Berhati HATI Membuat PEMBELIAN Online

1. Dunia semakin dekat, cepat, mudah dan terbuka. Itulah yang boleh kita katakan dengan perkembangan teknologi maklumat (IT) pada hari ini. Sama ada anda membicarakan hal berkaitan Facebook, Twitter, Instagram atau Blog... Ianya mempunyai IKATAN yang sangat rapat antara satu sama lain.

2. Menemui rakan rakan lama di alam maya menjadi lebih mudah. Bertanya khabar menjadi lebih mudah. Menjejak keluarga yang lama menghilang semakin mudah, mengesan mereka yang melakukan jenayah juga semakin mudah. Malah, banyak lagi perkara baik yang menjadi mudah dengan kemajuan itu. Namun, dalam perkembangan itu, tidak dilupakan juga, bahawa banyak juga perkara yang SALAH dan TERKUTUK semakin mudah dengan teknologi yang sama.

3. Antara yang akan kita bicarakan pada kali ini adalah PENIPUAN pembelian Online. Satu cara perniagaan yang semakin memudahkan peniaga, namun ramai yang turut 'menangguk di air keruh' dengan MENIPU dalam urusan jual beli mereka.


4. Pemikir pernah mengalamai perkara ini dan Pemikir juga telah banyak membaca bagaima penipuan ini dijalankan. Ada yang beli handphone dapat batu lesung. Ada yang membeli Batu Permata tetapi kualitinya tidak sebagaiman digambarkan, Malah yang lebih teruk, ada yang membeli barangan, kemudian membuat pembayaran, tetapi barang langsung tidak diterima.

5. Banyak cara yang boleh dilakukan oleh pembeli untuk mengelakkan penipuan ini atau setidak tidaknya kalau di tipu boleh membuat aduan dengan bukti yang telah di kumpul kepada badan berwajib untuk tindakan lanjut. Pemikir amat berterima kasih kepada mereka yang melalui pengalaman pahit ini dan sanggup berkongsi untuk kebaikan orang lain.

6. Semua ini akan kita bincangkan pada artikel yang akan datang beserta contoh contoh sahih penipuan yang dilakukan. InsyaAllah akan disertak bukti transaksi jual beli yang berlaku.

"Tips MENGESAN, Menghadapi Dan MENHINDARI Penipuan JUAL BELI Online"

Bersambung...

3 comments:

  1. dedahkan mana, no akun bank, alamat perniagaan, facebook arau blog ya tuan pemikir. jangan hal ini sampai berulang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
      Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih

      Delete
  2. saye penah gak kena,,time beli tdung online,warna tak sama dengan yang kita minta,,tp bila kite tanya, die kate tak de stock,,tp ad jugak yg boleh dpercayai =) kena bhati2 lepas ni

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers