KETAM Nipah HALAL Dimakan : Majlis FATWA

Ramai yang sangsi akan halal haram ketam nipah untuk dimakan. Pemikir telah beberapa kali memperjelaskan bahawa ketam nipah adalah halal dan ketam nipah bukanlah dua alam. Sebenarnya ramai yang keliru antara ketam nipah dan ketam BATU yang memang benar hidup dua alam.

Untuk itu biarlah kita lihat keterangan yang lebih sahih akan hal ini agar tidak lagi timbul lagi was was kepada umat Islam. Oleh itu Pemikir telah mencari satu artikel berkaitan hal ini di laman FATWA Kebangsaan. Walaupun hal ini telah lama diputuskan, namun, kekangan Teknologi maklumat pada masa itu mungkin membantutkan edaran maklumat penting sebegini. 

Sebelum terlupa, Pemikir sangat suka makan ketam nipah dimasak dengan maggi dan paling sedap bila ketam nipah Masak madu. Rebus saja cicah air asam pun layan... Fuhh..

HALAL MEMAKAN KETAM NIPAH - MAJLIS FATWA KEBANGSAAN. 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mar 1990 telah membincangkan Menternak Binatang Dua alam. 

Muzakarah telah memutuskan bahawa 
i. Perusahaan menternak ketam nipah untuk tujuan eksport adalah harus kerana ia bukan binatang dualam. 

ii.Perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah khilaf ulama'; 
a. Menurut jumhur ulama', perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah haram kerana ia adalah binatang dualam. 

b. Menurut Mazhab Maliki, perusahaan menternak katak untuk tujuan eksport adalah harus Keterangan/Hujah: Mengikut istilah sains, haiwan dualam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya. 

Ketam nipah pula bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. 

Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan. Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati. Katak adalah sejenis binatang dualam yang hidup di air dan juga di darat. Menurut Mazhab Syafie, tiap-tiap binatang yang hidup dua alam adalah haram dimakan. 

Oleh : Pemikir (www.suarapemikir.com)

10 comments:

  1. Replies
    1. saya sekeluarga mengucapkan terima kasih banyak yang sekian kalinya kepada mbah wirang karna nomor togel malaysia yang mbah berikan 4D yaitu..2785..alhamdulillah ternyata tembus lagi ,saya tidak tau harus berbuat apa untuk membalas kebaikan mbah wirang karna beliau sudah banyak membantu kami sekeluarga dengan angka2 ghoibnya dan telah merubah kehidupan saya jauh lebih layak dari pada sebelumnya,berkat mbah wirang kami sudah punya rumah sendiri dan juga punya usaha sendiri , dan sudah punya tabungan di BANK sudah begitu banyak. Peramal lain yang saya mintai angka jitu tidak ada satupun yang tembus malahan saya terlilit hutang yang lumayan cukup banyak,dan Akhirnya saya mendapatkan peramal togel yang asli saya akui kalau mbah wirang memang peramal jitu dan pantas di ajungkan jempol,jika anda ingin merubah nasib anda dengan angka ghoib yang di jamin 100% jebol,hubungi mbah wirang di nomor : 082346667564/+6282346667564 jangan di sms soalnya maklum orang tua tak bisa ,angka yang di berikan mbah wirang jangan di ragukan lagi soalnya saya sudah membuktikannya sendiri,angka ghoib yang mbah wirang berikan mulai dari 2d,3d,4d semuanya tembus 100% , sudah 3 kali putaran saya menang Dan tidak pernah meleset , dan hanya mbah wirang yang bisa menjamin 100% kemenangan,sekarang giliran anda membuktikannya sendiri, INI ASLI, BUKAN REKAYASAH !!! …. Kembali saya sampaikan kepada anda semua jika anda butuh angka togel jitu 2d 3d 4d untuk putaran
      SINGAPURE HONGKONG MALAYSIA THAILAND SIDNEY MACAU silahkan bergabung jadi anggota memeber di MBAH WIRANG insya allah anda akan merasakan kemenangan.. jangan sia-siakan kesempatan anda..



      Salam succes all





      Delete
  2. Fabrote aku ni ketam nipah......

    ReplyDelete
  3. Fabrote aku ni ketam nipah......

    ReplyDelete
  4. Orang tak komen, tak apa, ALLAH TETAP beri ganjaran. Ganjaran dari ALLAH itu lah pendorong sebenar.

    ReplyDelete
  5. Baru ku tahu ketam nipah bole d makan...weeeeeeee....

    ReplyDelete
  6. Baru ku tahu ketam nipah bole d makan...weeeeeeee....

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers