaman peribadi untuk melakukan pelaburan emas dan perak pada waktu itu (2011, 2012 dan 2013) yang jelas membebankan mereka . Akhirnya ramai yang terpaksa melalui detik kesempitan kewangan dan terpaksa menjual emas pada 40 - 50% lebih murah dari nilai masa belian.

Akhirnya ramai dikalangan mereka kecundang, malah ramai dikalangan mereka tidak dapat mengeluarkan emas dari ArRahnnu dan ada yang terus berpatah arang untuk menyimpan emas dan perak. Mahu saja rasanya hendak melemparkan senyuman pada mereka. Tetapi Pemikir bukanlah orang yang sedemikian.

Kita berbalik kepada persoalan kenapa Pemikir merasakan tahun 2014 adalah tahun yang sangat sesuai untuk memulakan pelaburan emas dan perak. 

(Bersambung....)

1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks