Saturday, July 6, 2013

PENDAPATAN Ruang IKLAN Di Blog : JANGAN Terlalu GOPOH

1. Semakin ramai nampaknya mereka yang berminat untuk menjadi blogger bebas. Mungkin kerana blogging merupakan salah satu cara untuk melepaskan tekanan kerja seharian dengan berkongsi perasaan dan masalah selain Facebook atau twitter.

2. Kebanyakan, malah tidak keterlaluan di katakan bahawa semua blogger pula mahukan Blog mereka boleh menjadi punca pendapatan pasif mereka. Antara kaedah daripada blog yang boleh menjana pendapatan ialah ruangan iklan yang mereka sediakan di blog.

3. Namun, beberapa kesilapan teah dilakukan oleh kebanyakan blogger terutamanya mereka yang masih baharu dalam hal ini. Dalam mengejar pendapatan, mereka terlalu awal mempromosikan ruang iklan ini dan lebih malang lagi trafik blog mereka masih pada tahap yang tersangat rendah.

4. Mungkin ada yang berkata. Biarlah kita promosikan blog walaupun trafik masih rendah, sekurang kurangnya orang tahu kita ada blog. Namun, gaya tanggapan sebegitu sebenarnya boleh membunuh peluang blog anda untuk terus berkembang.

5. Dalam dunia blogging, pembaca disediakan dengan ratusan ribu blog untuk dipilih, maka meninggalkan blog anda bukanlah satu yang sukar bagi mereka. Dengan memaparkan sesuatu yang nampak terlalu 'ambitious' apatah lagi harga yang ditawarkan untuk ruang iklan tersebut nampak tidak logik berbanding trafik adalah sesuatu yang sebenarnya kurang disenangi oleh mereka yang inginkan iklan online atau blogger blogger lain.

6. Secara jujurnya, reputasi anda akan TERCALAR tanpa sedar sekiranya perkara ini dilakukan. Itulah hasil pertanyaan rawak Pemikir kepada beberapa rakan yang berniaga yang berminat dengan pengiklanan online juga kepada beberapa rakan blogger juga mempunyai pandangan yang seiring.

7. Apapun, ia adalah sekadar pandagan. Setiap blogger pastinya mempunyai strategi sendiri dalam program pengiklanan di blog mereka. Namun, pada peringkat awal blogging fokuslah kepada menambah rakan dan entri diblog anda untuk ranking serta trafik yang baik sebelum memikirkan program iklan.

8. Harap maklum

1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks