Suara PEMIKIR Serba SALAH Dan PENAKUT

1. Apa yang berlaku...? Mungkin kerana pengalaman yang masih cetek. Pemikir selalu dalam keadaan serba salah dan takut untuk memenuhi permintaan pelanggan untuk meletakkan IKLAN di Blog Suara Pemikir.

2. Sebenarnya, ada beberapa individu telah menghubungi Pemikir sama ada melaui email atau Personal Message di Facebook menyatakan hasrat mereka untuk beriklan di Blog Suara Pemikir. Namun, setelah perbincangan berjalan dan kebanyakan waktunya pelanggan telah bersetuju, entah kenapa Pemikir selalu meyakinkan mereka kembali agar mencari blog lain terlebih dahulu agar bayaran yang mereka buat untuk iklan mereka lebih berbaloi.

3. Begitulah situasinya yang berlaku beberapa kali. Ramai jugalah yang menarik balik hasrat untuk melatakkan iklan di sini walaupun ada yang terus yakin akan blog Suara Pemikir untuk tujuan itu.

4. Pada Pemikir, bukan keuntungan yang utama. Apa yang lebih utama ialah kepuasan pelanggan dan kepuasan diri Pemikir Sendiri dalam memberikan perkhidmatan. Pemikir tidak mahu mengutamakan bayaran (keuntungan) iklan dan kemudian merasa bersalah atas jumlah trafik yang tidak setimpal dengan bayaran yang dibuat pelanggan.

5. Apa pun... Pemikir tetap yakin, masanya pasti akan tiba. Tambahan pula Pemikir agak sibuk untuk menyelenggara tempoh iklan atau permintaan pengiklan buat masa ini.

1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers