1. Dunia semakin dekat, cepat, mudah dan terbuka. Itulah yang boleh kita katakan dengan perkembangan teknologi maklumat (IT) pada hari ini. Sama ada anda membicarakan hal berkaitan Facebook, Twitter, Instagram atau Blog... Ianya mempunyai IKATAN yang sangat rapat antara satu sama lain.
2. Menemui rakan rakan lama di alam maya menjadi lebih mudah. Bertanya khabar menjadi lebih mudah. Menjejak keluarga yang lama menghilang semakin mudah, mengesan mereka yang melakukan jenayah juga semakin mudah. Malah, banyak lagi perkara baik yang menjadi mudah dengan kemajuan itu. Namun, dalam perkembangan itu, tidak dilupakan juga, bahawa banyak juga perkara yang SALAH dan TERKUTUK semakin mudah dengan teknologi yang sama.
3. Antara yang akan kita bicarakan pada kali ini adalah PENIPUAN pembelian Online. Satu cara perniagaan yang semakin memudahkan peniaga, namun ramai yang turut 'menangguk di air keruh' dengan MENIPU dalam urusan jual beli mereka.