Thursday, June 27, 2013

TIPS Jadikan BLOG Anda MESRA GOOGLE (Ranking)


Apabila kita bercakap mengenai Google, pasti terma SEO akan mula menerjah masuk ke dalam fikiran kita. Perkara ini adalah normal bagi seorang penulis blog yang mengambil berat akan kandungan blognya kerana melalui Google, kita akan menerima pelawat baru yang berpotensi menjadi pembaca setia atau pelanggan kita.

Google kini sudah memperkenalkan pelbagai algoritma dan formula mereka tersendiri dalam usaha menyediakan kandungan yang terbaik kepada pengguna. Justeru, mereka semakin cerewet dalam membuat penilaian terhadap laman-laman web dan blog-blog baru untuk dijadikan hidangan buat para penggunanya.

Pengalaman pengguna yang datang melawat blog kita telah menjadi salah satu kayu ukur pihak Google dan perkara ini agak sukar untuk diterangkan melainkan anda benar-benar arif di dalam bidang ini. Namun apa yang pasti, aspek ini boleh diperbaiki dengan melihat semula beberapa perkara pada blog kita sekarang.

Walaupun Google tidak mengindeks blog kita secara manual, tetapi indikator lain seperti social sharing (social signals), time on site & bounce rate boleh menjadi penilaian kepada mereka. Ini kerana, kebelakangan ini, Google telah mempertimbangkan kuasa sosial dan pengalaman pengguna ini dalam menyediakan keputusan terbaik kepada pengguna mereka.

Justeru, hari ini kita akan membincangkan 3 perkara yang boleh membantu blog anda ‘disayangi’ Google dan secara tidak langsung akan membawa kandungan blog anda ke kedudukan yang lebih baik di dalam SERP. Dan, cara ini tidak memerlukan anda menghantar apa-apa SMS seperti ON CINTA ke pihak Google. Oh!



1 – Kecilkan Saiz Imej
Tahun 2012 telah menyaksikan kepada kita kedatangan lebih banyak laman web dan blog dengan tema responsive. Responsive di sini bermaksud, laman web dan blog tersebut mempunyai struktur yang fleksibel dan mesra peranti mudah alih.

Apa yang saya ingin tonjolkan di sini bukan responsive. Tetapi kandungan disebalik responsive itu. Untuk pengetahuan anda, laman web dan blog yang mempunyai tema responsive ini mempunyai saiz imej yang kecil. Ini bertujuan menambah kelajuan laman web dan blog itu dimuatkan di dalam pelayar internet pengguna.

Para pengamal SEO bersetuju bahawa kelajuan laman web atau blog dimuatkan adalah salah satu indikator yang menyumbang kepada kedudukan laman web dan blog di halaman keputusan carian di enjin carian.

Maka jelas kepada kita di sini bahawa, saiz imej yang kecil akan mempercepatkan laman web dan blog kita cepat di akses. Pelawat yang datang tidak akan menunggu terlalu lama dan mereka tidak akan meninggalkan blog kita sewaktu kandungan blog kita sedang dimuatkan.

2 – Mampatkan Fail CSS
Mungkin perkara ini agak teknikal bagi sesetengah daripada kita di sini. Baik. Fail CSS adalah fail yang memainkan peranan dalam memberi suntikan ‘kosmetik’ kepada laman web dan blog kita.

Sebagai contoh, warna tulisan dan warna pautan di dalam entri ini adalah salah satu daripada ratusan kod CSS yang ditulis oleh pereka laman web dan blog kita. Kod-kod ini pada kebiasaanya diberikan dalam bentuk biasa (tidak dimampatkan) bagi memudahkan anda melihat dan membaikinya (jika perlu).

Untuk pengetahuan anda, fail asal CSS adalah besar. Dan, pada kebiasaannya, pautan ke fail CSS ini diletakkan pada bahagian 

Fail asal CSS ini pada kebiasaanya ditulis bersama komen dan dokumentasi untuk rujukan. Ini berguna untuk pembangun web dan pereka web sahaja. Google tidak perlukan komen dan dokumentasi ini.

Jadi apa yang boleh anda lakukan adalah, mampatkan fail CSS ini dan anda akan lihat perbezaan yang amat ketara terhadap saiz fail CSS anda. Walaupun ianya mungkin hanya dalam julat 20-30 kB, ianya cukup untuk membuatkan pelawat anda tidak meninggalkan laman web atau blog anda dalam tempoh 5 saat pertama.



Gambar hiasan – sumber: contentdeliverysales.com

3 - Hos Fail Media Di Tempat Lain
Mungkin anda pernah mendengar bahawa ada dalam kalangan pemilik blog yang menggunakan beberapa servis pihak ketiga hanya untuk mengehos fail-fail media mereka seperti imej, audio dan video.

Hos di sini bermaksud menyimpan untuk tujuan di akses. Bukan bermaksud disalin ke beberapa lokasi untuk diberikan kepada pelawat terdekat seperti servis CDN. Saya fikir saudara Eizil telah menulis mengenai CDN sebelum ini di dalam blog ini.

Baiklah. Apabila kita meletakkan fail-fail media di tempat lain (bukan menggunakan akaun web hosting semasa) seperti Photobucket & YouTube (percuma) ataupun Amazon AWS S3 (berbayar), ia akan

memberikan kesan kepada tempoh laman web dan blog kita dimuatkan untuk dipaparkan kepada pelawat.

Permintaan (request) yang datang daripada pelayar web pelawat akan diagihkan dan fail-fail media ini akan dipanggil serentak sejurus laman web dan blog kita diakses. Maka, fail tema blog kita akan dipaparkan dengan lebih pantas dan ia menyerahkan segala permintaan (request) fail-fail media kepada pautan luar (yang diperoleh daripada servis pihak ketiga seperti yang telah dinyatakan).

Kesimpulannya,tempoh laman web dan blog dimuatkan merupakan perkara penting dalam usaha meningkatkan pengalaman pengguna pelawat dan pembaca blog kita.

Apabila mereka (pelawat) merasakan blog kita mampu memberikan mereka maklumat sepantas yang mungkin, ini secara tidak langsung akan menjemput mereka untuk datang semula sekaligus akan memberikan pelawat baru dan setia kepada anda. Ianya juga dikenali sebagai ‘stickiness factor‘ dalam kalanganpara pengamal tegar SEO.

Sumber : Blog Hasrul

1 comment:

Terima Kasih Kerana SUDI Singgah di www.suarapemikir.com
Kami Amat Menghargainya.
Thanks