Skip to main content

Kisah SEDIH Seorang ARTIS Anak Pemotong Rumput

Terasa hiba pula membaca kisah sedih artis ini. 

KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT DI FFM 20

Malam 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pelakon filem Mukhsin, Mohd. Syafie Naswip diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20). Sejurus itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun melangkah yakin ke pentas penerima trofinya. Dewan bergema dengan tepukan gemuruh penonton. Turut menyaksikannya, jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya.

Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba kerana kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama ibu yang dikasihi. "Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu, tapi tak dapat," adunya tatkala Kak Tim bertanyakan, apa kata ibunya tentang kemenangannya.

Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini menarik perhatian Kak Tim. Walaupun Finas menyediakan bas untuk membawa delegasi festival itu ke Pulau Pinang, tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama anggota keluarga masing-masing. Cuma Syafie yang Kak Tim perhatikan, bersendirian.

"Saya nak juga bawa emak. Tapi dia orang kata kena bayar," jelas Syafie selamba.

"Bapa kerja apa?" Tanya Kak Tim.

"Pemotong rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga," tulus dan bersahaja dia menjawab.

"Tak sekolah?" Tanya Kak Tim lagi.

"Sekolah di Gombak. Tahun ini ambil PMR. Sebab itu hampir saja saya tidak dapat ikut festival ni. Cikgu tak beri. Dia kata asyik shooting saja. Dia bimbang, nanti saya tak dapat fokus PMR.

"Tapi saya merayu. Keluarga saya orang susah dan saya anak tunggal. Shooting pun dapat duit. Hari tu, saya berlakon empat drama, dapat duit. Boleh juga bantu keluarga," kata Syafie. 

"Berlakon filem Mukhsin dulu tu, saya dapat RM10,000. Saya bagi emak RM500 dan ayah RM500.

Selebihnya saya simpan. Saya nak jadi jurukamera filem. Nanti kalau nak ambil kursus tu tentu kena pakai banyak duit. Nasiblah akhirnya cikgu izinkan saya ke festival."
Begitu cerita Syafie panjang lebar, lalu tersenyum menyerlahkan lesung pipit di pipi kiri dan kanannya. Dan pada pagi delegasi berkumpul di Finas untuk berangkat ke Pulau Pinang, Syafie merupakan orang pertama sampai di Finas. "Saya tak tahu pukul berapa bas nak bertolak. Orang kata pagi. Jadi saya tunggu ajalah. Nasib Finas sediakan nasi lemak."

Rupanya ada yang cerita pada Kak Tim, semasa rombongan berhenti makan tengahari di Tapah, Perak, Syafie tidak turut serta."Dia tertinggal duit," bisik sumber. Kasihan. Tapi kanak-kanak itu ada harga diri. Dia tidak kelihatan sewaktu orang sibuk menjamu selera di
kawasan Rawat dan Rehat Tapah itu. Entah di mana dia menyembunyikan diri. "Tak apa. Saya dah biasa macam tu," kata Syafie selamba disaat Kak Tim tanyakan kenapa tak beritahu masalahnya.

"Tapi sekarang saya dah ada duit. Nek Mah (Ruminah Sidek) bagi. Masa sampai di lobby hotel, tiba-tiba Nek Mah bagi saya RM50." Sekali lagi kanak-kanak ini menyerlahkan lesung pipitnya.

Dan sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. ketika bas singgah di Hentian Sungai Perak, Kak Tim tengok Syafie membeli sebiji limau bali. "Duit yang Nek Mah bagi, masih ada baki. Limau ni saya beli untuk mak. Buah tangan," katanya tersenyum.

Sampai di Finas, Syafie dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa pulang trofi dan buah limau untuk ibunya. Tapi wang hadiah kemenangannya sebanyak RM10,000. Itulah Mohd. Syafie Naswip, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM20 yang cuba mencari pengalaman sebagai pelakon untuk menjadi jurukamera filem bagi merubah kehidupan keluarganya.

