Saturday, November 9, 2013

DAWN RAID = Serangan Subuh 'Tun M' MENGEJUTKAN Dunia

Dawn Raid - Serangan Subuh.

Di pagi itu dunia perniagaan bergegar Terutamanya LONDON.

Satu Operasi ala tentera dengan military precision yang diadaptasikan untuk Dunia Korporat yang mengejutkan seluruh Dunia dan menjadi sejarah Peristiwa ini masih diingati oleh dunia dan dikenali Dawn Raid Project atau "Serangan Subuh." 

Peristiwa terjadi pada 7 September 1981, 2 bulan selepas Tun Mahathir angkat sumpah sebagai PERDANA MENTERI. 

Bersama nya ratusan ribu ekar tanah di bawah saham yang diniaga kan di London Stock Exchange di bawa pulang menjadi hak milik negara.

Pada waktu subuh di London pahlawan sawo matang dari tanah melayu menawan brusa saham org putih dan menewaskan mereka di dalam permainan mereka sendiri.

Dan pada hari itu dunia barat mula mengenali makhluk Allah bernama Mahathir dan mulai hari itu juga tumpuan untuk menjatuh kan nya bermula.

Bermakna walaupun baru menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau sudah pun merancang jauh sebelum menduduki tempat no 1 itu.

Selepas peristiwa itu, bursa London terus mengubal undang undang perniagaan saham nya supaya tidak ada lagi "penawanan" sebegitu.
Seluruh Akhbar British dan barat menyiarkan tajuk antara "Malaysia wins control of Guthrie in Market Raid". 

Dan pelajar ekonomi dan perniagaan di kebanyakan universiti di barat secara senyap menjadi kan nya bahan kajian bagaimana pahlawan sawo matang dari benua asia menawan bursa saham London. 

3 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks