Tuesday, January 28, 2014

SIASAT Maklumat Dari BLOG Yang Anda BACA

1. Adapun dalam keghairahan masyarakat sekarang untuk menjadi antara manusia yang terawal mendapat maklumat terkini. Blog adalah salah satu pilihan POPULAR untuk mencapai matlamat itu.

2. Ya.. memang benar blog merupakan medium popular untuk mendapatkan maklumat terbaharu dan kebiasaannya yang PANAS dan kebanyakannya boleh dikategorikan sebagai RAHSIA. Kita bukan mahu membicarakan akan ketelusan dan jatidiri penulis blog yang membocorkan kebanyakan perkara yang sepatutnya menjadi rahsia. Namun, kita akan lebih kepada membicarakan bagaimana etika yang betul menjadi pembaca blog.

3. Menjadi seseorang yang boleh dikatakan updated terhadap perkembangan sesuatu isu, juga menjadi sumber maklumat kepada orang disekeliling memang menjadikan seseorang itu dipandang tinggi dan udated person. Namun, dalam keseronokan menjadi perhatian sebagai penyampai 'berita terkini' atau sumber berita, ada etika yang harus kita sama sama diamalkan.

Monday, January 27, 2014

LIMA Kesalahan SENAMAN Yang SERING Dilakukan

Di awal tahun baharu 2014 ini. Ramai yang berazam untuk menurunkan berat badan. Maka ramailah juga yang merancang untuk memulakan senaman yang sekian lama tidak dilakukan. Tidak salah juga untuk dikatakan ada yang telah lupa bagaimana hendak berlari.

Bersenam merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan dan meningkatkan kesihatan. Ramai yang telah sedar akan kebaikan dan kepentingan bersenam untuk tubuh badan. Tetapi masih ada antara kita yang melakukan kesalahan kesalahan kecil yang boleh melumpuhkan keberkesanan senaman itu sendiri. Antaranya:

Bersenam dengan perut kosong
Apabila anda bersenam dengan perut kosong, ianya agak mustahil untuk tubuh anda membakar lemak dengan baik. Ini adalah kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya tiada bekalan karbohidrat , otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, dan akan menyebabkan kerosakan pada otot.

AZAB Kematian Mustafa Kamal ATARTUK

Mustafa Kamal Atartuk amat terkenal dalam dunia Islam sebagai seorang yang banyak dirujuk untuk dijadikan tauladan dan sempadan. Kisah pengakhiran hidup insan ini bolehlah dikatakan sebagai sangat menyayat hati disebalik kegemilangan yang dirasakan sepenjang pemerintahannya.

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah: 
1. Penyakit kulit dan gatal-gatal seluruh badannya. 
2. Sakit jantung 
3. Darah tinggi 

Beliau juga merasa panas sehingga bomba dikehendaki menyebur istananya dengan air sepanjang 24 jam. Ketulan-ketulan ais juga diletak di dalam selimutnya. Dengan keagungan Allah, rasa panas yang ditanggungnya tak juga hilang. Kerana sudah tidak tahan untuk menanggung, beliau meronta-ronta dan menjerit-jerit. Seluruh istana dapat mendengar jeritannya. Kemudian mereka meletakkan beliau di tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu berkuasa atas segala-galanya, panasnya masih seperti biasa. Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 2 hari kerana terlalu panas dan selepas itu beliau sedar tetapi telah hilang ingatan. 

Wednesday, January 22, 2014

Golongan REMAJA Mula Meninggalkan Facebook


Kajian yang dilakukan oleh pihak Global Social Media Impact mendapati, ramai golongan remaja yang berumur diantara 16-18 tahun di 8 negara Eropah kini mula meninggalkan facebook dan beralih arah kepada Twitter, WhatsApp, Instagram dan juga SnapChat.

Penurunan populariti facebook bagi golongan remaja tersebut disebabkan golongan tersebut tidak mahu dipantau oleh ibu bapa mereka yang turut sama menggunakan facebook.

Dari kajian yang dilakukan, kebanyakkan remaja tidak kisah untuk menggunakan perkhidmatan sosial yang lain seperti Twitter & whatsApp walaupun perkhidmatan tersebut tidak begitu banyak fungsi dan rumit untuk digunakan.

Apa yang paling mengerikan bagi mereka, adalah apabila ibu-bapa mereka menghantar “request” sebagai rakan di facebook.

Monday, January 6, 2014

PENGUMPUL Barangan ANTIK, PERMATA Serta PERAK


1. Nampaknya Pemikir ada satu HOBI baharu. Pun begitu, pemikir tetap memikirkan agar hobi ini tidaklah merugikan masa dan wang ringgit dalam jangka masa panjang. Oleh itu, hobi ini dipilih kerana ia memberikan peluang cerah untuk masa depan, rasanya... Hehehe... InsyaAllah....

2. Mungkin sedikit pengaruh dari siri 'Pawn Star' di Astro namun ia nampaknya memberikan inpirasi baharu kepada diri Pemikir untuk melakukan sesuatu yang boleh diwarisi kepada generasi seterusnya. Barangan antik, dan batu permata, semakin lama semakin berharga. Kosnya hanya membeli dan menjaganya dengan baik.

Thursday, January 2, 2014

PEMBAYARAN Terbaharu Daripada NUFFNANG



PEMBAYARAN Terbaharu Daripada NUFFNANG

Alhamdulillah... Walaupun tak banyak tetapi ia tetap bernilai untuk melakukan sesuatu. Sesuai lah dengan Blog yang kurang glamour / famous dan blogger yang tiada masa untuk menulis seperti saya. Bayangkan blogger blogger yang update blog mereka hampir setiap hari. Pasti Laumayan kan.? So ringan ringankanlah tangan untuk klik Iklan Nuffnang yang ada di atas tu ye heheh... Terima kasih atas bantuan. Ni lah cara nak bagi duit FREE kepada orang lain. Hanya dengan Klik...

Wednesday, January 1, 2014

KENALI Antara PUNCA Penyakit BATU KARANG

Penyakit batu karang mudah dihidapi oleh seseorang tidak kiralah sama ada di peringkat kanak-kanak mahupun dewasa. Penyakit ini terkena bukanlah semata-mata sebab menahan kencing, tetapi atas banyak faktor.

Punca Batu Karang Terbentuk | Zaman berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang. Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.