1. Silver (Perak) dan Emas senantiasa menjadi perhatian setiap orang sejak sekian lama. Apakah benar menyimpan emas dan perak (silver) ini menguntungkan.? Pada pandangan saya yang masih baharu dalam bidang ini, jawapannya adalah ya dan tidak.
2. Ya, anda akan untung sekiranya anda membeli emas dan Perak (Silver) pada harga yang sesuai iaitu membeli pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi. Persoalannya bilakah harga yang rendah untuk membeli.
3. Biar saya ceritakan sedikit pengalaman berkaitan hal ini. Pada tahun 2011 dan 2012 saya pernah menasihatkan beberapa rakan agar menyimpan dahulu atau tunggu dulu hasrat untuk memberli Perak dan Emas kerana harga yang Terlalu tinggi. Emas dan Perak (silver) akan turun harga kata saya. Nasihat saya itu adalah atas dasar pengalaman saya memerhati dan belajar CHART Forex utk sekian lama walaupun saya belum PAKAR. Namun nasihat saya tersebut dilemparkan dengan jawapan sinis oleh mereka. Antara jawapan yang saya dapat ialah;
i. Emas dan Perak ni di sebut dalam Quran dan Sunnah... Kamu lebih hebat ke..?
ii. Quran dan sunnah kata Emas dan Perak akan tetap bernilai terutama di akhir zaman. Mana mungkin pulak kamu kata nak hilang nilai (turun)