Wednesday, September 17, 2014

KAEDAH Dan Tips MENGHINDAR Blog Dari PENALTI Google

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera...

2. Setiap hari, sama ada kita perasan atau tidak, terdapat banyak blog blog yang merupakan blog-blog memaparkan kandungan duplikasi atau copy-paste yang diambil tindakan tindakan penalti oleh pihak Google. 

3. Penalti ini bukan sahaja akan mempengaruhi penyenaraian blog anda pada kedudukan terbaik di dalam enjin carian google, malah, jugaakan memberikan kesan buruk pada akaun Google Adsense, yang merupakan kaedah pencarian atau pendapatan utama ramai blogger. Google Adsense sangat menitik-beratkan kandungan yang asli dan 'novelty' sebagai kriteria utama meluluskan atau meneruskan kerjasama anda dengan syarikat pengiklanan Google ini.

4. Persoalannya sekarang ialah, bagaimana menjadikan entri blog anda unik, walaupun pada masa yang sama sama terdapat blog lain yang memaparkan kandungan atau isu yang sama dengan apa yang anda ketengahkan?

5. Sebelum pergi jauh, mungkin ramai yang tertanya tanya. Pemikir pun banyak memaparkan artikel copy paste. Ya, benar, alasan Pemikir adalah kerana kandungan artikel tersebut nampak telalu menari dan Pemikir bimbang kandungannya akan menjauhi maksud sebanar kalau Pemikir uba ulaskan dengan gaya Pemikir sendiri. Tambahan lagi Pemikir tidaklah memandang sangat akan rangking Google ini atau pendapatan dari Google kerana Pemikir berblog adalah lebih kepada minat BERKONGSI maklumat atau artikel MENARIK.

Antara Tips Yang Boleh Menjadikan Entri Blog Anda Unik Adalah:

i). Pertama sekali, kandungan blog anda seharusnya 75 peratus adalah penulisan anda, dan bukan penulisan asal daripada sumber yang anda dapat.Atau secara mudahnya, Sekiranya anda menulis 100 perkataan di dalam entri blog anda, maka 75 perkataan tersebut mestilah TULIN dari idea anda bukannya ayat yang di salin dan letak (Copy Paste)

ii) Menjadi satu kemestian walaupun anda tidak berniat untuk mengubah artikel asal, hendaklah memastikan perenggan pertama dalam entri anda adalah ayat yang anda sediri karang. Ini adalah perlu bagi 'melayan' kehendak enjin carian yang akan menganalisa perenggan pertama untuk mencari kata kunci bersesuaian dengan tajuk blog atau entri anda.

iii). InsyaAllah, kaedah ini akan dapat mengelakkan blog anda daripada terkena penalti.

iv) Pun begitu, seandainya ada blog atau sumber lain yang terlebih dahulu menggunakan tajuk entri hampir serupa, dan mempunyai info yang sama, maka entri anda itu berkemungkinan besar tidak berjaya untuk berada di laman utama atau senarai awal enjin carian. Tetapi, masih lagi boleh disenaraikan sebagai salah satu sumber alternatif dalam pencarian.

v). Semoga memberikan manfaat kepada rakan rakan blogger yang lain dalam menempatkan blog anda pada ranking yang lebih baik. Semoga Berjaya

Blog Suara Pemikir

1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks