Thursday, December 18, 2014

Wednesday, December 17, 2014

BELILAH Emas Dan PERAK Sekarang (Disember 2014)

Semakin banyak bukti JELAS bahawa dunia akan menukar 'Monitory' sistem yang berkemungkinan besar bahawa penggunaan emas dan perak sebagai matawang akan kembali atau pun matawang kertas (fiat money) akan kembali diikat dengan nilai emas dan Perak. 

Mexico telah mendahului langkah ini dengan mengikat duitnya dengan Perak dan dunia pada hakikatnya yakin dan sedang menanti tindakan dua negara terbesar dunia iaitu China dan Rusia yang 'pasti' kembali mengikat matawang masing masing kepada emas dan perak.

Hal ini akan menyebabkan harga emas melambung dan pada tahun 2020 herga emas dijangka USD 12,000 per Oz. 

Ramai juga pakar yang sangat yakin bahawa sistem perbankan akan berakhir seperti yang dinyatakan oleh manager bank Rusia ini. Mc Maloney juga menyatakan bahawa bank di Amerika telah mula meminjam wang dari Federal Resrerve yang mana perkara ini adalah petanda besar akan kemelesetan sebagaimana yang berlaku pada 2007 dan 2008.

Banyak lagi bukti bukti lain dan anda boleh melihatnya dan mencarinya dengan mudah di internet dan Pemikir tiada kesempatan untuk menyatakan secara detail di sini atas kesibukan yang ada. Saya yang lebih fokus kepada SILVER, sering membuat rujukan di website seperti www.goldsilver.com , www.silverseek.com , www.silverdoctor.com , www.silverinstitute.org dan pelbagai lagi. Kenapa saya memilih SILVER berbanding emas, itu isu yang akan diperbincangkan kemudian.

Persoalan utama adalah, adakah kita bersedia menghadapi kemelesetan TERBESAR ini yang dijangka bermula pada akhir tahun 2015. Dalam keadaan kemelesetan, emas dan perak adalah berkadaran SONGSANG dan pastinya anda sendiri sedar akan hal ini apabila ia telah berlaku pada zaman kemelesetan 2008-2009.

Tuesday, December 2, 2014

Ringgit (RM) MENJUNAM : Ekonomi Malaysia TERGUGAT ?


Ringgit menjunam lebih teruk berbanding kejatuhan yang berlaku pada kegawatan teruk 1997-1998. Hal ini dikatakan kerana kesan langsung penurunan harga Minyak dunia yang mana, Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar minyak.

Apakah akan berlaku 'masalah' kepada bajet 2015 yang telah dibentangkan yang bersandarkan kepada pendapatan terbesar dari penjualan minyak negara pada unjuran harga USD 100 per barrel. 

Malaysia semakin hilang kuasa membeli diperingkat antarabangsa. Namun, pemikir amat yakin pakar pakar ekonomi negara ada jalan terbaik bagi menghadapai situasi ini terutamanya pada tahun 2015. 

Nilai Ringgit Dalam Arah Aliran Menurun Terbesar Berbanding Zaman Gawat 1997-1998

KUALA LUMPUR: Nilai mata wang Ringgit hari ini dilihat bergerak kearah trend menurun terbesar berbanding dengan Dolar Amerika sejak krisis kegawatan ekonomi pada tahun 1997-1998.

Perkara ini terjadi berikutan kebimbangan terhadap penyusutan pendapatan negara pengeksport minyak dunia yang melihat harga pasaran minyak yang semakin merudum.

Ringgit menyusut sebanyak 1.3 peratus kepada 3.4250 berbanding satu dolar Amerika pada jam 10.38 pagi tadi.

Tuesday, November 25, 2014

PERLABURAN Emas Dan PERAK (Siri 1)

Sekadar ingin berkongsi sedikit hasil pemerhatian dan KAJIAN personal selama beberapa tahun. 

Pemikir masih ingat lagi pada tahun 2011 , diwaktu itu hati Pemikir 'terbuka' untuk memulakan pelaburan emas dan silver (perak) dengan agak serius. Seperti biasa, Pemikir memulakan langkah dengan membuat sedikit pembacaan dan pembelajaran dari video berkaitan emas dan perak di youtube. Keputusan yang diperolehi setelaha beberapa ketika membuat kajian adalah TUNGGU... Masa masih belum sesuai untuk memasuki pasaran. 

Maka, Pemikir menunggu sejak dari tahun 2010, 2011, 2012, 2013 hinggalah ke tahun 2014 setelah kajian menunjukkan bahawa 2014 adalah masa sesuai untuk memasuki pasaran, maka Pemikir pun memulakan langkah. Mudah mudahan perlaburan yang Pemikir lakukan pada kali ini BERJAYA.. Aminnn... Hehehe Dah banyak sangat GAGAL la tu kan... Hehehe

Pasti anda tertanya tanya kenapa 2014....?

Sebelum Pemikir memberikan alasan alasan berkaitan kenapa Pemikir mengatakan 2014 adalah masa yang sesuai atau secara spesifiknya November 2014 masa PALING sesuai untuk memasuki pasaran emas dan Perak (silver), biarlah pemikir mengecilkan lagi skop perbincangan ini dengan menyatakan bahawa Pemikir telah memilih untuk melabur pada SILVER / PERAK berbanding emas. Maka, segala keterangan yang akan diceritakan selepas ini adalah lebih berkisar kepada alasan yang melibatkan SILVER berbanding emas walaupun pada hakikatnya emas dan perak adalah 'rakan' akrab. Jadi, faktor faktor yang memperngaruhi turun naik emas dan perak tidaklah jauh bezanya. Cuma pemikir lebih menumpukan kepada Silver dalam penerangan kali ini.

Wednesday, November 19, 2014

KELAKALUTAN Dalam ISLAM - Dato Dr MAZA (Video)



KELAKALUTAN Dalam ISLAM - Dato Dr MAZA

Sesi soal jawab berkaitan amalan harian yang pasti boleh memberikan pencerahan terhadap beberapa kemuskilan akan halal haram, serta boleh menjawab persoalan sama ada perlu atau tidak amalan tersebut diteruskan dari sudut pandangan seorang ulamak dan agamawan.

Dengarlah dengan teliti dan Semoga memberikan faedah kepada kita semua.

Monday, November 17, 2014

SIMPANAN WANG : Kaedah KUNO Yang SANGAT Berjaya Tetapi DILUPAKAN

1. Dalam peningkatan kos sara hidup di zaman moden ini, Pelbagai kaedah dilakukan untuk menambah pendapatan agar boleh hidup sama ada mewah atau selesa. Kebanyakan orang melakukan kerja sampingan atau melaburkan wang pendapatan yang sedia ada untuk mendapatkan pulangan yang lebih untuk kegunaan pada sesuatu yang diidamkan.

2. MLM, Pelaburan Emas, Pelaburan Token, Forex, dan Pelbagai lagi jenis pelaburan dan tidak ketinggalan pelaburan yang jelas menunjukkan sistem piramit adan melata dipasaran menantikan mangsa seterusnya.

3. Tidak dinafikan bahawa pelaburan pelaburan ini adalah pelaburan yang kebanyakannya sah di sisi undang undang. Tatapi, para menipulator sangat bijak memainkan peranan mereka dalam mengaburi mata peserta dan pelanggan. Anda buatlah kajian dan pemerhatian sendiri dan saya amat yakin jawapannya lebih kepada sesuatu yang MENGECEWAKAN berbanding KEJAYAAN. Dan pada akhir tahun 2014 ini, sekali lagi berlaku peningkatan dalam kaedah pelaburan sebegini yang pada saya menunjukkan bahawa KEGAWATAN ekonomi semakin hampir. Bersediakah Kita...?

Wednesday, November 12, 2014

KESILAPAN Awal Dalam MEMBINA Rumah IMPIAN

Rumah IMPIAN; Setiap daripada kita, pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Namun begitu, untuk menjadikan impian itu menjadi kenyataan kita seharusya mempunyai perancangan yang teliti. Sangat teliti...


Mempunyai perancangan bermakna mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk memiliki rumah sendiri. Seseorang itu boleh mula bekerja keras dan mengatur perjalanan kerjaya atau membuat keputusan perniagaan yang baik supaya dapat menyimpan wang untuk rumah impiannya. Apabila duit dah cukup, barulah anda boleh mendapatkan khidmat arkitek untuk membuat pelan rumah impian anda.

Anda perlu memiliki pelan rumah supaya anda dapat mengira kos pembinaan rumah anda. Selain itu, anda juga dapat membeli simen lebih awal ketika harganya lebih murah.

Pemilik rumah yang merancang untuk membina pelan rumah harus berhati-hati terhadap 5 kesilapan yang boleh berlaku sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesilapan ini amat merugikan anda. Berikut adalah 5 kesilapan biasa yang dilakukan dan harus diberi perhatian oleh anda:

1. Membuat pelan rumah tanpa merujuk undang-undang kerajaan tempatan.

Tuesday, November 11, 2014

Pesawat PENGEBOM Pantas Milik RUSIA (17 Gambar)

Sukhoi SU-345 Fullback ialah pesawat pengebom berkelajuan tinggi Russia yang menggantikan SU 24 Fencer yang sudah beroperasi sejak 1974. Ia mula beroperasi selepas menjalani proses rekaan dan percubaan semenjak 2006. 


SU-34 Fullback ialah pesawat pengebom moden. Bahagian hadapan pesawat SU-30 diubah. Kokpit yang lebih besar dengan susunan juruterbang dan pemandu arah duduk sebelah menyebelah digunakan. Dari segi enjin dan bahagian lain pesawat tidak macam perubahan dilakukan. Sayap diperkukuhkan sedikit bagi memberikan kemampuan membawa 8000 kilogram lebih banyak senjata dari pesawat tempur SU-30. Yang menariknya SU-34 dilengkapi dengan tandas bagi memberikan keselesaan kepada krew.

Harga sebuah SU-34 bermula dari USD 36 Juta (RM 111 Juta) 


Wednesday, November 5, 2014

Andai REZEKI Itu Bukan MILIK Kita : YAKINLAH...


YAKINLAH...

Andainya tiada rezeki anak,
YAKINLAH...
Mungkin diberikan rezeki mertua dan keluarga mertua yang BAIK. 
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak dan rezeki yang liar dan derhaka. 

Andai tida WANG ringgit yang BANYAK, 
YAKINLAH...
Akan rezeki kesihatan untuk kita di dunia seterusnya memudahkan kita mencari rezeki akhirat yang kekal selamanya.

Andainya tiada rezeki kereta MEWAH, 
YAKINLAH...
Mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal dan KETAKUTAN serta KEBIMBANGAN yang menghantui setiap masa akan kehilangan kereta tersebut.

Andainya Tiada rezeki Rumah BESAR, 

Monday, November 3, 2014

Alternative Dan Pilihan MENGGANTIKAN Google AdSense


Alternative Dan Pilihan LAIN MENGGANTIKAN Google AdSense Yang Kena BLOCK. Pastinya ramai yang 'menjadi mangsa' kepada program Google AdSense apatah lagi kebanyakan blogger di malaysia ini mengharapkan Internet pejabat untuk update blog mereka kerana kelajuan yang sesuai berbanding milikan peribadi. Kepada mereka yang sempat mencapat check pembayaran, alhamdulillah... namun agak malang bagi mereka yang mengumpul jumlah yang banyak dan kemudiannya di block. 


Masalah ini kebanyakan terjadi kepada para blogger yang masih baharu yang masih tercari cari pendapatan pasif yang stabil dengan Blog. Penggunaan internet pejabat ini menyebabkan Google 'menyangka' bahawa rakan rakan kita yang lain yang turut membaca blog kita adalah kita. Maka fraud clicks di charged kepada blog kita. So BLOCK Google AdSense... maka tiadalah pendapatan dari blog.

Usah risau. sebenarnya banyak pilihan yang ada untuk menggantikan google AdSense sebagaimana tersenarai di bawah. Biarpun tidak semewah Google AdSense tetapi adalah lebih baik ada dari tiada.

Google Adsense Alternatives

  1. Absolute Agency(absoluteagency.com)
  2. ad pepper media(adpepper.com)
  3. AdBrite *
  4. Adconian (adconion.com)
  5. AdDynamix (addynamix.com)
  6. ADEngage (adengage.com)

Sunday, November 2, 2014

Isra’ Mi'raj RASULULLAH SAW Dan Teori Fizik HAWKING

Antara mukjizat Nabi Muhammad SAW yang tidak terdapat pada nabi nabi yang lain adalah diperjalankan baginda oleh Allah SWT melalui peristiwa Isra’ Mi’raj. Ramai yang mempertikaikan kebenarannya kerana adalah mustahil jarak yang dilalui itu boleh dihabiskan dalam amasa satu malam dan tidak kurang juga yang menyatakan ianya hanyalah satu hayalan. Banyak yang cuba mengungkapkan peristiwa tersebut secara ilmiah namun ramai yang gagal. Namun usaha tersebut tidak terhenti, salah satunya usaha yang 'bagaikan merungkainya' ialah melalui Teori Fizik paling mutahir, yang dikemukakan oleh Dr. Stephen Hawking. 

Teori Lubang Cacing

Tokoh besar di dunia ilmu fizik yang pertama adalah Isaac Newton (1642-1727) dengan bukunya : Philosophia Naturalis Principia Mathematica, menerangkan tentang konsep Daya dalam Hukum Graviti dan Hukum Pergerakan.

Kemudian dilanjutkan oleh Albert Einstein (1879-1955) dengan Teori Relativitinya yang terbahagi atas Relativiti Khas (1905) dan Relativiti Umum (1907).

Dan yang terakhir adalah Stephen William Hawking, CH, CBE, FRS (lahir di Oxford, United Kingdom, 8 Januari 1942), beliau dikenali sebagai ahli fizik yang teoritis.

Dr. Stephen Hawking dikenali atas sumbangannya di bidang fizik kuantum, terutama sekali kerana teori-teorinya mengenai teori kosmologi, gravitasi kuantum, lubang hitam, dan tulisan-tulisan terkenalnya di mana dia membicarakan teori-teori dan kosmologinya secara umum.

Tulisan-tulisan tersebut termasuk novel ilmiah ringan A Brief History of Time, yang tercantum dalam senarai bestseller di Sunday Times London selama 237 minggu berturut-turut, suatu tempoh terpanjang dalam sejarah.

Berdasarkan teori Roger Penrose :
“Bintang yang telah kehabisan bahan bakarnya akan runtuh akibat gravitinya sendiri dan menjadi sebuah titik kecil dengan rapatan dan kelengkungan ruang waktu yang tak terhingga, sehingga menjadi sebuah singulariti di pusat lubang hitam (black hole).“

Dengan cara membalik prosesnya, maka diperoleh teori berikut :

Tuesday, October 28, 2014

Pedang PALING Tajam Di DUNIA Milik SIAPA...?

Pedang yang diakui paling tajam di dunia oleh pakar pembuatan pedang barat. Ketajamannya mampu menembus baju besi crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya.

Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.
Pedang "Damascus" yang digunakan Salahuddin Al-Ayyubi

Pedang ini diperbuat besi baja "damascus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang yang terahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat.

Prof Dr. Peter Paufler dari Jerman mengakui kehebatan pedang ini

Kajian metalurgi moden setakat hari ini juga, masih tidak berkeupayaan untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (teknologi NANO) dari peradaban Islam pada kurun ke-12 ini.

Monday, October 27, 2014

APA Sebenarnya AKTA Hasutan...? Jangan Main TERIMA Dan TOLAK Membuta Tuli



APA Sebenarnya AKTA Hasutan...? 
Jangan Main TERIMA Dan TOLAK Membuta Tuli

Dari lidah seorang peguam ada baiknya kita mendengar dengan teliti untuk renungan dan pengetahuan bersama memandangkan isu ini semakin PANAS di Malaysia. 

Terserahlah kepada anda untuk membuat keputusan sendiri sama ada untuk menerima atau menolak selepas mendengar dengan teliti pandangan PAKAR perundangan. 

Monday, October 13, 2014

Fadhilat ISTIGHFAR : UBAT Segala Masalah



Fadhilat ISTIGHFAR : UBAT Segala Masalah

Anda tidak mendapat cahaya mata... Istighfar.... Kurangnya rezeki... Istighfar... Gusar perasaan... Istighfar... dan semuanya...
Dengar dengan teliti dan semoga memberikan faedah kepada kehidupan seharian kita.

Wednesday, October 1, 2014

LANSKAP Taman MINI (berkonsepkan AIR) Dibelakang RUMAH

Ramai yang semakin berminat untuk membuat taman mini (lanskap) disekitar rumah walaupun pada ruang yang terhad. Lanskap yang berkonsepkan air kelihatan menjadi pilihan ramai bagi mendapatkan suasana yang damai untuk merehatkan minda setelah seharian penat bekerja. Ditambah pula tiada masa untuk mengunjungi tempat tempat rekreasi yang biasanya jauh dari kediaman. Ini memberikan kita idea untuk membina sendiri taman mini di rumah.

Dibawah ini Pemikir sertakan beberapa gambar yang sangat menarik berkaitan lanskap mini dan semoga ia memberikan anda inspirasi dalam merekabentuk lanskap dirumah anda. Sangat Menarik....



Monday, September 29, 2014

Tips MENGESAN Dan MENGHINDARI Penipuan JUAL BELI Online

1. PENJUAL Tipu, Wang LESAP, Barang Tak SAMPAI dan sebagainya. Inilah yang sering berlaku dalam perniagaan / pelaburan online atau urusan jual beli atas tallian. Kali ini Pemikir ingin berkongsi sedikit tips agar anda tidak menjadi MANGSA golongan penipu Online yang semakin banyak berlaku. 

2. Perniagaan Online atau atas talian semakin popular dari hari ke hari. Sebagaimana dalam banyak perkara. Mereka yang ingin mengambil kesempatan (opurtunis) yang ada semestinya tidak melepaskan peluang untuk mereka 'menjana' pendapatan. Namun golongan ini sebenarnya terbahagi kepada dua. 

3. Pertama, golongan yang benar benar mahu berniaga dan mendapatkan pendapatan semestinya dengan memudahkan urusan jual beli orang pengguna yang semakin dihimpit kesibukan. Golongan kedua adalah golongan yang bertindak mengambil peluang untuk MENIPU pembeli atau pengguna. Mungkin anda pernah dengan, beli handphone dapat batu lesung, beli barang dan buat pembayaran tetapi barang tidak sampai. Inilah lazimnya dalam dunia perniagaan. Ada pihak yang pada mereka, "Kalau tak menipu, maka tak berniagalah mereka" atau bahasa lain, menipu adalah perniagaan utama mereka. Jadi, berhati hatilah dalam urusan jual beli dalam talian terutamanya kepada syarikat BAHARU atau Orang Perseorangan.

4. Antara beberapa TIPS yang boleh diambil untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko DITIPU adalah;

i. Tips yang pertama adalah, seboleh bolehnya berurusanlah dengan syarikat atau individu yang telah lama bertapak dilaman maya dengan apa jua perniagaan yang ada. Dalam perkataan lain, carilah syarikat atau individu yang telah dikenali ramai dan ada reputasi baik. Ini boleh mengecilkan risiko anda untuk ditipu.

KAEDAH Mandi Paling ANEH Di Dunia (9 Kaedah)

Banyak kaedah mandi yang diamalkan di seluruh dunia atas alasan untuk kesihatan atau sekadar suka suka. Namun, ada diantaranya seperti mandi lumpur dan mandi susu telah terbukti memberikan kesihatan yang baik kepada pelakunya. Peraoalannya, sudikah kita melakukan 'ritual' yang kelihatan aneh dan janggal ini. Selain itu, sesetangahnya memerlukan kos yang sangat tinggi seperti mandi 'wine'.

 Berikut merupakan 9 cara mandi paling aneh didunia.

Curry Bath
Gambar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki menikmati kari air panas sambil mandi, mandi seperti ini dikatakan dapat menjaga kulit kita.



Petroleum Bath
Dianggapkan bahawa ini adalah cara mandi yang paling extreme. Jangan biarkan ada percikan api ketika anda mandi atau anda akan terbakar!. Gambar lelaki dalam foto adalah lelaki Azerbaijan. Dikatakan dengan mandi seperti ini dapat efektif dalam mengelak daripada dijangkiti penyakit kulit dan arthritics.

Sunday, September 28, 2014

Petua KEJAYAAN Perniagaan Syed MOKHTAR Al-Bukhary

Rasanya ramai yang mengenali tokoh usahawan Islam dan Melayu terkenal di Malaysia iaitu Syed Mokhtar Al-BUkhary. Memiliki wajah yang tenang dan berperwatakan menarik, beliau lebih dikenali sebagai seorang yang sangat merendah diri dan tidak gilakan populariti. 

Namun, baru baru ini sebuah majalah antarabangsa telah mempopularkan beliau yang menyebut bahawa beliau adalah antara dermawan terbesar asia dengan peruntukan UDS 500 juta untuk kerja amal. Ramai dikalangan Billionare yang jauh lebih kaya dari beliau terutamanya dari Malaysia, namun mereka tidak tersenarai. Ini menunjukkan beliau seorang yang layak dijdikan IDOLA..

Berikut adalah beberapa pesanan yang beliau tinggalkan kepada usahawan usahawan muda dalam satu majlis. Saya tidak berhasrat untuk mengubah tulisan dibawah kerana saya tidak berada pada majlis tersebut. Bimbang menyimpang dari makna sebenar..

Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan
Beliau nasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.

Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.

Kejayaan Perlukan Masa

Thursday, September 25, 2014

HAKIKAT Anak Orang KAYA Berbanding Orang MISKIN

HAKIKAT Anak Orang KAYA Berbanding Orang MISKIN

Janganlah terlalu lancang untuk mengatakan awak lebih hebat pencapaiannya dari saya. sedarlah itu sesuatu yang sangat angkuh dan riak. Atas dasar apa awak berkata sedemikian. Tidak sama saudara, awak datang ke universiti bersama kad kredit, kat atm wang penuh poket dengan wang ringgit serta kenderaan dan peralatan pembelajaran berbanding saya yang datang kesini dan ditahan pendaftaran kerana tidak mampu membayar duit yuran pengajian. 

Pendakian awak bermula dari anak tangga ke 80 sedangkan saya bermula dari atas tanah dan kita bersaing menuju ke anak tangga ke 100. Tatkala anda sampai ke tangga ke 100 saya telah sampai ditangga ke 70, dari mata kasar tentunya engkau adalah pemenang sedangkan aku telah melangkah 70 anak tangga dan engkau melangkah hanya 20 anak tangga dalam masa yang sama.

Kalau engkau masih menganggap engkau adalah juara, aku sedikit pun tidak berkecil hati. Kerana aku tahu di mana aku dan engkau bermula dan berakhir buat masa ini.

Wednesday, September 24, 2014

MENAKJUBKAN : Pulau BUATAN Yang Menarik

Kali ini, Pemikir ingin berkongsi beberapa gambar Pulau Buatan Manusia yang menakjubkan. Mungkin kita tidak berpeluang melihat secara langsung (live), namun boleh melihat melaui gambar yang dipaparkan memberikan sedikit pengetahuan baharu kepada kita. 

Dibawah ini Pemikir paparkan beberapa gambar pulau pulau yang dimaksudkan. Mungin banyak lagi pulau pulau yang lain namun untuk pertemuan kali ini, Pemikir hanya memaparkan apa yang ada. Silakan

Spiral Island (Mexico)

Spiral Island (Mexico) 

Monday, September 22, 2014

'WATAK' Anda DI LAMAN Sosial : Antara Berlakon BAIK Atau Kelihatan BODOH

Kali ini Pemikir ingin berkongsi artikel pendek berkaitan siapa diri kita ketika berada di alam maya atau lebih spesifiknya 'Laman Sosial'. Bukan sahaja Pemikir tetapi anda juga pasti perasan akan pelbagai ragam manusia di laman sosial. Semuanya bersandarkan karakter dan latar belakar keluarga dan pengalaman hidup masing masing. Pun begitu, ada yang pandai untuk melindungi diri dari memeparkan atau 'menayangkan' watak sebenar. Dek kerana itulah ramai yang tertipu dengan sahabat atau CINTA laman sosial sebagaimana yang kita sering dengar di dada akhbar dan media elektronik pada hari ini.

Pelbagai watak laman sosial bolehlah kita kategorikan seperti berikut; 

1. 'MENJADI' Seorang Wartawan

Paling ketara sekali adalah, ramai yang bagaikan cuba menjadi wartawan. Sentiasa ingin menjadi sensasi dalam menyampaikan berita baharu untuk mendapatkan LIKE paling banyak. Namun, dalam kebanyakan langkah yang dibuat wartawan 'palsu' ini, banyak berita yang tidak sahih disebarkan dengan meluas kerana matlamat utama adalah sekadar ingin menjadi yang PERTAMA menyampai berita dan tentunya akan menjadi GLAMOUR dan sensasi. Hati hati dalam hal ini, kerana ia boleh menimbulkan fitnah dan mendatangkan hal buruk kepada diri anda sendiri. Selidik dahulu berita yang ingin di kongsi.

2. Menjadi Ustaz dan Ustazah
Bahagian ini menarik untuk dibicarakan. Ramai yang menonjolkan watak baik dalam laman sosial bagaikan seorang ustaz atau ustazah dengan kandungan tulisan yang sangat KEROHANIAN. Namun, semuanya adalah copy paste. Kepada mereka yang berniat untuk benar benar menyampaikan kebaikan ... Alhamdulillah.. Pemikir juga sokong walaupun sekadar copy paste. Mungkin dengan cara tersebut kita akan mendapat juga ilmu dengan apa yang kita kongsikan. Janganlah pula berkongsi nasihat keagamaan dengan mengambil dari sumber yang kurang sahih, daripada niat nak buat pahala, tak pasal pasal kita boleh dapat dosa.

Namun, ada yang jelas cuba menonjolkan diri sama ada untuk kepentingan diri atau dengan niat lain seperti menawan hati si kekasih, menonjolkan diri agar kelihatan baik untuk kenaikan pangkat atau hendak mendapat kuasa. Wallahhualam... Semoga kita terhindar dari perkara yang membawa kepada riak ini.

Thursday, September 18, 2014

Lima LANGKAH MUDAH Buat DUIT Dengan BLOG

Bagaimana Nak Dapat Duit Dengan BLOG...? Pastinya ini soalan yang paling banyak bermain diminda para blogger. Ya lah kan... Daripada sibuk berblog sahaja, alangkah baik sambil sambil berblog kita menjana pendapatan. Walaupun ber-blog dianggap satu minat untuk berkongsi, namun dengan PENDAPATAN RM, pasti minat itu akan lebih bermakna.

Ramai yang menganggap untuk menjana pendapatan online memerlukan modal. Tetapi tahukah anda ianya boleh dilakukan secara PERCUMA. Antaranya ialah dengan menulis blog. Di sini saya akan memberikan sedikit tips kepada yang berminat berbuat demikian. Untuk pengetahuan anda juga, Telah RAMAI yang telah buat duit dengan blog hanya dengan memaparkan gambar-gambar dan video-video sahaja tanpa ada banyak tulisan atau cerpen. hanya perlukan sedikit kreativiti anda. Ok bagi yang nak follow step by step boleh mulakan sekarang.

Ok, untuk yang free boleh guna kan seperti: 

Ikuti LANGKAH LANGKAH ini Untuk buat duit dengan blog

Langkah Pertama
Daftar blog di mana-mana tapak blog percuma seperti yang disenarai diatas, dan pilih themes yang disediakan, lihat hasilnya. Selesai langkah pertama. Mudah kan? Kalau malas nak teruskan hari ini boleh tinggalkan dahulu dan buat kerja anda. Sambung esok.. 

Syiling EMAS Jadi Cat KERETA Mewah (7 Gambar)

 

 Khabarnya seorang JUTAWAN MUDA yang baru berusia 29 tahun, dari DUBAI ini menyalut @ 'mengecat'  kereta RANGE ROVER Nya menggunakan SYILING EMAS DIRHAM ... Bila dah terlalu kaya. Pasti ada yang kata... MEMBAZIR... Kalau wang mereka dah terlalu BANYAK rasanya ini tidak termasuk dalam tafsiran membazir.

Lagi gambar di bawah

Wednesday, September 17, 2014

RANKING Terkini Universiti MALAYSIA Menurut QS

QS University Rankings: Asia 2014

Malaysia




Filter by Country
Bangladesh
Brunei
China
Hong Kong
India
Indonesia
Japan
Macao S.A.R., China
Malaysia
Pakistan
Philippines
Singapore
South Korea
Sri Lanka
Taiwan
Thailand
Vietnam
RANKUNIVERSITY  LOCATIONCOMPARE & MEETQS STARS?

Overall Score
Overall Score
Academic Reputation
Employer Reputation
Faculty Student
Citations per Paper
International Faculty
International Students
Papers per Faculty
Inbound Exchange
Outbound Exchange

Malaysia

Malaysia
0
Malaysia

Malaysia

Malaysia

Malaysia

Malaysia

Malaysia

Malaysia

Malaysia

Malaysia

Malaysia

Malaysia

Malaysia

Malaysia

Malaysia

Malaysia

Malaysia
When filtering for rankings based specific key performance indicators, only institutions that area ranked in the top 150 in their overall scores will be shown. The key performance indicators are: Academic Reputation, Employer Reputation, Faculty Student, Citations per Paper, International Faculty, International Students, Papers per Faculty, Inbound Exchange and Outbound Exchange.
Sumber : http://www.topuniversities.com/university-rankings/asian-university-rankings/2014#sorting=rank+region=+country=113+faculty=+stars=false+search=