Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

TERKINI : 10 Website TERMAHAL Dunia

1. Google.com Alexa Rank: 1 Pagerank: Site Price: $ 2 Bn
2. Calendar.google.com  Alexa Rank: 1 Pagerank: Site Price: $ 2 Bn
TERKINI : 10 Website TERMAHAL Dunia

Kisah SEDIH Seorang ARTIS Anak Pemotong Rumput

Terasa hiba pula membaca kisah sedih artis ini. 
KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT DI FFM 20
Malam 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pelakon filem Mukhsin, Mohd. Syafie Naswip diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20). Sejurus itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun melangkah yakin ke pentas penerima trofinya. Dewan bergema dengan tepukan gemuruh penonton. Turut menyaksikannya, jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya.
Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba kerana kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama ibu yang dikasihi. "Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu, tapi tak dapat," adunya tatkala Kak Tim bertanyakan, apa kata ibunya tentang kemenangannya.

DOMAIN Website TERMAHAL Yang Pernah DIJUAL

Ungkapan 'apa ada pada nama' bukanlah sesuatu yang boleh dipegang sebagai prinsip hidup pada masa kini. Sebab keunikan sebuah nama dipercayai turut mempengaruhi seseorang atau produk supaya lebih dikenali masyarakat masyarakat atau golongan sasar dalam perniagaan. Bahkan ada mereka di luar sana sanggup meneluarkan wang yang banyak untuk satu nama. Memiliki nama domain yang eye or ear catching bak menjadi sebuah kewajipan agar pengunjung berbondong-bondong masuk ke laman sesawang mereka.

Tersenarai dibawah adalah nama nama website yang Sangat Malah pernah di jual beli di DUNIA. Berapakah pula harga bagi www.suarapemikir.com?
1. Shopping.de

Uji MINDA Anda Dengan 4 Soalan MUDAH

Entri kali ini Pemikir ingin berkongsikan sediki bahan bacaan yang melibatkan pengujian minda. ini adalah antara SOALAN yang menarik kerana pasti kita akan tersenyum bila kita selesai membaca dan menjawabnya. Mari uji tahap kepintaran anda dengan 4 soalan ini.
Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan PANTAS. Ingat, pastikan anda menjawab dengan PANTAS sekiranya benar benar hendak menguji MINDA. Anda tidak boleh mengambil masa dan perlu menjawabnya dengan segera. OK?
Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda. Adakah anda telah bersedia... PASTIKAN anda menjawab dengan SPONTAN dalam Beberapa SAAT kalau ingin benar benar menguji minda anda. Ready? GO!!! (lihat bawah)
Soalan Pertama: Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?

KENAPA Doktor BEDAH Memakai Baju HIJAU?

Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?
Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.
Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.
Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Kisah SALAHUDDIN Al-Ayubbi Yang WARAK ...

Sebuah kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Ramai Tak Tahu. Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia (LINK). Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam..
Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan?
Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..
Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi? Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ? Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana? Siapa dia Muhammad Al-Fateh? Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?
Hurm..

PEDANG Paling TAJAM Di Dunia MIlik SIAPA...?

Siapakah pemilik pedang paling tajam di dunia? Ia pasti menjadi satu persoalan yang menarik untuk dirungkaikan.  Adakah ia pedang Samurai @ Katana dari jepun, adakah ia pedang Excalibur milik Raja Arthur yang terkenal...

Pedang Salahuddin al-Ayubbi paling tajam di dunia?
Pedang Salahuddin Al-Ayyubi diakui paling tajam di dunia oleh pakar metalurgi. Ketajamannya mampu menembus baju zirah crusader, memotong dua pedang lawan, membelah perisai dan batu tanpa mengalami kerosakan pada matanya. Kehebatan pedang buatan Damsyik dan terkenal dengan panggilan Pedang Persia ini telah mengatasi kehebatan pedang Katana dari Jepun dan pedang Excalibur milik Raja Arthur.
Pedang ini diperbuat besi baja "damarcus" dengan teknik rahsia yang disaluti CNT (Carbon Nano Tubes) yang menjadikan ianya AMAT TAJAM dan LENTUR. Seni pembuatan pedang rahsia ini amat dikagumi oleh puak Barat dan kajian meterialogi moden setakat hari ini juga, masih tidak mampu untuk menghasilkan pedang berteknologi tinggi (…

PEMBEBASAN Suspek BUNUH Altantuya : 9 Hujah MAHKAMAH RAYUAN Yang Perlu Kita TAHU

Spekulasi berkaitan pembebasan dua suspek pembunuhan altantuya semakin tersebar luas. Oleh itu, adalah lebih baik jika kita teliti sedikit Hujah mahkamah rayuan untuk mengetahui serba sedikit berkaitan hal ini.
Panel membuat kesimpulan bahawa hakim perbicaraan telah tersilap dengan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan tidak konsisten dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah material.
Dalam hal bahan letupan, mereka memutuskan bahawa selepas mengaitkan bahan letupan kepada kematian Altantuya, hakim perbicaraan sepatutnya perlu membuat pencarian seterusnya untuk mengaitkan bahan letupan kepada perayu. 
"Oleh itu, dengan ini, kita membebaskan dan keluarkan kedua-dua perayu," kata Hakim Tengku Maimun. seterusnya
Di bawah pula adalah perincian hujah Mahkamah Rayuan membebaskan 2 suspek tersebut : Hakim mahkamah Tinggi tersilap arah

STATUS Juara Liga PERDANA Vs Juara Liga SUPER Tiada NILAI Pada RTM1 @ Astro 801

STATUS Juara Liga PERDANA Vs Juara Liga SUPER  Tiada NILAI Pada RTM1 @ Astro 801
1. Sebagaimana tajuk di atas. Itulah hakikatnya yang berlaku di Liga Malaysia atau Piala Malaysia. Selangor, Selangor dan Selangor. 
2. Agak sukar nampaknya pasukan lain untuk mendapat tempat untuk disiarkan secara langsung di TV1 atau Asrto 801 selain dari pasukan selangor. Sebentar tadi, pertembungan antara SARAWAk dan Lion XII nampaknya Tidak cukup HEBAT untuk memikat hati penyiar yang bergelar RTM dan ASTRO untuk di siarkan secara langsung. Bukan menidakkan hak Selangor tetapi apa jua keadaan Selangor sama ada mereka berprestasi baik atau jatuh ke liga lebih rendah, Selangor tetap menjadi pilihan untuk siaran langsung. Peluang sama rata harus diberikan keada semua pasukan terutamanya mereka yang menunjukkan prestasi baik.

Suara PEMIKIR Serba SALAH Dan PENAKUT

1. Apa yang berlaku...? Mungkin kerana pengalaman yang masih cetek. Pemikir selalu dalam keadaan serba salah dan takut untuk memenuhi permintaan pelanggan untuk meletakkan IKLAN di Blog Suara Pemikir.
2. Sebenarnya, ada beberapa individu telah menghubungi Pemikir sama ada melaui email atau Personal Message di Facebook menyatakan hasrat mereka untuk beriklan di Blog Suara Pemikir. Namun, setelah perbincangan berjalan dan kebanyakan waktunya pelanggan telah bersetuju, entah kenapa Pemikir selalu meyakinkan mereka kembali agar mencari blog lain terlebih dahulu agar bayaran yang mereka buat untuk iklan mereka lebih berbaloi.
3. Begitulah situasinya yang berlaku beberapa kali. Ramai jugalah yang menarik balik hasrat untuk melatakkan iklan di sini walaupun ada yang terus yakin akan blog Suara Pemikir untuk tujuan itu.

SEBAB Kenapa MEREKA Suka Berkunjung Ke IKEA

ALASAN Kenapa MEREKA Suka Berkunjung Ke IKEA

Ini adalah antara ragam pengunjung (sama ada pelanggan atau tidak, tidaklah diketahui) IKEA yang sebenarnya menyusahkan IKEA dan menganggu pelanggan lain yang benar benar ingin mencuba peralatan atau perabot sebelum membuat pembelian.
Ada kebarangkalian mereka ini adalah pekerja di kedai kedai berhampiran dan ke IKEA untuk menikmati waktu rehat yang selesa sebelum menyambung kerja.

Lagi Gambar Di Bawah..

ANTARA Sebab KENAPA Masyarakat CINA Lebih BERJAYA....

Ini adalah sedikit kisah untuk renungan bersama... Pedoman buat Umat Islam, bumiputera dan Melayu... Renungkan bagaimana gaya berfikir kita dan bagaimana pula gaya pemikiran mereka sehinggakan mereka mendahului hampir dalam semua hal di sekeliling kita. Belajar... bukan ... berhasad dengki...

Kisah 1: Seorang cina kaya membeli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari. Apa ada dalam fikiran melayu ? Sayang kucing ? Kucing makan banyak ?
Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan . bagi duit mesti taknak . Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia ."
Kisah 2:

Pemandangan MENAKJUBKAN Dari Bumi Bergolak KASHMIR

Kashmir merupakan sebuah wilayah yang terletak di bahagian barat laut India. Selain daripada buminya yang sangat mempersona dan memukau mata, ianya juga merupakan satu kawasan yang sangat penting dari segi kajian geografi kerana statusnya sering dipertikaikan, yang sering menyebabkan terjadinya konflik di rantau tersebut, terutamanya antara India dan Pakistan. Keindahan alam iniboleh menjadi aset negara melaui industri  pelancongan yang membawa keuntungan Jutaan ringgit setahun.
Lagi 20 Gambar Di Bawah

MAKANAN Membantu MENINGKATKAN Daya INGATAN

Avokado
Avokado memang merupakan makanan yang hebat! Banyak khasiat. Kandungan asid oleik yang tinggi dalam avokado boleh melindungi saraf neuron kita. Selain itu ianya juga meningkatkan aliran darah dalam otak sekaligus memperbaiki fungsi jantung.
Blueberry Blueberry juga merupakan makanan yang sangat bagus untuk kesihatan. Juga dikenali sebagai 'brainberries', buah ini mengandungi antioksidan yang paling tinggi dalam kalangan buah-buahan. Buah ini juga selalu digunakan bagi merawat penyakit Alzheimer, iaitu nyanyuk.
Kacang Kacang (kekacang) juga makanan untuk kesihatan otak. Ianya boleh menstabilkan aras kandungan gula dalam badan sekaligus meningkatkan fungsi otak. Amalan memakan kekacang juga dapat mengurangkan kebergantungan kepada makanan berkanji tinggi.
Bijirin dan Bijian

Proton SUPRIMA S Pencabar Terbaharu DUNIA Auto MALAYSIA

Sebagai seorang peminat kereta keluaran Proton, Pemikir hendak berkongsi sedikit spesifikasi kereta terbaharu Proton yang boleh dianggap kereta TERBAIK keluaran Proton setakat ini.

Proton Suprima S yang dilancarkan pada hari Sabtu pada harga serendah RM76,338, bagi varian Eksekutif manakala RM79,638 bagi Premium di anggap sebagai kereta terbaik yang pernah dikeluarkan oleh Proton. Apa istimewanya Proton Suprima S berbanding yang lain ya? Jom Tengok!!!
STYLE Proton Suprima S bergaya serta dilengkapi dengan ciri-ciri "Athletic".
PRESTASI

Bahan BERBAHAYA Dalam MEE SEGERA

Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi pilihan kerana harganya yang murah, mudah untuk menyediakan, dan rasanya yang agak enak. Bagi mereka mee segera tidak bagus untuk kesihatan kerana banyak bahan perasa.

Sebenarnya lebih dari itu, bukan sekadar bahan perasa dan antaranya:
136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi. Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.
Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya.
Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan M…

Amalan SEDEKAH Menyubur Benih KEIMANAN

Amalan SEDEKAH Menyubur Benih KEIMANAN 
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Setiap anggota manusia dkehendaki memberi sedekah selagi matahari terbit. Mendamaikan antara dua orang (yang bertelingkah itu) merupakan sedekah, menolong orang yang hendak menaiki kenderaan adalah sedekah atau mengangkat barangan ke atas kenderaan adalah sedekah, kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah perjalanan untuk sembahyang adalah sedekah dan membuang benda yang berbahaya dari jalan adalah sedekah”.

Huraian Hadith:
1) Setiap kebaikan yang dilakukan oleh anggota manusia adalah sedekah dan ia akan diberi balasan pahala oleh Allah SWT.
2) Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa melakukan kebaikan kepada manusia dengan memberi pertolongan, menyumbang bantuan tenaga dan menghindarkan sesuatu yang mendatangkan mudharat kepada manusia.

ECPI Dan SYIAH : Jangan Lagi TERTIPU

ECPI & hubungannya dengan Syiah.
Nampaknya perniagaan air terkenal ECPI semakin menunjukkan taring mereka MEMBELA SYIAH. Umat Islam di Malaysia mempunyai dua pilihan:
1. Tidak memboikot perniagaan ini atas dasar 'Perniagaan orang Melayu', lalu keuntungannya disumbangkan kepada PUAK SYIAH untuk menyesatkan umat Islam Sunni.
2. Memboikot perniagaan ini atas dasar 'Aqidah Islam Ahli Sunnah', lalu dengan ruginya syarikat ini, maka Syiah menjadi lemah dan tidak berupaya untuk menyebarkan kesesatan mereka.
Demi Allah, hanya iman anda sahaja yang boleh menentukan jawapan.
Berkenaan ECPI:

FILEM Pendek PTS Yang Menyayat HATI

FILEM Pendek PTS Yang Menyayat HATI
Tekadang kita belajar bukan untuk diri sendiri

'KONGSI CONCEPT : Artikel Tun M Yang DISERANG RBA

'KONGSI CONCEPT : Artikel Tun M Yang DISERANG RBA. Hilang dari Facebook secara tiba tiba. By Tun Dr Mahathir Mohamad ’KONGSI’ CONCEPT: Each side has to sacrifice something so that the other can gain something IN response to the emergence of a Malay political party, Umno and its success in rejecting the British inspired Malayan Union, the Chinese community of the 1940s saw the need for a political party of their own to present their views to the British government. Thus was the MCA conceived and born, led by Malacca’s Sir Cheng-Lock Tan. Although it was intended to counter the influence of Umno and protect the interests of the Chinese community, events changed the strategy and role of the MCA. In 1952 the Kuala Lumpur Umno leaders and the Kuala Lumpur MCA branch leaders decided that in the Kuala Lumpur municipal elections, they should not contest against each other, but instead should support each other’s candidates in their respective constituencies.

IKTIBAR Iftar @ SUNGKEY Pada 2012

1. Iftar, Berbuka puasa, atau Sungkey (lebih popular di Sabah Sarawak) membawa maksud yang sama. Apa pun semoga kita sama sama tidak membazir diwaktu berbuka dan mudah mudahan juga ibadah Puasa seharian kita diterima Allah.
2. Pemikir bukanlah hendak membicarakan menu berbuka puasa hari ini atau hari hari sebelumnya secara khusus. Tentunya itu bukanlah sesuatu yang baik kerana boleh menimbulkan rasa 'ingin' / terliur sekiranya dibaca atau dilihat oleh mereka yang kurang mampu sebagaimana yang pernah berlaku pada diri Pemikir.
3. Hal ini berlaku pada tahun 2012 di awal ramadhan di sebuah kedai Makan di Gong Badak, Terengganu. Ketika menjamah makanan pada awal Ramadhan saya dan isteri memesanlah makanan yang agak 'mewah' kononnya hendak meraikan Ramadhan. Walhal ianya kalau difikirkan adalah lebih kepada satu pembaziran.