Thursday, July 11, 2013

Page View 500,000 Blog Suara Pemikir Di Awal RAMADHAN

Page View 500,000 Blog Suara Pemikir Di Awal RAMADHAN

1. Apakah ramadhan tahun ini benar benar akan memberikan satu aras baru dalam benyak perkara yang Pemikir lakukan. InsyaAllah... itulah yang Pemikir harapkan. Semoga banyak perkara yang pemikir lakukan turut akan mendapat ilham selain dari memperbaiki amalan kerohanian.

2. Kali ini Pemikir ingin memaklumkan para pembaca bahawa satu kejayaan awal Pemikir di awal ramadhan ini adalah bahawa Blog Suara Pemikir telah melepasi sasaran 500,000 page view atau 500,763 paparan sepanjang 1 tahun 3 bulan beroperasi atau lebih spesifiknya pada 8.7.2013.
3. Secara umumnya ia bukanlah satu pencapaian yang HEBAT jika dibandingkan dengan blog blog yang terkenal, tetapi ia juga bukanlah merupakan pencapaian yang teruk bagi sesuatu blog yang masih mentah. Sebagai blog baharu pencapaian 500,000 view dalam masa 1 tahun 3 bulan adalah sesuatu yang boleh dikatakan berjaya kalau tidak cemerlang sekalipun.

4. Apa pun, jumlah itu adalah melebihi sasaran awal Pemikir terhadap Blog Suara Pemikir ini. Tambahan lagi, Pemikir mempunyai masa yang terhad untuk update blog ini sehinggalah tugasan utama Pemikir selesai pada tahun 2015. 

5. Ok lah. setakat ini sahaja, dan selamat menunaikan ibadah berpuasa dan selamat berbuka serta jangan membazir.

1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks