Saturday, July 6, 2013

BNM Kenakan SYARAT Tambahan Terhadap PINJAMAN Bank


Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia memperkenalkan syarat tambahan bagi pinjaman peribadi, kediaman dan bukan kediaman dalam usaha mengelakkan hutang isi rumah berlebihan dan meningkatkan amalan pemberian pinjaman bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama. 

Langkah yang berkuat kuasa serta-merta itu, membabitkan pinjaman oleh semua institusi kewangan yang dikawal selia Bank Negara serta koperasi kredit di bawah kawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Malaysia Building Society Bhd dan AEON Credit Service (M) Bhd. 

Syarat berkenaan ialah mengenakan tempoh maksimum 10 tahun bagi pembiayaan peribadi, maksimum 35 tahun pembiayaan hartanah kediaman dan bukan kediaman serta mengharamkan tawaran produk pembiayaan peribadi yang diluluskan lebih awal.

Dalam satu kenyataan diumumkan semalam, Bank Negara menyatakan syarat tambahan itu bagi melengkapkan langkah yang dilaksanakan sejak 2010, bertujuan menggalakkan sektor isi rumah yang kukuh dan mapan.

Langkah itu dikuatkuasakan melalui seksyen 31(1)(a) Akta Bank Pusat Malaysia 2009. Bagaimanapun, had tempoh pembiayaan tidak membabitkan permohonan yang dibuat sebelum semalam.

Sementara itu, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dalam taklimat media berkata, meskipun paras hutang isu rumah sekarang disokong oleh persekitaran pekerjaan dan pendapatan yang positif, namun sejak kebelakangan ini semakin banyak pemberi kredit menawarkan produk kewangan yang tidak memberi manfaat jangka panjang kepada pengguna.

“Ini termasuk melanjutkan tempoh pembiayaan sehingga 45 tahun bagi pinjaman rumah dan 25 tahun bagi pinjaman peribadi. Walaupun ini akan mengurangkan bayaran balik bulanan, namun dalam jangka panjang, ia meningkatkan beban keseluruhan isi rumah. 
Galak kumpul hutang

“Amalan itu akan menggalakkan pengumpulan hutang berlebihan dan meningkatkan kerapuhan sektor kewangan negara,” katanya.

Zeti berkata, hutang isi rumah berbanding Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat purata 12 peratus setahun sejak lima tahun lalu dan berada pada paras 82.9 peratus setakat akhir Mac lalu.

Katanya, pertumbuhan itu tidak selaras dengan peningkatan pendapatan yang dicerminkan oleh pertumbuhan KDNK, iaitu antara empat hingga enam peratus.

Amal khidmat berhemah

Sebagai tambahan kepada langkah itu, beliau berkata, penyedia kredit utama perlu mengamalkan nisbah perkhidmatan hutang berhemah dalam penilaian kredit masing-masing bagi memastikan isi rumah mempunyai lebihan kewangan mencukupi untuk melindungi mereka daripada kenaikan kos dan perkara lain yang tidak dijangka.

Berita Harian

2 comments:

  1. Replies
    1. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI MUPENG yang telah menolong saya dalam kesulitan ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama AKI MUPENG dan dengan senang hati AKI MUPENG mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasi AKI MUPENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi AKI MUPENG DI nomor 0852 9445 0976 ,INI KISAH NYATA DARI SY TEMAN” ,terima kasih

      Delete

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks