MENCARI Nama Anak LELAKI Rupanya Bukan MUDAH

MENCARI Nama Anak LELAKI Rupanya Bukan MUDAH

1. Assalamualaikum Semua Pembaca Blog Suara Pemikir Sekalian.

2. Post kali ini Pemikir hendak membicarakan berkaitan tajuk sebagaimana yang tertera di atas. Fuhhh... Sungguh tidak disangka sangka. Mencari nama anak lelaki rupanya bukan mudah.

3. Ini adalah pengalaman pertama bagi Pemikir setelah sekian lama mendirikan rumah tangga sekian lama.  Mencari nama anak lelaki rupanya bukan mudah, dan tentunya tidak semudah yang disangka. Itulah hakikat yang sedang pemikir hadapi pada masa ini. Menunaikan tanggungjawab awal sebagaimana di 'seru' oleh Islam dan juga nabi kita, Muhammad SAW agar memberikan nama yang baik baik kepada anak agar perilakunya nanti akan baik sebagaimana nama panggilanya. 

4. Bukannya Pemikir tidak bersedia dari awal, hakikatnya Pemikir belum pasti apakah nama yang akan diberikan kepada anak yang bakal lahir kerana tentunya jantinanya belum disahkan. Maka pemikir melihat kepada 'musim' kelahiran yang lebih ramainya adalah perempuan. Maka, Pemikir telah bersedia dengan nama Perempuan / muslimah sebaliknya Pemikir menghadapai kesukaran untuk mendapatkan nama sekiranya kelahiran ini adalah lelaki. Menetapkan asas, sedap di dengar dan membawa makna yang baik, rupanya menjadi sesuatu yang agak sukar.

5. Pemikir pernah menamakan seorang anak saudara, tetapi pencarian untuk nama anak sendiri rupanya lebih sukar. Dek kerana itu, Pemikir meminta bantuan rakan rakan di laman sosial Facebook untuk mendapatkan cadangan dan pandangan untuk memberikan lebih banyak pilihan dan panduan kepada pemikir. Pelbagai nama telah diberikan dan tidak kurang juga mencadangkan nama sendiri. Hehehe. Alhamdulillah... usaha itu sangat berbaloi. Terima kasih kepada rakan rakan dan terima kasih juga kepada teknologi.

6. InsyaAllah dalam beberapa bulan lagi (awal November), nama yang terpilih itu akan di umumkan di ruangan ini. Kepada sesiapa yang sudi dan tidak keberatan untuk MEMBANTU Pemikir. Bolehlah memberikan nama cadangan anda beserta dengan MAKSUD nama tersebut di ruangan Komen.

7. Terima Kasih.

9 comments:

  1. Mus'ab Al Muqri,
    Uwais Al Qarni,
    Umar Abdul Aziz,
    Muhammad Al Amin,
    Umar Al Farouq,
    Muhammad Al Fateh,
    Amirul Soleh,
    Ainul Radhi.

    ReplyDelete
  2. Saya sendiri lebih cenderung kepada nama -nama Melayu dari nama-nama Arab. Guideline dalam Islam mudah sahaja iaitu berikan nama yang baik-baik dan nama yang baik-baik tidak semestinya dari bahasa Arab. Contohnya sahabat saya bernama Ahmad Sabri - bunyinya baik tetapi jika diterjemah kepada bahasa melayu = Terpuji Kesabaranku - tak berapa sedap didengar.

    Satu lagi ada sahabat yang di sini mencadangkan nama Uwais. Memang nama ini bagus siapa tak kenal Uwais. Akan tetapi Uwais bermakna = serigala kecil. Memandangkan di Malaysia ini kita mengamalkan Mahzab Syafie serigala termasuk dalam hukum najis mughallazah. Tak berapa elokkan begitu? Jangan salah sangka bahawa Uwais ini amat sempurna namanya di zamannya dan di tempatnya Yaman kalau tak silap saya. Tetapi di ini Malaysia dan asia tenggara malahan di China yang rata-rata mengamalkan Mahzab Syafie tak berapa moleklah ye.

    Contoh lain nama Talhah = nama sahabat Nabi. Nama yang cantik yang boleh di gunakan oleh oleh kedua-dua lelaki dan perempuan. Salah satu nama yang tidak menunjukkan gender. Malahan di sebut dalam surah Al-Waqiah. Tetapi terjemahan terus nama ini bermaksud = buah yang bertandan-tandan malahan ada yang mengatakan buah pisang. Hahha tak sedap la pulak. Di bahagian sana timur tengah buah pisang ini satu buah yang baik-baik dan terpuji sebutannya. Kalau di kawasan sini Pisang jadi macam kelakarlah pulak.

    Kesimpulannya pilihlah nama yang baik-baik dan jagalah tatabahasa dan sebutan namanya agar tidak janggal bunyinya. Nama dari bahasa Arab dan budaya arab tidak semestinya sesuai dengan budaya di sini.

    Cadangan/guide untuk nama saya =

    Arab

    Para Nabi - Yusuf. Adam pun bagus. (dua-dua omputih dan Melayu boleh pakai dan sama ejaaannya)

    Para Sahabat = Umar (Abu Bakar jangan sebab ianya gelaran yang bermakna Bapa unta muda/dara tak sedap bunyinya - Nama Asal Abu Bakar = Abdullah ibn Abi Quhafa

    Nama Melayu =

    Nama Klasik

    Adi Putra (jika anak lelaki pertama)

    Mangkuagama (nama yang klasik - pendokong agama/tonggak agama),

    Atan/Awang - nama yang sungguh klasik tetapi rasanya orang melayu tak nak pakai dah MALU dengan budaya sendiri kot.

    Menurut budaya setempat/Negeri

    Chulan/Terawis/Saban - jika berasal dari Perak (saya sendiri orang Perak - nama lama orang Perak)


    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas komen yang panjang lebar dan memerikan banyak kandungan bermakna dari saudara/ri... Ia banyak membantu saya dalam membuat keputusan akhir terhadap nama yang bakal diberikan.

    Thanks a lot

    ReplyDelete
  4. saya sekeluarga mengucapkan terima kasih banyak yang sekian kalinya kepada mbah wirang karna nomor togel malaysia yang mbah berikan 4D yaitu..2785..alhamdulillah ternyata tembus lagi ,saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan mbah wirang karna beliau sudah banyak membantu kami sekeluarga dengan angka2 ghoibnya dan telah merubah kehidupan saya jauh lebih layak dari pada sebelumnya,berkat mbah wirang kami sudah punya rumah sendiri dan juga punya usaha sendiri , dan sudah punya tabungan di BANK sudah begitu banyak. Peramal lain yang saya mintai angka jitu tidak ada satupun yang tembus malahan saya terlilit hutang yang lumayan cukup banyak,dan Akhirnya saya mendapatkan peramal togel yang asli saya akui kalau mbah wirang memang peramal jitu dan pantas di ajungkan jempol,jika anda ingin merubah nasib anda dengan angka ghoib yang di jamin 100% jebol,hubungi mbah wirang di nomor : 082346667564/+6282346667564 jangan di sms soalnya maklum orang tua tak bisa ,angka yang di berikan mbah wirang jangan di ragukan lagi soalnya saya sudah membuktikannya sendiri,angka ghoib yang mbah wirang berikan mulai dari 2d,3d,4d semuanya tembus 100% , sudah 3 kali putaran saya menang Dan tidak pernah meleset , dan hanya mbah wirang yang bisa menjamin 100% kemenangan,sekarang giliran anda membuktikannya sendiri, INI ASLI, BUKAN REKAYASAH !!! …. Kembali saya sampaikan kepada anda semua jika anda butuh angka togel jitu 2d 3d 4d untuk putaran
    SINGAPURE HONGKONG MALAYSIA THAILAND SIDNEY MACAU silahkan bergabung jadi anggota memeber di MBAH WIRANG insya allah anda akan merasakan kemenangan.. jangan sia-siakan kesempatan anda..



    Salam succes all





    ReplyDelete
  5. Memang banyak nama yang bagus sehingga pusing memilihnya. Nama adalah doa dan harapan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers