'WATAK' Anda DI LAMAN Sosial : Antara Berlakon BAIK Atau Kelihatan BODOH

Kali ini Pemikir ingin berkongsi artikel pendek berkaitan siapa diri kita ketika berada di alam maya atau lebih spesifiknya 'Laman Sosial'. Bukan sahaja Pemikir tetapi anda juga pasti perasan akan pelbagai ragam manusia di laman sosial. Semuanya bersandarkan karakter dan latar belakar keluarga dan pengalaman hidup masing masing. Pun begitu, ada yang pandai untuk melindungi diri dari memeparkan atau 'menayangkan' watak sebenar. Dek kerana itulah ramai yang tertipu dengan sahabat atau CINTA laman sosial sebagaimana yang kita sering dengar di dada akhbar dan media elektronik pada hari ini.

Pelbagai watak laman sosial bolehlah kita kategorikan seperti berikut; 

1. 'MENJADI' Seorang Wartawan

Paling ketara sekali adalah, ramai yang bagaikan cuba menjadi wartawan. Sentiasa ingin menjadi sensasi dalam menyampaikan berita baharu untuk mendapatkan LIKE paling banyak. Namun, dalam kebanyakan langkah yang dibuat wartawan 'palsu' ini, banyak berita yang tidak sahih disebarkan dengan meluas kerana matlamat utama adalah sekadar ingin menjadi yang PERTAMA menyampai berita dan tentunya akan menjadi GLAMOUR dan sensasi. Hati hati dalam hal ini, kerana ia boleh menimbulkan fitnah dan mendatangkan hal buruk kepada diri anda sendiri. Selidik dahulu berita yang ingin di kongsi.

2. Menjadi Ustaz dan Ustazah
Bahagian ini menarik untuk dibicarakan. Ramai yang menonjolkan watak baik dalam laman sosial bagaikan seorang ustaz atau ustazah dengan kandungan tulisan yang sangat KEROHANIAN. Namun, semuanya adalah copy paste. Kepada mereka yang berniat untuk benar benar menyampaikan kebaikan ... Alhamdulillah.. Pemikir juga sokong walaupun sekadar copy paste. Mungkin dengan cara tersebut kita akan mendapat juga ilmu dengan apa yang kita kongsikan. Janganlah pula berkongsi nasihat keagamaan dengan mengambil dari sumber yang kurang sahih, daripada niat nak buat pahala, tak pasal pasal kita boleh dapat dosa.

Namun, ada yang jelas cuba menonjolkan diri sama ada untuk kepentingan diri atau dengan niat lain seperti menawan hati si kekasih, menonjolkan diri agar kelihatan baik untuk kenaikan pangkat atau hendak mendapat kuasa. Wallahhualam... Semoga kita terhindar dari perkara yang membawa kepada riak ini.

Namun, berkaitan hal ini, ramai juga yang mengambil kesempatan dengan menonjolkan imej baik untuk menipu. Maka tidak hairanlah kita sering mendengar ramai wanita lari bersama kenalan Laman sosial. Tidak kurang juga mereka yang melakukan hal ini menyesal setelah mengetahui hal sebanar berkaitan jejaka atau wanita CINTA internet.

4. MENUNJUK Nunjuk
Dalam hal ini ramai yang kelihatan RIAK terutamanya mereka yang sedikit 'berada' atau kaya. Banyak yang menunjukkan pelbagai gambar yang dengan jelas ingin menunjukkan benda lain tetapi disebutnya benda lain. Sebagai contoh mudah. Ramai yang menayangkan gambar anak  yang sedang bermain di sofa MAHAL (sebagai cover) dengan komen "Budak ni semakin buas.. tengoklah apa yang dibuatnya" Hehehe selain itu. 

Tidak kurang juga yang menayangkan stering kereta dengan komen "Aiman dah boleh memandu... hati hati ye aiman" hehehe.. dengan matlamat orang tahu bahawa dia memandu BMW Merc atau sebagainya. Ada yang menayangkan anak tengak khusyuk menonton televisyen dengan komen "Budak tengah menonton rancangan kegemaran.." Sedangkan apa yang sebenarnya nak ditonjolkan adalah tv flat screen 52 inci miliknya. Begitu juga dengan motorsikal, bot, taman, atau peralatan yang mahal mahal termasuk rumah.... Semoga kita juga terhindar dari sifat yang kirang baik sebegini.

5. Pejuang / Pendekar Laman Sosial
Watak ini banyak muncul bila ada isu panas di Malaysia. Semua bagaikan nak tunjuk hero. Namun, disebabkan hal ini juga ramai yang dah menrengkok dalam penjara. Maklumlah mereka beranggapan mereka boleh cakap apa sahaja. Kepada yang masih bersenang lenang 'menyerang' menghina atau menghasut di laman sosial. Anda sedang DIPERHATIKAN...

Amat menyedihkan kepada mereka yang sentiasa mengkritik apa sahaja usaha yang dilakukan oleh pihak lain. Namun, bila kita memohon pandangan dan idea yang lebih baik darinya, tidak pula diberikannya. Mungkin dia beranggapan oarang lain akan mengkritik dirniya pula sebagaimana dia mengkiritik orang lain.

Makanya, dalam beberapa watak ayang ada di atas yang manakan rasanya WATAK anda...? Atau Siapakah anda di laman sosial.

2 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers