Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

RAMAI Doktor PERUBATAN Bakal MENGANGGUR Kerana MLM

Bismillah....
1. Kita mulakan dengan cerita MLM. Pastinya ramai yang kenal apa itu MLM atau Multi Level Marketing. Kalau pun tidak anda pernah menyertainya setidak tidaknya anda tentu pernah didatangi agen MLM atau ditawarkan untuk menjadi ahli atau MEMBELI Produk MLM.
2. Antara nama yang paling kerap digunakan atau dikaitkan dengan MLM dalam usaha menjayakan matlamat MLM  sama ada mengajak anda untuk menyertai atau membeli produknya adalah penulis terkenal Dunia Robert Kiosyaki. Lebih spesifik lagi, hal ini dirujuk kepada buku yang laris jualannnya iaitu 'kuasa pemasaran berantai'.
3. Apa kaitannnya dengan Doktor yang bakal MENGANGGUR...? Sabar... Teruskan membaca... kita fahami satu per satu...