![]() |
Gambar Hiasan |
2. Beberapa hari ini sibuk dengan golongan ustaz yang menjual air 'keramat' atau air 'jampi' atau air 'yang dibaca doa' kononnya boleh mengubati pelbagai jenis penyakit termasih kencing manis, jantung dan pelbagai labi penyakit kronik. Tida cukup dengan itu air jampi ini juga dikatakan sangat 'Mujarab' dalam mengubati anak yang nakal, degil dan anak yang melakukan perbuatan jahat termasuk jenayah, juga dapat mengubati penyakit rohani.
3. Apakah pandangan masyarakat lain terhadap Islam angkara hal hal sebagini. Orang lain habiskan ratusan ribu untuk jadi doktor, belajar siang malam, latihan pembedahan sana sini, hafal itu dan ini tetapi perubatan Islam hanya memerlukan beberapa minggu untuk tujuan itu. Bedah (batin), jampi (penyakit kronik) dan hanya pada sebotol air yang entah sejauh mana kebersihannya (biasa jenama sendiri). Kelayakan yang diperlukan pula bukannya sembarangan.