Tips MENGESAN Dan MENGHINDARI Penipuan JUAL BELI Online

1. PENJUAL Tipu, Wang LESAP, Barang Tak SAMPAI dan sebagainya. Inilah yang sering berlaku dalam perniagaan / pelaburan online atau urusan jual beli atas tallian. Kali ini Pemikir ingin berkongsi sedikit tips agar anda tidak menjadi MANGSA golongan penipu Online yang semakin banyak berlaku. 

2. Perniagaan Online atau atas talian semakin popular dari hari ke hari. Sebagaimana dalam banyak perkara. Mereka yang ingin mengambil kesempatan (opurtunis) yang ada semestinya tidak melepaskan peluang untuk mereka 'menjana' pendapatan. Namun golongan ini sebenarnya terbahagi kepada dua. 

3. Pertama, golongan yang benar benar mahu berniaga dan mendapatkan pendapatan semestinya dengan memudahkan urusan jual beli orang pengguna yang semakin dihimpit kesibukan. Golongan kedua adalah golongan yang bertindak mengambil peluang untuk MENIPU pembeli atau pengguna. Mungkin anda pernah dengan, beli handphone dapat batu lesung, beli barang dan buat pembayaran tetapi barang tidak sampai. Inilah lazimnya dalam dunia perniagaan. Ada pihak yang pada mereka, "Kalau tak menipu, maka tak berniagalah mereka" atau bahasa lain, menipu adalah perniagaan utama mereka. Jadi, berhati hatilah dalam urusan jual beli dalam talian terutamanya kepada syarikat BAHARU atau Orang Perseorangan.

4. Antara beberapa TIPS yang boleh diambil untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko DITIPU adalah;

i. Tips yang pertama adalah, seboleh bolehnya berurusanlah dengan syarikat atau individu yang telah lama bertapak dilaman maya dengan apa jua perniagaan yang ada. Dalam perkataan lain, carilah syarikat atau individu yang telah dikenali ramai dan ada reputasi baik. Ini boleh mengecilkan risiko anda untuk ditipu.


ii. Print screen Perbualan atau perbincangan berkaitan jual beli yang anda lakukan. Seboleh bolehnya jangan berurusniaga dengan mereka yang tidak menunjukkan identiti (gambar) sebenar dan hanya menggunakan avatar.

ii. Minta No Telefon dan cuba buat panggilan. Atau teruskan urusniaga dengan whatApps kerana ia menggunakan no phone yang sebanar penjual. 

iii. Sekiranya anda benar benar berminat dengan ssuatu barangan yang dijual. Minta Penjual Menghantar GAMBAR Dari pelbagai sudut serta merta. Seboleh bolehnya suruh penjual menyusun barangan sebagaimana kehendak kita agar jelas penjual ada barangan tersebut dan bukanlah menghantar gambar yang diambil dari Google atau Yahoo.

iv. Print screen wall penjual dan tanya kepada Group Perniagaan sebagai langkah berjaga jaga. Kebiasaannya peniaga sering berkumpul dalam satu satu laman sosial dan perkara ini sering dilakukan oleh pembeli untuk mengetahui sama ada terdapat pihak lain yang pernah berurusan dengan peniaga tersebut. Tidak salah untuk melakukan perkara ini walupun ianya kelihatan tidak percaya pada penjual. Ini sudah menjadi kebiasaan pembeli.

v. Semak Latar (wall) Facebook Penjual. Biasanya dengan kaedah ini kita dapat mengenalpasti penjual dengen meneliti perbualan nya di Facebook bersama kawan kawan. Berhati hatilah sekiranya penjual hanya ada beberapa orang kawan kerana kemungkinan beliau menggunakan gambar copy paste. secara logiknya, penjual seboleh bolehnya memaksimumkan rakan kerana mereka adalah bakal pembeli dan atas alasan itu, pastinya mana mana penjual akan ramai kawan.

vi. Ambil gambar pembayaran dan simpan resit. Pastikan anda simpan nama dan no akaun dan apa jua maklumat berkaitan pembayaran sebagai langkah berjaga jaga.

vii. Semak di BANK NEGARA
Andainya ia melibatkan sebuah syarikat yang besar, bolehlah disemak di laman bank negara sama ada mereka ini dibenarkan menjalankan sesuatu perniagaan. namun, kebanyakan peniaga online adalah mereka yang bersifat individu dan dalam kebanyakan kes ianya tidak perlu melibatkan bank negara.

Inilah sebahagian TIPS yang Pemikir dapat kongskina pada pertemuan kali ini. Semoag bertemu lagi lain kali. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers