Saturday, September 14, 2013

Melayu Oh Melayu Di Showroom PROTON

1. Sekadar berkongsi pengalaman seminggu dua ini kepada rakan rakan pembaca blog Suara Pemikir. Ya lah kan, dah lama tidak menulis dan berkongsi cerita.

2. Kebelakangan ini Pemikir merasakan sudah tiba masanya Pemikir melepaskan kereta Pertama yang telah berusia 6 Tahun dan mengantikannya dengan kereta yang lebih selesa walaupun bukanlah kereta mewah. Pun begitu, Pemikir masih membuat campur dan tolak untuk tujuan tersebut.

3. Maka, Pemikir berkunjunglah ke 3 buah Showroom Proton di sekitar Serdang, Seri Kembangan dan Bangi. Tidaklah menyangka akan mendapat pengalaman baharu pada kunjungan tersebut. Apa pun, ia memberikan pengajaran kepada diri pemikir sendiri akan bagaimana melihat sesama manusia.

4. Memasuki showroom Proton yang pertama, pemikir masuk dan tentunya memerhatikan model kereta yang dipamerkan. Dalam perjalanan tersebut, Pemikir melimpasi dua orang juru jual berbangsa Melayu lantas melemparkan senyuman. Mungkin Pemikir ni tiada gaya seorang jutawan, maka, mereka pun tidak melayan atau bertanya Pemikir. Memerhatikan keadaan sekeliling, akhirnya seorang jurujual berbangsa cina, datang setelah selesai urusan dengan seorang pelanggan sebelumnya. 


5. Maka, pemikir pun menceritakan hasrat untuk trade ini kereta dan berhasrat untuk membeli kereta baharu antara Preve atau Pesona. Setelah selesai perbincangan maka, Pemikir melangkah keluar dengan risalah dan kertas perkiraan pemikir bersama juru jual sebelumnya. Tidak di sangka sangka, sedang Pemikir minum di kedai bersebelahan membuat perkiraan. Datang juru jual melayu yang ada dalam showroom tadi menyapa.

"Abang nak beli kereta ke?"
"A ha" jawab ku ringkas

"CIna tadi tu tak serius je nampak melayan abang. Kita boleh bincang bang, saya boleh bagi diskaun dari komisyen saya" saya boleh beri harga lebih baik utk trade in kereta lama." katanya tanpa henti.

"Dia orang tu (merujuk pada cina tadi) banyak benda yang disembunyikan bang". Kalau abang beli dengan saya kita boleh buat cara telus.

bla bla bla bla...

6. Keadaan itu juga berlaku pada kedai yang kedua dan ke tiga. Cuma jurujual yang melayan saya adalah seorang India. Baik dan jujur tutur bahasanya. Nampak ikhlas orangya.

7. Setelah itu saya terfikir betapa malasnya jurujual melayu itu untuk melayan mereka yang datang. Mungkin pada angapan mereka kita saja saja datang utk buang masa. Namun, setelah melihat kesungguhan kita, mereka mula hendak mencuri pelanggan. Memang ada benarnya kata kata mereka tetapi, kalau kau malas dan berangapan seseorang tiada potensi menjadi pelanggan, tentunya akan SUKAR Mendapat pelanggan dan rasanya ini bukannya kerja yang sesuai untuk anda.

8. Tak tahu apa nak cerita lagi. Mungkin anda ada pengalaman serupa atau mungkin anda ada pandangan tersendiri berkaitan hal ini. Mari kita kongsikan bersama untuk pengajaran para pembaca sekalian.

9. Ops... pasal kereta tu. belum ada keputusan lagi. hehehe 
Harap maklum

2 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks