MORSI Digulingkan : Pandangan JUJUR Dari PEMIKIR

1. Morsi digulingkan oleh rakyat tentera atas alasan untuk melindungi negara daripada kehancuran akibat terlalu ramai rakyat turun ke jalan raya atau memprotes. Dataran Tahrir tentunya mendi laman keramat kepada Morsi sebelum ini kini menjad 'Tapak' kehancuran buat dirinya pula.

2. Bak kata kumpulan Scorpion, 'what you give, you get back'. Jangan berikan kesimpulan anda terlebih dahulu, harap dapat baca sehingga selesai sebelum memberikan reaksi.

3. Biarpun Pemikir dalam keadaan serba salah untuk memberikan berbicara akan isu ini kerana tahu akan pendirian fanatik sesetengah mesyarakat dan pemikir was was akan reaksi mereka nanti, namun pandangan ikhlas harus diutarakan jua. Biarlah Pemikir memberikan sedikit reaksi berkaitan hal di Mesir. Dalam artikel sebelum ini, pemikir telah menulis kenapa kebangkitan rakyat ini berlaku setelah Husni Mubarak mula menentang Israel dengan membuka pintu masuk ke Gaza (palestin).? Juga setelah Husni kelihatan berlembut dan mula mendengar suara rakyat.?

4. Sebelum pergi lebih jauh, pemikir telah meluahkan perasaan sebelum ini bahawa tindakan keras jalanan yang dilakukan oleh penyokong Morsi bukanlah tindakan terbaik, dan dalam artikel itu juga pemikir ada BERTANYA, bahawa "Adakah pihak yang dijatuhkan akan berdiam diri dengan kejatuhan mereka"? Semuanya telah terjawab dan terbukti, golongan ini nampaknya lebih ramai malah tidak mustahil tentera adalah dikalangan mereka yang menyokongnya.


5. Ini bukanlah bermaksud Pemikir tidak gembira dengan kahadiran Pemimpin ISLAM Yang hebat seperti Morsi. Semasa kejayaan mereka menumbangkan Hosni, Pemikir turut rasa gembira, kerana pemikir pun mengikuti perjalanan kerajaan kerajaan Hosni. Tetapi, apa yang lebih penting bukanlah kekuatan untuk menjatuhkan mana mana kerajaan atau pemimpin. Persoalan utama adalah, bersediakah kita untuk memimpin dan KUATKAH perancnagan dan ilmu kita ketika MEMIMPIN dan menerajui kerajaan.

6. Beberapa bulan setelah Morsi mengambil alih pentadbiran, serta kelihatan direstui oleh seluruh dunia, KESILAPAN Pertama yang beliau lakukan adalah MENAMBAH kebencian rakyat yang diterajuinya dengan mengulangi KESILAPAN pemimpin sebelum ini (Hosni). Apa perkara tersebut...?

7. Kita imbas kembali kebangkitan Morsi. Pada saat Morsi membawa kepada Arab Spring untuk menjatuhkan Hosni Mubarak, isu utama yang MEMBAKAR perasaan rakyat ialah kerana kuasa yang keterlaluan kepada Presiden mesir yang menyebabkan dia digelar DIKTATOR dan tempoh pemerintahan yang terlalu lama. Selain jelas ada penipuan dalam pilihanraya dengan kemenangan yang tidak logik (peratusan) pihak pemerintah. 

8. Apa pula yang berlaku setelah Morsi memerintah. Setelah beberapa bulan beliau memerintah. Beliau tidak dapat melakukan banyak perubahan kerana pentadbiran beliau dipengaruhi oleh Ikhwanul Muslimin. Akhirnya, beliau melakukan perkara yang pernah menjadi punca kebangkitan dan kemenangannya terhadap Husni Mubarak iaitu, menambah KUASA Presiden atau bahasa lain, meningkatkan KUASA MORSI dalam pentadbiran negara. Kalau kuasa yang ada pada Hosni Mubarak yang terhad pun, telah membakar perasaan rakyat, rasanya apa pula perasaan rakyat kalau kuasa itu atas nama Presiden itu ditambah....? Penaakulan yang agak mudah untuk di tafsir. Dan mereka yang paling terkesan dengan PENINGKATAN Kuasa presiden ini adalah Pihak TENTERA, semestinya.

9. Walaupun kejayaan Morsi sebelum ini telah membawa dirinya kepada peresiden pertama yang dipilih melalui proses demokrasi, tetapi, rakyat Mesir yang selama ini hanya mengikut rentak kepimpinan kerajaan mula sedar, rupanya KEKERASAN boleh melakukan sesuatu. Pelajaran pertama yang di ajar oleh MORSI ini tentunya menjadi ingatan dan pencetus kesedaran rakyat akan KUASA mereka. Maka, sedikit kesilapan Morsi memberikan mereka idea dan alasan KUKUH untuk kembali mempraktikkan apa yang mereka rasakan sebaagai sesuatu yang pasti BERJAYA. Keyakinan yang mejatuhkan Morsi sebenarnya adalah keyakinan yang di PUPUK oleh Beliau sendiri sebelum ini. 

10. Ramai yang kata kejatuhan morsi adalah permainan daripada negara kuasa besar seperti Amerika. Pemikir tidak sama sekali bersetuju dengan kenyataan tersebut. Pada pendapat Pemikir, kejatuhan Morsi haruslah dilafazkan bersama dengan kenaikan beliau kalau hendak dikaitkan dengan Amerika dan negara kuasa lain di dunia. Maknanya Kejatuhan Hosni Mubarak, Kejayaan Rampasan Kuasa - Kenaikan (perlantikan) Morsi, dan KEJATUHAN Semula Morsi Adalah agenda negara negara besar ini dan bukannya hanya kejatuhan Morsi sebagaimana di sebut ramai.

11. Namun, kebangkitan rakyat Mesir bukanlah hanya kerana perkara tersebut. Sebenarnya kebangkitan semula rakyat ini adalah juga dipebgaruhi oleh beberapa perkara lain seperti pemberian subsidi yang kurang bijak dan terlalu besar sehingga memakan 1/5 pendapatan negara yang tentunya membawa kepada melambungnya INFLASI dan hutang negara. Tentunya Morsi tahu akan hal ini tetapi, pengaruh Ikhwanul Muslimin membataskan pergerakan beliau yang juga meruakan alasan utama beliau memohon kuasa Presiden di tingkatkan.

12. Sesuatu yang telah diketahui ramai akan menghancurkan negara akhirnya menjadi pilihan Morsi iaitu terpaksa berunding dengan IMF untuk pinjaman demi membangunkan ekonomi Mesir. Tentunya dunia dan rakyat Mesir telah sedar siapa itu IMF. Selain bantuan oleh Amerika dan negara besar yang lain untuk tujuan yang sama.

13. Sebenarnya kegagalan melakukan perubahan besar itu adalah kerana Morsi tidak mendapat sokongan kebanyakan rakyat terutamanya penjawat awam, polis dan tentera yang merupakan golongan majoriti penduduk Mesir. PERSOALANNYA.... Bagaimana Morsi boleh berjaya dalam Protes jalanannya...? 

14. Pemikir turut sedih dengan tumbangnya Dr. Mohamed Morsi yang menampakkan kebolehan tetapi tidak diberikan cukup masa dan peluang untuk membuktikannya. Sama ada mereka telah melihat kehebatan Morsi dan MENCANTASNYA awal awal lagi tetapi Kita harus Ingat, "Hanya orang Islam yang mampu menjatuhkan orang Islam dan Islam itu sendiri". Dan teori ini sangat di yakini BARAT...

15. Seandainya umat Islam mempunyai kemampuan yang kuat dari segi Ekonomi. Tentunya, sukar untuk negara lain memengaruhinya. Ekonomi dan kewangan adalah senjata paling AMPUH di zaman moden ini. Tanpa keduanya, Iman pun boleh tergadai. 

16. "Sesungguhnya kemiskinan itu membawa kepada kekufuran" dan untuk mendapatkan kekuatan ekonomi serta kewangan memerlukan Ilmu. Kembali kepada ayat Quran yang pertama turun kepada Nabi SAW. Malangnya umat Islam pada hari ini jelas kekurangan dari segi ILMU dan terbukti dengan siapa yang menguasai teknologi dunia.

13. Kesimpulannya, kejatuhan Morsi bukanlah atas kelemahan pemimpin tersebut tetapi sebaliknya adalah kerana KEKALAHAN rakyat Mesir untuk mengawal perasaan dalam menyampaikan ketidakpuasan hati mereka.  Buat masa terdekat, Pemikir merasakan siapa sahaja kerajaan yang wujud di Mesir pasti akan SUKAR melakukan apa apa dan tidak musatahil akan turut dijatuhkan.

17. Harap maklum

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers