Andai REZEKI Itu Bukan MILIK Kita : YAKINLAH...


YAKINLAH...

Andainya tiada rezeki anak,
YAKINLAH...
Mungkin diberikan rezeki mertua dan keluarga mertua yang BAIK. 
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak dan rezeki yang liar dan derhaka. 

Andai tida WANG ringgit yang BANYAK, 
YAKINLAH...
Akan rezeki kesihatan untuk kita di dunia seterusnya memudahkan kita mencari rezeki akhirat yang kekal selamanya.

Andainya tiada rezeki kereta MEWAH, 
YAKINLAH...
Mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal dan KETAKUTAN serta KEBIMBANGAN yang menghantui setiap masa akan kehilangan kereta tersebut.

Andainya Tiada rezeki Rumah BESAR, 

YAKINLAH...
Mungkin diberikan rumah yang penuh kebahagian antara isi rumahnya. Rumah yang sentiasa sejuk dan sentiasa memberikan suasana tenang untuk kita beribadah.


Andainya tiada rezeki makanan MEWAH
YAKINLAH...
Akan ada  rezeki makanan yang tidak pernah putus putus dan menyihatkan. Maka kita lebih bahagia dari si kaya yang memakan sesuatu yang sedap tapi membinasa.

Andainya tiada rezeki pasangan yang CANTIK, 
YAKINLAH...
Tanpa sedar kita diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumah
tangga dan pandai melayan dan membahagiankan.

Andainya tiada rezeki JODOH, 
YAKINLAH...
Mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang. 
ia adalah ladang yang lebih baik untuk kita menyemai benih bekalan untuk ke akhirat. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

MAKA itu...
Seandainya tiada REZEKI buatmu hari ini, 
JANGAN BERSEDIH...
YAKINLAH...
PASTI ada rezeki yang tidak DIJANGKA Pada hari ESOK...

Yang PENTING
YAKINLAH... YAKINLAH... YAKINLAH...
 PADA ALLAH Yang maha Memberi REZEKI

Berusaha. Bersabar. Bersyukur. Berdoa. Bertawakal. 

"Habunallah wanikmal wakilll"



2 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers