Tuesday, July 2, 2013

GANDINGAN Nuffnang Dan Clicksor PILIHAN Pemikir

1. Setelah akaun Buat Duit Online Pemikir, iaitu Google AdSense diBLOCK oleh Google. Pemikir telah lama mencari dan meneliti program Iklan online yang lain untuk mengangtikan Google AdSense yang ternyata memberikan pendapatan PASIF yang sangat baik kepada Pemikir satu ketika dahulu. Apa nak buat.... 

2. Setelah beberapa kali membuat rayuan kepada Google, akaun Google AdSense Pemikir tetap tidak berjaya untuk diaktifkan kembali. Lesap la USD 372.00 yang belum sempat di keluarkan dalam akaun tersebut. Walau bagaimana pun Pemikir sempat untuk menunaikan check Google sebanyak 5 kali sebelum diblock. Alasan google... Fraud Click.. Entah la..

3. Pertama sekali pemikir telah menggunakan program Nuffnang memandangkan program iklan Nuffnang adalah sangat famous dikalangan blogger Malaysia dan Singapura. Namun, pendapatannya boleh dikatakan sangat perlahan berbanding google AdSense tapi tak apa, lebih baik ada daripada tiada langsung. Namun, pendapatan Nuffnang ini boleh ditingkatkan dengan mendapat Buffered Earning yang diberikan Nuffang kepada para blogger yang berstatus Gliterati. 

4. Pemikir pernah mengandingkan iklan Nuffnang dengan satu lagi syarikat pengiklan online iaitu Advertlets, tetapi sayangnya disebabkan itu status Glitterati Pemikir ditarik balik kerana syarikat tersebut tersenarai dalam pesaing kepada Nuffnang. Maka Pemikir terpaksa meninggalkan Advertlets dan mencari gandingan lain.

5. Pernah mencuba Bitvertiser beberapa bulan namun kurang berkenan dengan iklan yang dipaparkan dan juga pendapatan yang sangat tidak memberansangkan. Maka sekarang Pemikir mencuba pula Clicksor. Clisksor membayar komisyen kepada anda berdasarkan klik dan impression yang menjanjikan peluang yang lebih baik. Namun Cliksor menetapkan pendapatan mestilah mencapai USD 50 sebelum 6 bulan atau anda akan dikeluarkan dari program iklan CLicksor.


6. Maka Pemikir mengambil keputusan untuk mencuba gandingan Nuffnang dan Cliksor yang dalam masa yang sama tidak mengganggu status Glitterati Akaun Nuffang Pemikir. Pemikir memutuskan selama 6 bulan untuk tujuan ini dan keputusannya, sama sama kita tunggu dan lihat.

7. Saya yakin ramai dikalangan anda telah mendaftar sebagai ahli Nuffnang, namun, kepada mereka yang ingin mencuba program iklan Clicksor bolehlah clik gambar di bawah;



8. Apapun Pemikir sedang dalam proses memohon program iklan KOMLI dan INNITY seandainya Clicksor juga kurang memuaskan. Namun, setakat ini, Clicksor nampak 'promissing' dan sekiranya trafik blog anda meningkat, Cllicksor akan menambah sumber pendapatan melalui perogram khas mereka. 

9. Harap maklum

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks