Pemikir MENULIS Sambil Munggu MEDIA

1. Sempat sekali lagi untuk menulis di laman Blog Suara Pemikir sambil menunggu media yang dijangkakan selesai dan tamat satu jam tiga puluh minit dari sekarang. Media mana satu ni ye. Pasti adan hendak tahu, TV3, NTV7, Al-Hijrah, Astro Awani atau RTM 1. ?

2. Mestinya ada yang rasa pelik bin ajaib. Apa kaitan media dengan perkataan tamat atau siap yang digunakan dalam ayat dalam perenggan di atas. Bukanlah sepatutnya perkataan tiba atau sampai perlu digunakan untuk Media atau krewnya. Ada pun media yang dimaksudkan di sini bukanlah media masa. Siapalah Pemikir untuk ditemui media. Media yang pemikir maksudkan adalah Media Potato Dextrose Agar (PDA) yang sedang di 'Autoclave'.

3. Media ini adalah untuk membiakkan kulat untuk menjalankan kajian dalam pembelajaran yang sedang pemikir lakukan dan bukannya media masa (elektronik / cetak). Maka sambil menunggu proses 'penyahkuman' yang akan mengambil masa sekitar 1.30 jam bolehlah Pemikir menconteng sedikit di laman Blog Suara Pemikir.


Contoh Media Yang DIgunakan
4. Alang alang dah bercerita tentang media, apa salahnya saya perkenalkan anda kepada media yang berkaitan dengan sains dan alatan Makmal khususnya untuk pembiakan kulat. Pelbagai media digunakan untuk tujuan ini seperti Malt Extract Agar (MEA), Corn Agar (CA), Potato Dextrose Agar (PDA), Yeast Agar (YA), Potato Sucrose Agar (PSA) dan pelbagai lagi. Ini adalah antara media media yang bersifat Solid (pejal) yang digunakan untuk pembiakan kulat (Fungi). 

5. Harap anda tidak keliru antara kulat dengan cendawan. Adapun kulat yang dimaksudkan di sini adalah kulat yang bersifat mikro atau halus yang hanya boleh dilihat secara jelas dengan Mikroskop dan bukannya kulat yang boleh dimakan yang selalunya kita kenali sebagai cendawan. Sebenarnya kumpulan utama kulat ini terbahagi kepada DUA FAMILI yang mengasingkan ciri ciri utama kulat termasuklah kulat mikro dan cendawan iaitu Ascomycota (higher fungi) dan Basidiomycota (Lower Fungi). Tak perlulah rasanya berbicara panjang berkaitan Fimili kulat tersebut. 

6. Penyediaan media ini perlu dilakukan dengan teliti agar tidak tercemar dengan kulat lain atau bakteria dari persekitaran seterusnya tidak mengganggu proses atau kajian seterusnya. Bagaimana?... Ia nya di masukkan kedalam autoclave untuk membunuh bakteria yang ada dalam media dan seterusnya dituang ke dalam petri disk untuk kegunaan berikutnya (subculture fungi). Proses menuang media ini hendaklah dilakukan 'Lamina Air Flow' untuk megelakkan pencemaran daripada udara sekitar ketika proses menuang media.

7. Kemudian media dibiarkan dalam Lamina Air Flow sehingga wap panas pada penutup petri disk hilang dan seterusnya membeku. Setelah itu bolehlah disimpan dalam peti sejuk sebagai stok untuk kegunaan lain.

8. Itulah sedikit sebanyak akan proses yang melibatkan Pemiki menulis sambil menunggu MEDIA sebagaimana tajuk di atas. Harap maklum 

Oleh : Pemikir

2 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers