Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

PERLABURAN Emas Dan PERAK (Siri 1)

Sekadar ingin berkongsi sedikit hasil pemerhatian dan KAJIAN personal selama beberapa tahun. 
Pemikir masih ingat lagi pada tahun 2011 , diwaktu itu hati Pemikir 'terbuka' untuk memulakan pelaburan emas dan silver (perak) dengan agak serius. Seperti biasa, Pemikir memulakan langkah dengan membuat sedikit pembacaan dan pembelajaran dari video berkaitan emas dan perak di youtube. Keputusan yang diperolehi setelaha beberapa ketika membuat kajian adalah TUNGGU... Masa masih belum sesuai untuk memasuki pasaran. 
Maka, Pemikir menunggu sejak dari tahun 2010, 2011, 2012, 2013 hinggalah ke tahun 2014 setelah kajian menunjukkan bahawa 2014 adalah masa sesuai untuk memasuki pasaran, maka Pemikir pun memulakan langkah. Mudah mudahan perlaburan yang Pemikir lakukan pada kali ini BERJAYA.. Aminnn... Hehehe Dah banyak sangat GAGAL la tu kan... Hehehe
Pasti anda tertanya tanya kenapa 2014....?
Sebelum Pemikir memberikan alasan alasan berkaitan kenapa Pemikir mengatakan 2014 adalah masa yang sesu…

KELAKALUTAN Dalam ISLAM - Dato Dr MAZA (Video)

KELAKALUTAN Dalam ISLAM - Dato Dr MAZA

Sesi soal jawab berkaitan amalan harian yang pasti boleh memberikan pencerahan terhadap beberapa kemuskilan akan halal haram, serta boleh menjawab persoalan sama ada perlu atau tidak amalan tersebut diteruskan dari sudut pandangan seorang ulamak dan agamawan.

Dengarlah dengan teliti dan Semoga memberikan faedah kepada kita semua.

SIMPANAN WANG : Kaedah KUNO Yang SANGAT Berjaya Tetapi DILUPAKAN

1. Dalam peningkatan kos sara hidup di zaman moden ini, Pelbagai kaedah dilakukan untuk menambah pendapatan agar boleh hidup sama ada mewah atau selesa. Kebanyakan orang melakukan kerja sampingan atau melaburkan wang pendapatan yang sedia ada untuk mendapatkan pulangan yang lebih untuk kegunaan pada sesuatu yang diidamkan.
2. MLM, Pelaburan Emas, Pelaburan Token, Forex, dan Pelbagai lagi jenis pelaburan dan tidak ketinggalan pelaburan yang jelas menunjukkan sistem piramit adan melata dipasaran menantikan mangsa seterusnya.
3. Tidak dinafikan bahawa pelaburan pelaburan ini adalah pelaburan yang kebanyakannya sah di sisi undang undang. Tatapi, para menipulator sangat bijak memainkan peranan mereka dalam mengaburi mata peserta dan pelanggan. Anda buatlah kajian dan pemerhatian sendiri dan saya amat yakin jawapannya lebih kepada sesuatu yang MENGECEWAKAN berbanding KEJAYAAN. Dan pada akhir tahun 2014 ini, sekali lagi berlaku peningkatan dalam kaedah pelaburan sebegini yang pada saya menunju…

KESILAPAN Awal Dalam MEMBINA Rumah IMPIAN

Rumah IMPIAN; Setiap daripada kita, pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Namun begitu, untuk menjadikan impian itu menjadi kenyataan kita seharusya mempunyai perancangan yang teliti. Sangat teliti...

Mempunyai perancangan bermakna mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk memiliki rumah sendiri. Seseorang itu boleh mula bekerja keras dan mengatur perjalanan kerjaya atau membuat keputusan perniagaan yang baik supaya dapat menyimpan wang untuk rumah impiannya. Apabila duit dah cukup, barulah anda boleh mendapatkan khidmat arkitek untuk membuat pelan rumah impian anda.
Anda perlu memiliki pelan rumah supaya anda dapat mengira kos pembinaan rumah anda. Selain itu, anda juga dapat membeli simen lebih awal ketika harganya lebih murah.
Pemilik rumah yang merancang untuk membina pelan rumah harus berhati-hati terhadap 5 kesilapan yang boleh berlaku sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesilapan ini amat merugikan anda. Berikut adalah 5 kesilapan biasa yang dilakukan da…

Pesawat PENGEBOM Pantas Milik RUSIA (17 Gambar)

Sukhoi SU-345 Fullback ialah pesawat pengebom berkelajuan tinggi Russia yang menggantikan SU 24 Fencer yang sudah beroperasi sejak 1974. Ia mula beroperasi selepas menjalani proses rekaan dan percubaan semenjak 2006. 

SU-34 Fullback ialah pesawat pengebom moden. Bahagian hadapan pesawat SU-30 diubah. Kokpit yang lebih besar dengan susunan juruterbang dan pemandu arah duduk sebelah menyebelah digunakan. Dari segi enjin dan bahagian lain pesawat tidak macam perubahan dilakukan. Sayap diperkukuhkan sedikit bagi memberikan kemampuan membawa 8000 kilogram lebih banyak senjata dari pesawat tempur SU-30. Yang menariknya SU-34 dilengkapi dengan tandas bagi memberikan keselesaan kepada krew.
Harga sebuah SU-34 bermula dari USD 36 Juta (RM 111 Juta) 

Andai REZEKI Itu Bukan MILIK Kita : YAKINLAH...

YAKINLAH...
Andainya tiada rezeki anak,
YAKINLAH... Mungkin diberikan rezeki mertua dan keluarga mertua yang BAIK. 
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak dan rezeki yang liar dan derhaka. 
Andai tida WANG ringgit yang BANYAK,  YAKINLAH...
Akan rezeki kesihatan untuk kita di dunia seterusnya memudahkan kita mencari rezeki akhirat yang kekal selamanya.
Andainya tiada rezeki kereta MEWAH, 
YAKINLAH...
Mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal dan KETAKUTAN serta KEBIMBANGAN yang menghantui setiap masa akan kehilangan kereta tersebut.
Andainya Tiada rezeki Rumah BESAR, 

Alternative Dan Pilihan MENGGANTIKAN Google AdSense

Alternative Dan Pilihan LAIN MENGGANTIKAN Google AdSense Yang Kena BLOCK. Pastinya ramai yang 'menjadi mangsa' kepada program Google AdSense apatah lagi kebanyakan blogger di malaysia ini mengharapkan Internet pejabat untuk update blog mereka kerana kelajuan yang sesuai berbanding milikan peribadi. Kepada mereka yang sempat mencapat check pembayaran, alhamdulillah... namun agak malang bagi mereka yang mengumpul jumlah yang banyak dan kemudiannya di block. 

Masalah ini kebanyakan terjadi kepada para blogger yang masih baharu yang masih tercari cari pendapatan pasif yang stabil dengan Blog. Penggunaan internet pejabat ini menyebabkan Google 'menyangka' bahawa rakan rakan kita yang lain yang turut membaca blog kita adalah kita. Maka fraud clicks di charged kepada blog kita. So BLOCK Google AdSense... maka tiadalah pendapatan dari blog.
Usah risau. sebenarnya banyak pilihan yang ada untuk menggantikan google AdSense sebagaimana tersenarai di bawah. Biarpun tidak semewah Goog…

Isra’ Mi'raj RASULULLAH SAW Dan Teori Fizik HAWKING

Antara mukjizat Nabi Muhammad SAW yang tidak terdapat pada nabi nabi yang lain adalah diperjalankan baginda oleh Allah SWT melalui peristiwa Isra’ Mi’raj. Ramai yang mempertikaikan kebenarannya kerana adalah mustahil jarak yang dilalui itu boleh dihabiskan dalam amasa satu malam dan tidak kurang juga yang menyatakan ianya hanyalah satu hayalan. Banyak yang cuba mengungkapkan peristiwa tersebut secara ilmiah namun ramai yang gagal. Namun usaha tersebut tidak terhenti, salah satunya usaha yang 'bagaikan merungkainya' ialah melalui Teori Fizik paling mutahir, yang dikemukakan oleh Dr. Stephen Hawking. 
Teori Lubang Cacing
Tokoh besar di dunia ilmu fizik yang pertama adalah Isaac Newton (1642-1727) dengan bukunya : Philosophia Naturalis Principia Mathematica, menerangkan tentang konsep Daya dalam Hukum Graviti dan Hukum Pergerakan.
Kemudian dilanjutkan oleh Albert Einstein (1879-1955) dengan Teori Relativitinya yang terbahagi atas Relativiti Khas (1905) dan Relativiti Umum (1907).
Dan…