Contributed by Shima @ Hulu Langat

Comments

  1. takjub sekali benar benar sedih ni cerita alat bantu sex pria macem macem bentuk nya alat bantu sex wanita

    ReplyDelete
    Replies
    1. PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
      Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih

      Delete

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Popular posts from this blog

Jom BELAJAR Bahasa Melayu SARAWAK

Bahasa Melayu Sarawak...
Sebagai rakyat Malaysia yang majmuk, belajar bahasa dari kaum dan masyarakat yang berbeza adalah menjadi satu 'kemestian' yang boleh membawa kepada ikatan yang lebih erat sesama kita.
Kali ini kita akan melihat sedikit sebanyak bahasa yang menjadi bahasa RASMI rakyat Sarawak yang terdiri dari pelbagai kaum yang berbeza.
Kepada mereka mereka (terutamanya guru guru) yang akan posting ke Sarawak bolehlah belajar sedikit sebanyak sebagai persediaan bagi memudahkan komunikasi bila tiba di sana nanti. Tidak kita Iban, bidayuh, Orang ulu, dayak, Melanau Cina, bidayuh dll... Bahasa Melayu Sarawak menjadi bahasa rasmi bagai semua kaum kaum ini...
1. Tedah - Kesian 2. Kepak - Letih 3. Kayokayo - Kehulu kehilir 4. Plente - Bergurau 5. Pozer - Peniru/ Ciplak 6. Gai / Ucak - Poyo 7. Ilek 1 - Rehat 8. Ilek 2 - Sabar 9. Dolok - Dulu 10. Agik - Lagi 11. Nok ya - Yang itu 12. Madah/ Padah - Bagitahu

Rahsia TERSEMBUNYI Waktu Solat Yang 5 (Fakta Menarik)

1. Ada pun pada mereka yang berfikir. Maka tidak Allah jadikan sesuatu itu hanya sia sia dan pasti ada sesuatu yang ingin Allah sampaikan kepada hambanya yang berfikir dan yakin kepada Allah.
2. Makan hal ini tidak lah di sia siakan oleh orang tua tua dahulu apabila menyatakan waktu senja adalah waktu syaitan berkeliaran dan istilah 'PANTANG' telah diguanakan untuk tidak  berada di luar rumah malah menutup pintu dan jendela pada waktu sebagini.
3. Mungkin beranggapan mereka lebih moden dan lebih saintifik dari orang dahulu. Masyarakat pada hari ini telah mengabaikannya malah sesetengah memperlekehkan 'amaran' dan teguran ini. 
4. Mari kita pandang hal ini sedikit lari dengan sudut sains semata mata.

DIVIDEN HEBAT Simpanan ANDA : Pinjaman ASB Vs Simpan SENDIRI ?

1. Awal Tahun 2013 ni Ramai rakan rakan Pemikir berbicara tentang Dividen Hebat daripada simpanan masing masing dan kebanyakan mereka adalah penyimpan Amanah Saham Bumiputera atau ASB. Maklumlah, PNB Mengumumkan bahawa dividen ASB tahun 2012 adalah tertinggi dalam masa 5 Tahun. 
2. Namun Setelah berbicara sekian lama, kebanyakan mereka sebenarnya membuat pinjaman ASB dari beberapa bank seperti CIMB, Maybank dan yang terbaharu RHB Bank. Maka Pemikir melakukan sedikit penyelidikan berkaitan hal ini (loan ASB), dan dalam banyak banyak pembacaan Pemikir, Artikel oleh Blog Berita Semasa sebagaimana tercatat dibawah ini adalah yang paling munasabah dan bersandarkan fakta yang benar serta perlu diberi perhatian oleh para peminjam atau mereka yang berhasrat untuk meminjam sebagaimana Pemikir. 
3.  Melakukan sedikit pembacaan (kajian) terhadap apa yang cuba dilakukan adalah langkah terbaik sebelum kita meletakkan WANG (Duit) kita kepada risiko risiko yang ada dalam pasaran. Oleh itu luangkanlah …