Sunday, July 7, 2013

Page RANK Google Atau Page Rank ALEXA Lebih PENTING


1. Sebagai orang baharu di alam bloging ini dan sebagai seorang blogger yang masih mentah, Pemikir sedikit keliru dengan kepentingan atau keutamaan terhadap Page Rank dan Ranking Alexa.

2. Hampir semua blog meletakkan button kedua dua statistik ini menunjukkan betapa pentingya statistik ini kepada empunya blog, blogger, pengiklan atau mungkin para pembaca dan pengikut setia blog tersebut.

3. Tetapi bila melihat kepada anugerah BLOGGER yang dianjurkan oleh banyak pihak. Blog yang PR rendah dan Ranking Alexa rendah pun boleh menjadi pemenang. Walhal kalau merujuk kepada statistik ini, kita telah hampir pasti tahu blog mana yang lebih Glamour sama ada mengikut ranking atau page rank. Tidak perlulah saya namakan anugera anugerah apa yang saya maksudkan. Rasanya semua sedia maklum akan anugerah terkenal untuk para blogger di Malaysia sama ada dianjurkan oleh swasta atau kerajaan.


4. Kenapa pula tiada anugerah seperti "Blogger Terbaik Ranking Alexa, atau Blogger terbaik Page Rank Google" sedangkan kedua dua ini adalah sangat penting untuk menilai kualiti blog tersebut.? Mohon rakan blogger untuk membantu dalam memberikan PENCERAHAN lanjut dalam hal ini untuk membantu blogger blogger baharu seperti saya. 

5. Sebelum terlupa, Trafik Rank Alexa terbahagi kepada DUA, trafik rank Alexa (global) atau Trafik Rank in MY (Malaysia). Yang mana lebih bermakna. Pemikir bertanya hal ini kerana, ada trafik rank Global sangat baik tetapi trafik rank di MY tidak kemana. Ada Trafik rank di Malaysia ok tetapi trafik rank Global jauh lebih rendah.

6. Confuse... confuse... Atau mungkin juga ada RAHSIA disebalik penilaian blog yang dibuat oleh para penganjur anugerah untuk BLOGGER atau BLog terbaik setiap tahun yang orang baharu seperti saya tidak tahu. Kalau ada, harap ada yang sudi untuk berkongsinya di sini.

7. Harap maklum

4 comments:

  1. bagus pengisian ni, sebenarnya saya pun tak tahu dimana kekuatan sesebuah blog pada asasnya. SEO pun jangan dilupakan kan ^.^

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEO lagilah kurang arif Rima Alliq... saya akan cuba belajar lagi

      Delete
  2. vimax Canada is the product supplement obat pembesar penis highly effective and efficacious for male problems. The penis enlarger can add a display and girth / male penis, sexual desire, sexual health and helps to achieve stronger erections. Formulated from herbs from around the world that have been proven efficacious, pembesar penis vimax use some kind of herbs found The polinesia, vimax canada already well known in Canada and America, often used by the gigolo as a permanent penis enlargement drugs function is to provide satisfaction for its customers for being so great vimax asli

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks