Minum SUSU Ibu Terus Dari BADAN : HOBI Terbaharu Golongan KAYA

Kalau sebelum ini kita pernah mendengar cerita jualan susu badan yang laris di Indonesia dengan syarat hendaklah disertakan gambar empunya susu tersebut.  Dan juga tentunya wanita cantik menjadi kaya hanya dengan menjual susu badan untuk golongan dewasa.

Kini, minum susu ibu secara terus dari empunya adalah hobi dan kegilaan terbaharu golongan kaya di China. Persoalannya, adakah benar mereka ini hendak minum susu atau ada matlamat lain. Sejauh mana susu badan ini memberikan faedah kepada mereka yang telah dewasa tidaklah dikenal pasti. Kerana kematangan sistem imunisasi mereka jauh berbeza daripada bayi yang lebih memerlukan.

BEIJING – Meminum susu ibu secara menyusu terus atau menggunakan pam payudara kini menjadi kegilaan terbaharu golongan kaya di negara ini, lapor beberapa akhbar.

Tindakan itu telah menimbulkan rasa marah dan tidak senang dalam kalangan pengguna laman web hari ini.
Akhbar Southern Metropolis Daily berkata, syarikat Xinxinyu di Shenzhen menawarkan perkhidmatan itu dengan menyediakan jururawat susuan bagi bayi, orang sakit dan orang ramai yang sanggup membayar pada kadar tinggi untuk mendapatkan susu ibu.

“Orang dewasa (pelanggan) boleh minum terus melalui susuan biasa atau mereka boleh memilih untuk minum dari pam payudara jika mereka rasa malu,” kata pemilik syarikat Lin Jun.

Seorang pelanggan dewasa dikenakan bayaran sebanyak 16,000 yuan (RM8,308) sebulan untuk mendapatkan perkhidmatan jururawat susuan. – AFP

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kat malaysia tak ada offer ka

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers