RAHSIA Perniagaan RASULULLAH S.A.W

Assalammualaikum....w.b.t, 



Ramai bermatlamat untuk mengikuti apa jua amalan nabi kerana ia termasuk dalam sunnah termsuk dalam perniagaan. Melalui pembacaan di laman maya baru-baru ini, "Rahsia Perniagaan Rasullulah Saw". Sesungguhnya Nabi Muhammad saw, junjungan besar kita adalah sebaik-baik contoh dan ikutan sepanjang zaman. 


Baik daripada segi percakapan, berpakaian,makan dan minum dan lain-lain perkara. Maka pada kali ini Pemikir berhasrat untuk kongsikan "Cara Rasullulah Saw BERJAYA Dalam Perniagaan" .

Nabi dilatih menjadi seorang pemimpin dalam bidang perniagaan sejak kecil. Ia bukanlah satu proses yang singkat dan mudah. Sebaliknya Baginda menerima "latihan perniagaan" sejak berumur 12 tahun daripada bapa saudara Baginda, Abu Talib.

Secara ringkasnya, Nabi mengenali dan mempraktikkan perniagaan sejak berumur 12 tahun. Kemudian pada usia 17 tahun, Baginda memulakan perniagaan sendiri atas dorongan Abu Talib agar Baginda berniaga bagi mengurangkan tanggungan keluarga. 

Kepimpinan sangat diperlukan jika ingin berjaya dan cemerlang dalam perniagaan. Nabi telah diberikan latihan praktikal bagi membentuk daya kepimpinan Baginda. Latihannya adalah sebagai seorang pengembala kambing. Apakah tugas pengembala kambing dengan ciri kepimpinan Rasullulah saw?

1- Keupayaan memberikan arahan 
Para pengembala perlu mengarahkan kambing-kambing ke padang yang mempunyai rumput yang subur dan menghijau. Ingat bukan senang hendak mengarahkan bintang dalam jumlah yang banyak. Apa yang penting adalah kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang amat-amat penting dalam semua perkara termasuklah dalam perniagaan. 

2- Keupayaan Mengawasi 
Para pengembala perlu mengawasi dan membawa pulang kambing-kambing ke kandang agar tidak hilang atau sesat. Kita dalam dunia yang serba canggih ini , manusia pun langgar lampu isyarat. Ini kan hendak mengawasi kambing-kambing. Manusia yang dididik dengan undang-undang sering melanggar undang-undang yang dibuat oleh manusia itu sendiri. Jadi disinilah letaknya keistimewaan dan ketinggian keperibadian Rasullulah saw. Bayangkan bagaimana menjaga ternakan di atas padang pasir yang terbentang luas, kalau seekor sahaja terlepas daripada jagaan mana ada GPS,google dan sebagainya. Fikir-fikirkanlah... 

3- Keupayaan menjaga,mengawal dan melindungi 
Para pengembala perlu menjaga, mengawal dan melindungi ternakannya daripada gangguan pemangsa seperti serigala dan pencuri. 

Berniaga Ala Cara Nabi 

1- Berniaga Kecil-Kecilan 
Rasullulah saw memulakan perniagaannya secara kecil-kecilan di kota Mekah. Baginda membeli barangan dari pasar dan menjualnya kepada orang lain. Inilah konsep asas dalam bidang perniagaan iaitu membeli dan menjual. 

2- Mencari Modal dan Pelabur 
Rasullulah saw menerima modal daripada para pelabur yang tidak sanggup menjalankan sendiri. Mereka memberikan kepercayaan kepada seseorang yang mereka anggap jujur dan amanah (al-amin) untuk mengendalikan perniagaan dengan menggunakan harta dan wang mereka. Konsep ini berdasarkan kerjasama mudharabah samada melalui upah atau fee based atau perkongsian keuntungan (profit sharing). 

3- Berakhlak Mulia Sebagai Satu Jenama 
Dalam mengendalikan perniagaan Baginda menunjukkan akhlak yang hebat seperti kejujuran dan keteguhan memegang amanah yang diberikan. Akhlak yang tulus dan luhur salah satu kaedah Baginda melakukan penjenamaan perniagaannya. Baginda sentiasa mengutamakan pelanggan dalam perniagaan Baginda. Kesannya, ramai pemodal di Mekah bekerjasama dengan Rasullulah saw. 

Antaranya ialah isterinya sendiri Khadijah binti Khuwalid menawarkan perjanjian konsep mudharabah (pembahagian hasil). Melalui kaedah ini, Khadijah bertindak sebagai pemodal manakala Baginda sebagai pengendali modal. 

4- Perniagaan Lelong 
Contoh transaksi ini dapat dilihat melalaui hadis yang diriwayatkan oleh Anas ra. Nabi saw bersabda : "Ada sesiapa yang ingin membeli kain dan bekas minuman ini?" 

Ada seorang yang menawarkannya dengan harga 1 dirham. Kemudian Nabi bertanya sekiranya ada orang yang ingin membelinya dengan harga lebih tinggi.

Lalu datang seorang lelaki menawarkan sebanyak 2 dirham. Baginda menjualkannya kepada orang itu dengan harga 2 dirham. 
(Riwayat a-Tarmizi)

5- Pengunaan Sistem Kredit 
Ketika melakukan transaksi pembelian, kadangkala Nabi menggunakan sistem kredit. Bagi menunjukkan tanda terima kasih Baginda kepada orang yang telah memberikan hutang, Nabi Muhammad sering membayar hutang dengan melebihi harga yang diperoleh. 

Baginda bersabda: "Berikan kepadanya unta tersebut, sebab orang yang paling utama ialah orang yang menebus hutangnya dengan cara paling baik." (riwayat al-Bukhari) 

6- Menggalakkan Orang Lain Berniaga
Rasullulah saw sering menggalakkan dan membantu orang lain berniaga. Antara buktinya ialah sabda-sabda Nabi berikut : 

Berusaha untuk mendapatkan yang halal adalah satu kewajipan, disamping tugasan yang telah diwajibkan." (Riwayat Baihaqi) 

"Tidak ada satupun makanan yang lebih baik daripada yang dimakan daripada hasil keringat sendiri." (Riwayat al-Bukhari) 

"Peniaga jujur dan boleh dipercayai akan bersama-sama para nabi,para siddiq dan para syuhada."(Riwayat al-Bukhari) 

"Allah memberikan rahmat kepada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual,membeli, dan membuat pernyataan."(Riwayat al-Bukhari) 

Wang Bukanlah Segala-galanya 

Ya, wang memang penting dalam kehidupan tetapi ia bukanlah satu matlamat hidup. Wang bukanlah segala-galanya, kita perlukan wang untuk hidup tetapi kita bukannya hidup untuk wang. Oleh itu, ikutlah resmi Rasullulah saw. 

Semakin kita senang, semakin kita tunduk kepada Maha Pencipta seperti resminya padi semakin berisi semakin tunduk merendah diri, tapi jangan hidup macam resminya lalang semakin tinggi semakin meninggi diri. Melalui sirah Baginda kita dapat pelajari:

Wang bukanlah modal utama dalam perniagaan. Modal yang paling utama bagi insan ialah kejujuran dan usaha gigih. 

Akidah dan akhlak tunjang utama dalam perniagaan. Oleh itu, Nabi melarang seseorang menyembunyikan kecacatan barang yang ingin dijual,menipu pembeli pembeli, dan melakukan tindakan yang salah. Sekiranya akidah dan akhlak kuat dan mantap,maka segala masalah dapat diatasi. 

Menguasai ilmu perniagaan. Rasullulah saw menguasai ilmu perniagaan melalui pengalaman. Baginda juga menguasai dan mengetahui kebaikan sesuatu perniagaan dan bahaya riba hingga Rasullulah saw menggalakkkan jual beli dan mengharamkan sistem riba. 

Berusaha gigih untuk memperolehi keuntungan, Bukannya menjalankan perniagaan secara sambil lewa. Bidang perniagaan menuntut para peniaga agar sentiasa gigih dan komitmed terhadap kerja yang dilakukan. 

Sumber : Petikan Buku " Solusi 104-105" 

Sumber : mselim3

1 comment:

  1. teingin nak berniaga. cuma takut nak ambil risiko rugi.

    ReplyDelete

AIK... Baca Je / Tengok Je...
Tinggallah KOMEN Sikit Untuk Kenangan Dan TANDA Sokongan Kepada Suara Pemikir Untuk Terus Berkarya dan Mencari Bahan MENARIK Untuk DIKONGSI Seterusnya.

Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis