ANTARA 'Ustaz' Dan PETRONAS ; Siapa Lebih KAYA RAYA ?

Gambar Hiasan
1. Artikel ini bukanlah sesuatu yang serius. Sekadar 'menempias' rasa yang kurang senang dengan perilaku beberapa insan yang sanggup menjual nama Islam demi wang ringgit. Ramai yang menyalahkan PETRONAS bila harga Minyak Naik. Tetapi tidak ada siapa yang MERUNGUT bila harga AIR naik. hehehe

2. Beberapa hari ini sibuk dengan golongan ustaz yang menjual air 'keramat' atau air 'jampi' atau air 'yang dibaca doa' kononnya boleh mengubati pelbagai jenis penyakit termasih kencing manis, jantung dan pelbagai labi penyakit kronik. Tida cukup dengan itu air jampi ini juga dikatakan sangat 'Mujarab' dalam mengubati anak yang nakal, degil dan anak yang melakukan perbuatan jahat termasuk jenayah, juga dapat mengubati penyakit rohani.

3. Apakah pandangan masyarakat lain terhadap Islam angkara hal hal sebagini. Orang lain habiskan ratusan ribu untuk jadi doktor, belajar siang malam, latihan pembedahan sana sini, hafal itu dan ini tetapi perubatan Islam hanya memerlukan beberapa minggu untuk tujuan itu. Bedah (batin), jampi (penyakit kronik) dan hanya pada sebotol air yang entah sejauh mana kebersihannya (biasa jenama sendiri). Kelayakan yang diperlukan pula bukannya sembarangan.

4. Bermodalkan air liur percuma (yang mungkin sedikit berbayar kerana terdapatnya bakteria) yang biasanya ditiup kedalam air semuanya selesai. Betapa mudahnya semua ini. Ramai yang menggunakan alasan agama untuk tujuan tersebut dan mempergunakan Al Quran. Tidak dinafikan Nabi SAW pernah melakukan perkara serupa tetapi ianya usaha yang didahului dengan usaha lain dan Nabi melakukannya untuk pesakit dan bukannyaa untuk mengubah perangai seseorang. Satu lagi persoaln yang boleh ditimbulkan ialah; Apakah jampi mereka (ustaz celop) ini adalah SETARAFdengan nabi atau air yang mereka jampi lebih hebat dari Air zam zam.?

5. Tidak mahu memangjangkan penafian terhadap perkara tersebut. Saya sangat tertanya tanya. Mereka yang melakukan semua ini adalah dikalangan mereka yang kuat agama atau lebih dikenali sebagai ustaz dan tidak dinafikan ada yang berpewatakan sebegitu (ustaz celop). Tidak terfikir kah oleh mereka untuk mencadangkan kepada jabatan penjara untuk menjadikan air ini sebagi air minum TETAP penghuni penjara. Saya tidak merasakan kerajaan akan keberatan untuk membayar mereka kerana tentunya banyak penjara yang akan ditutup kerana para banduan semuanya bertukar menjadi baik. Tidak pun kerajaan bayar mereka ini gaji TETAP bulanan untuk membaca doa di tangki bekalan air dan EMPANGAN diseluruh negara. Dalam masa beberapa bulan pastinya tiada lagi yang sakit kronik dan berperangai tidak senonoh atau akhlak rendah di Malaysia.

6. Kalau melihat kepada PETRONAS yang memerlukan alatan dan tenaga kerja yang bernilai billion ringgit untuk menggali telaga minyak yang sebelumnya tentunya memperuntukan jutaan ringgit untuk kajian, maka, bidang jual air ini haruslah dijadikan pendapatan baharu kepada  negara Malaysia kerana sumber air kebanyakannya adalah percuma dan tiada kos sampingan. Tetapi ianya lebih berpotensi dari Minyak terutamanya dunia bakal bertukar dari kereta beraasaskan minyak kepada elektrik.

Setelah itu, petronas menjual 1 litter minyak (ron 95) dengan harga rm 1.90 tetapi bayangkan pendapatan negara dengan para 'ustaz' (jika jadi GLC) ini dengan menjual air jampi dengan harga sekitar rm 5 ke rm 10 untuk 1.5 litter Hehehehe. Lumayan kan.  Inilah antara sebab pada hari ini kebanyakan para ustaz memandu merc malah lambogini dan ferrari.

7. Mohonlah perkara sebegini dikawal agar Islam itu tidak kelihatan BODOH oleh perilaku mereka mereka yang sanggup menjual agama kerana hal sebegini. Dalam negara Islam yang banyak meninggalkan TAMADUN / SAINS seperti pembinaan piramit, empangan, ilmu perubatan terdahulu. Umat Islam pada hari nampaknya semakin mencari jalan pintas untuk tujuan tersebut. Tidak ada penegasan ke arah TEKNOLOGI Moden sedangkan ia juga merupakan satu yang dikira ibadah sekiranya merujuk kepada SURVIVAL Umat Islam.

8. Tidak hairanlah negara Islam TUMBANG satu persatu dek kerana ketaksuban kepada perkara yang pada hakikatnya dilarang oleh agama. Kita faham tidak semua Ustaz bertindak sedemikian namun, perkara yang semakin POPULAR dikalangan masyarakat ini harus dipandang serius.

9. Harap Maklum

4 comments:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers