
1. Serang apa...? Negara mana? Sekutu dengan siapa? Siapa nak turut serta? Serang siapa? Kenapa? Apa halnya? Dimana? Guna apa? Yang terlibat siapa? Senjata Apa? Tentera Siapa? Berapa kekuatan Tentera? dan pelbagai lagi soalan yang pasti terngiang ngiang di fikiran kita semua. Apatah lagi mereka yang merindui JIHAD fi sabilillah....
2. Pasti kita akan bersedia sekiranya arahan sebegini keluar dari pertubuhan Ulamak Dunia Islam. Ini adalah panggilan JIHAD. Tapi sabar, ini adalah contoh sahaja.... baca selanjutnya.
"Serangan habis habisan akan dilakukan serentak dari seluruh dunia Islam pada 3 Syawal sekiranya tidak, Islam akan menghadapi kekalahan BESAR"
Contoh arahan yang diberikan kepada umat Islam sedunia
3. Tentunya semua umat Islam akan bersedia untuk tujuan itu. Persediaan alatan ketenteraan, psikologi tentera atau siapa sahaja yang hendak turut serta, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan keadaan pesawat tempur, persediaan kereta kebal, persediaan lain lain yang perlu. Ini bukan perkara kecil, ini adalah JIHAD dan ini adalah Maruah Islam.
4. Tahukah anda, sekiranya arahan sebagaimana contoh di atas diberikan. Pemikir memberi jaminan, Umat Islam secara terang terangan akan KALAH dan Islam pasti akan di HINA. Kenapa.....???? Kenapa????
5. Mungkin ramai yang marah kerana pemikir katakan Umat Islam PASTI akan kalah. Kenapa Pemikir berkata demikian? Sama ada anda setuju atau tidak ALASAN Pemikir yang membawa kepada kenyataan itu adalah kerana TIADA kesepakatan di kalangan umat Islam dalam menggunakan kalendar ISLAM atau Kalendar HIJRAH. Tarikh yang diberi kelihatan sangat jelas dan tepat iaitu pada 3 Syawal. Persoalannya 3 Syawal negara mana harus di ikut???????????
6. Anda dah faham...? Pasti ada yang dah faham kan? Dalam kesibukan kita mengutuk penggunaan kalendar yang dicipta oleh barat dan tidak menggunakan kalendar Islam atau tahun Hijrah. Pernahkah kita terfikir bahawa Umat Islam akan 'bercelaru' sepanjang tahun sekiranya kalendar Hijrah digunakan buat masa ini.
7. Kembali kepada isu PERANG di atas, sekiranya arahan perang dikalangan sekutu negara Islam ditetapkan sebagaimana di atas, apa yang sering saksikan adalah TARIKH SYAWAL senantiasa berbeza pada setiap tahun dikalangan negara negara Islam, hatta negara berjiran seperti Malaysia dan Indonesia. Ini tentunya akan menyebabkan ada negara Islam yang menyerang AWAL sehari dan sekutunya akan datang LEWAT sehari. bagaimana dengan strategi yang dirancang. Tentunya tidak menjadi bukan.?
8. Contoh lain, sekiranya penganjuran konvensyen antarabangsa yang akan dilakukan 2 tahun akan datang. Sebagaimana yang selalu berlaku, Indonesia dan beberapa negara seperti Pakistan akan menyambut 1 Syawal / ramadhan awal dari Malaysia. Bagaimana hendak menetapkan tarik persidangan tersebut pada tahun tahun awal kerana ia kan berubah dek kerana perubahan 'nampak atau tidak anak bulan' pada ramadan dan syawal setiap tahun.
9. Ini adalah satu perkara ASAS yang sama ada tidak ditangani atau TIDAK mampu ditangani oleh kepimpinan Dunia Islam. Kesepakatan dalam hal asas seperti ini perlulah diberikan perhatian sekiranya Umat Islam Sedunia ingin Maju seiring dengan negara negara lain. Ini adalah contoh mudah ketidaksepakatan umat Islam dalam menguruskan perkara paling Asas dalam agama.
10. Apa pun, ini hanyalah pandangan seorang insan kerdil yang cuba memberikan pendapat yang mungkin kurang bernas dan tentunya boleh dipertikaikan.
11. Sekian Harap maklum.
Oleh : Pemikir (www.suarapemikir.com)
Oleh : Pemikir (www.suarapemikir.com)
ada gak betul kata ko ni pemikir. yang ni aku setuju, tak pernah fikir pun hal ini.
ReplyDeleteAku share kat fb boleh tak bro
ReplyDeleteLol apo kono jang nak laie ko nak tunggu yo
ReplyDeleteuggs on sale
ReplyDeletedolce gabbana handbags
ugg boots sale
longchamp outlet online
tory burch outlet online
celine handbags
cheap beats by dre
joe new balance outlet
uggs outlet
nike heels
tory burch shoes
coach factory outlet
canada goose jacket
christian louboutin shoes
burberry outlet
ugg boots clearance
ugg outlet store
nike basketball shoes
north face outlet store
belstaff jackets
kd 6
nike air max 95
fendi bags
belstaff outlet
christian louboutin discount
fake ray ban
ugg boots clearance
uggs sale
uggs on sale
miu miu handbags
ugg clearance
true religion outlet
barbour jacket