Wednesday, November 12, 2014

KESILAPAN Awal Dalam MEMBINA Rumah IMPIAN

Rumah IMPIAN; Setiap daripada kita, pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Namun begitu, untuk menjadikan impian itu menjadi kenyataan kita seharusya mempunyai perancangan yang teliti. Sangat teliti...


Mempunyai perancangan bermakna mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk memiliki rumah sendiri. Seseorang itu boleh mula bekerja keras dan mengatur perjalanan kerjaya atau membuat keputusan perniagaan yang baik supaya dapat menyimpan wang untuk rumah impiannya. Apabila duit dah cukup, barulah anda boleh mendapatkan khidmat arkitek untuk membuat pelan rumah impian anda.

Anda perlu memiliki pelan rumah supaya anda dapat mengira kos pembinaan rumah anda. Selain itu, anda juga dapat membeli simen lebih awal ketika harganya lebih murah.

Pemilik rumah yang merancang untuk membina pelan rumah harus berhati-hati terhadap 5 kesilapan yang boleh berlaku sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesilapan ini amat merugikan anda. Berikut adalah 5 kesilapan biasa yang dilakukan dan harus diberi perhatian oleh anda:

1. Membuat pelan rumah tanpa merujuk undang-undang kerajaan tempatan.

2. Memulakan melakar pelan rumah tanpa mangambil kira saiz dan lokasi lot dimana rumah tersebut dibina. Lokasi rumah sangat penting.

3. Membina plan rumah diluar kemampuan kewangan pemilik rumah.

4. Mengurangkan kos plan rumah dengan mendapatkan khidmat nasihat bukan professional.

5. Bergantung kepada pendapat dan keputusan designer rumah tanpa membuat kaji selidik tentang rumah anda.

Membuat pelan rumah bukanlah satu perkara yang mudah dan pemilik rumah akan melakukan kesilapan semasa proses membuat pelan rumah mereka. Pun begitu pemilik rumah masih boleh mengelakkan kesilapan sekiranya mereka tahu apa yang perlu dielakkan.

Jangan terlalu ghairah untuk memulakan projek sehingga kita kabur akan kesilapan yang dilakukan.


2 comments:

  1. Saya pun ada masalah bina tandas baru seminggu selepas di gunakan naik bau najis & hancing.. camna tu...

    ReplyDelete
  2. Saya pun ada masalah bina tandas baru seminggu selepas di gunakan naik bau najis & hancing.. camna tu...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks