STATUS Juara Liga PERDANA Vs Juara Liga SUPER Tiada NILAI Pada RTM1 @ Astro 801


STATUS Juara Liga PERDANA Vs Juara Liga SUPER  Tiada NILAI Pada RTM1 @ Astro 801

1. Sebagaimana tajuk di atas. Itulah hakikatnya yang berlaku di Liga Malaysia atau Piala Malaysia. Selangor, Selangor dan Selangor. 

2. Agak sukar nampaknya pasukan lain untuk mendapat tempat untuk disiarkan secara langsung di TV1 atau Asrto 801 selain dari pasukan selangor. Sebentar tadi, pertembungan antara SARAWAk dan Lion XII nampaknya Tidak cukup HEBAT untuk memikat hati penyiar yang bergelar RTM dan ASTRO untuk di siarkan secara langsung. Bukan menidakkan hak Selangor tetapi apa jua keadaan Selangor sama ada mereka berprestasi baik atau jatuh ke liga lebih rendah, Selangor tetap menjadi pilihan untuk siaran langsung. Peluang sama rata harus diberikan keada semua pasukan terutamanya mereka yang menunjukkan prestasi baik.

3. Pencapaian hebat Sarawak dengan dikenali sebagai pasukan paling kebal di Liga Perdana nampaknya tiada nilai. Apatah lagi pertembungan ini adalah menentang LION XII yang telah memperlihatkan betapa tidak berkualitinya Liga Super apabila pasukan dari seberang tambak itu berjaya membawa Piala Liga Super ke seberang tambak.

4. Apa nak buat... Sebagai peminat kita hanya akur kepada keputusan yang 'BIJAK' di buat FAM atau stesen TV yang terlibat. Apa pun TAHNIAH kepada Bujang Senang kerana berjaya menundukkan pasukan Lion XII yang tidak berjaya dilakukan oleh kebanyakan pasukan dari Liga Super walaupun selali LIVE di Astro atau RTM.

2 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers